kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Analisis Mingguan ~ Awang Selamat

Tahniah Malaysia

Walaupun pemimpin pembangkang tertentu agresif menjalankan gerakan memburukkan kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun lalu, ia tidak banyak memberi kesan malah masyarakat antarabangsa terus menyakini negara ini.

Terbaharu, Malaysia dipilih menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 2014-2015 selepas mendapat tempat kedua dengan 187 undi daripada 192 negara yang mengundi pada Perhimpunan Agung badan dunia itu kelmarin.

Inilah kali keempat Malaysia menang selepas 1965, 1989 dan 1999. Kali ini, kemenangan lebih bergaya dengan melebihi sasaran 130 undi.

Kejayaan tersebut dilihat sebagai satu lagi pengiktirafan dunia terutama ke atas kepimpinan, rekod dan imej negara. Sudah tentu ia pencapaian membanggakan buat rakyat. Awang mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Anifah Aman serta delegasi kita yang telah lama bekerja keras dalam usaha mereka.

Kepada Anifah, teruskan dedikasi dan kecemerlangan sebagai Menteri Luar. Awang sudah lama amati, beliau memang ada kelas dan ketokohannya tersendiri.


Tidak banyak cakap tetapi berkesan.

Bersihkan...

Laporan mengenai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan sehingga RM400 juta setahun hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan di seluruh negara, menarik perhatian.

Kutipan itu dibuat menerusi bidaan bagi mendapatkan nombor plet yang unik dan dianggap boleh membawa tuah sebagaimana menjadi kegilaan sebahagian orang kaya-raya.

Awang tidaklah teruja hal-hal nombor. Biarlah sesiapa yang mampu dan berkeinginan besar membida nombor yang mereka suka, asalkan ia dibuat secara telus dan bersih. Namun JPJ perlu mendedahkan nama pemenang, elok rakyat tahu siapa mereka. Juga, siapa lebih ramai - pembesar istana, menteri, exco, tauke besar atau pegawai kanan awam? Di samping itu, aspek pembidaan perlu diaudit sepenuhnya bagi mengelak ada pihak mengambil kesempatan dan untung atas angin. Kepada JPJ, usahlah berbangga dengan kutipan yang lumayan daripada bidaan nombor pendaftaran. KPI sebenar jabatan tersebut adalah menangani banyak permasalahan terutama rungutan orang ramai. JPJ adalah antara agensi paling menjadi perhatian terutama soal integriti dan kegagalan menyelesaikan isu. Sampai sekarang isu cermin gelap dan nombor plet rojak masih belum diatasi. Bermula 1 November ini, JPJ akan melancarkan pula operasi khas nombor pendaftaran, pemasangan aksesori lampu tambahan (lampu strob) dan lampu xenon di seluruh negara. Awang bukanlah skeptikal, sudah banyak operasi bermusim seumpama itu dijalankan tetapi wal hasil balik asal - tiada kesan. Kedai menjual aksesori makin banyak dan bebas mengeluarkan produk yang melanggar peraturan JPJ. Seperkara lagi, elok dipastikan terlebih dahulu semua pegawai, anggota dan staf JPJ benar-benar mematuhi peraturan pada kenderaan peribadi mereka terutama cermin gelap supaya menjadi teladan. Janganlah hanya tunjuk taring kepada orang ramai sambil pejam mata kepada salah laku anggota sendiri. Kepada Ketua Pengarahnya, Ismail Ahmad, tolong bersihkan JPJ terlebih dahulu.

Tidak mustahil

Awang bersyukur apabila Parlimen Britain mengundi menyokong pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat. Sebanyak 274 ahli Parlimen mengundi menyokong dan 12 menentang bagi satu usul mendesak kerajaan Britain untuk mengiktiraf kedua-duanya - negara Palestin bersama negara Israel.

Walaupun undian itu tidak mengubah pendirian diplomatik rasmi Britain, ia adalah satu lagi perkembangan yang positif. Bulan lalu, Perdana Menteri Sweden yang baharu, Stefen Lofven mengumumkan pengiktirafan ke atas negara Palestin meskipun berdepan dengan kritikan Israel.

Awang angkat topi kepada Lofven kerana mendokong kebebasan dan keadilan sejagat yang sebenar walaupun tahu cabarannya cukup besar. Selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk mengiktiraf negara Palestin pada 2012, tiada peningkatan kepada usaha tersebut, apatah lagi ditolak oleh Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah.

Sememangnya perjalanan Palestin untuk mendapat pengiktirafan dunia sebagai negara berdaulat masih jauh. Namun Awang yakin ia bukan sesuatu yang mustahil. Rejim aparteid di Afrika Selatan tumbang jua akhirnya walaupun pada mulanya tidak diberi harapan. Teruskan berdoa dan perhebat usaha beri tekanan kepada dunia terutama Israel. Boikot terhadap produk dan perkhidmatan Israel semasa serangan yang mengorbankan lebih 2,100 nyawa rakyat Palestin, Ogos lalu, ternyata memberi kesan. Ekonomi Israel terjejas dengan kerugian hampir AS$5 bilion ekoran banyak pihak termasuk di Eropah menyertai kempen boikot itu. Dengan kuasa tekanan yang meningkat tahun demi tahun maka peluang dan harapan buat negara Palestin berdaulat masih terbuka luas. Apa senjata utamanya? Obor keyakinan yang tidak pernah padam.

"Tak Nak"

Walaupun pernah menerima banyak teguran dan kritikan kerana kegagalan iklan antimerokok `Tak Nak’, Kementerian Kesihatan nampaknya masih menggunakan kempen yang sama.

Awang tidak faham mengapa. Tidak mungkin kementerian itu sudah ketandusan idea untuk tampil dengan kempen yang lebih menarik dan berkesan. Persoalannya, untuk apa membelanjakan wang yang banyak bagi kempen yang sudah pun diragui oleh orang ramai. Tentu ada pendekatan baharu yang boleh dilaksanakan bagi berdepan dengan realiti hari ini yang menyaksikan peningkatan jumlah perokok terutama remaja. Mahu menyerah sahajakah?

Kajian jenaka?

Sebagai pengamal media, Awang sudah lama hilang kepercayaan kepada syarikat penyelidikan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd. kerana kewibawaannya yang terdedah kepada keraguan, manipulasi dan bias.

Kajian pembaca yang dibuat oleh syarikat itu menggunakan kayu ukur yang ketinggalan zaman dan tidak reflektif kepada pasaran sebenar penonton serta pembaca. Contoh paling mudah, ada akhbar yang jauh lebih tinggi edarannya tetapi menurut kajian Nielsen, jauh lebih rendah dari segi jumlah pembacanya. Tidak munasabah tetapi sampai hari ini, Nielsen gagal menjawab penggunaan kaedahnya yang samar dan tidak tepat.

Awang boleh faham mengapa beberapa organisasi media menarik diri daripada menggunakan khidmat Nielsen. Malah ada yang membidas dan mahu menyaman Nielsen sebagaimana akhbar TheSun pada 2011. Bukan itu sahaja, reputasi Nielsen sudah menjadi bahan jenaka sebahagian pemain industri media tanah air, macam menonton program Maharaja Lawak - ketawakan sahaja.

DAP dan Integriti

Hairan mengapa para pemimpin kanan DAP tidak tahu malu membiarkan parti itu terus beroperasi tanpa pengiktirafan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran banyak aduan ahlinya berhubung salah laku dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ia umpama parti politik haram sementara anggota CEC boleh ditafsir berstatus hantu. Isu itu kembali panas ekoran kenyataan beberapa individu bersama hujah yang tidak mampu dijawab oleh kepimpinan DAP. Antaranya 120 cawangan yang belum mendaftar tetapi hadir dan mengundi dan 500 surat akuan palsu. Lalu Awang teringatkan buku tulisan Father Augustus yang mendedahkan kepincangan dan salah laku pemilihan CEC DAP.

Siapa penulisnya tidak penting tetapi isi kandungan buku itu yang lebih bernilai iaitu kebenaran banyak perkara. Awang cadangkan pendedahan Father Augustus dijadikan perbahasan umum, yang para pemimpin dan ahli DAP boleh terlibat sama. Itu juga kesempatan bagi DAP membuktikan bahawa parti yang mendapat sokongan majoriti kaum Cina itu, ada harga diri dalam soal integriti. Bukankah kaum itu tidak berkompromi dan tidak mahu dilihat berkompromi kepada penipuan, salah laku dan penyelewengan?

Walaupun pemimpin pembangkang tertentu agresif menjalankan gerakan memburukkan kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun lalu, ia tidak banyak memberi kesan malah masyarakat antarabangsa terus meyakini negara ini.

Terbaharu, Malaysia dipilih menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 2014-2015 selepas mendapat tempat kedua dengan 187 undi daripada 192 negara yang mengundi pada Perhimpunan Agung badan dunia itu kelmarin.

Inilah kali keempat Malaysia menang selepas 1965, 1989 dan 1999. Kali ini, kemenangan lebih bergaya dengan melebihi sasaran 130 undi.

Kejayaan tersebut dilihat sebagai satu lagi pengiktirafan dunia terutama ke atas kepimpinan, rekod dan imej negara. Sudah tentu ia pencapaian membanggakan buat rakyat. Awang mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Anifah Aman serta delegasi kita yang telah lama bekerja keras dalam usaha mereka.

Kepada Anifah, teruskan dedikasi dan kecemerlangan sebagai Menteri Luar. Awang sudah lama amati, beliau memang ada kelas dan ketokohannya tersendiri.


Tidak banyak cakap tetapi berkesan.

Laporan mengenai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan sehingga RM400 juta setahun hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan di seluruh negara, menarik perhatian.

Kutipan itu dibuat menerusi bidaan bagi mendapatkan nombor plat yang unik dan dianggap boleh membawa tuah sebagaimana menjadi kegilaan sebahagian orang kaya-raya.

Awang tidaklah teruja hal-hal nombor. Biarlah sesiapa yang mampu dan berkeinginan besar membida nombor yang mereka suka, asalkan ia dibuat secara telus dan bersih. Namun JPJ perlu mendedahkan nama pemenang, elok rakyat tahu siapa mereka. Juga, siapa lebih ramai - pembesar istana, menteri, exco, tauke besar atau pegawai kanan awam?

Di samping itu, aspek pembidaan perlu diaudit sepenuhnya bagi mengelak ada pihak mengambil kesempatan dan untung atas angin. Kepada JPJ, usahlah berbangga dengan kutipan yang lumayan daripada bidaan nombor pendaftaran. KPI sebenar jabatan tersebut adalah menangani banyak permasalahan terutama rungutan orang ramai. JPJ adalah antara agensi paling menjadi perhatian terutama soal integriti dan kegagalan menyelesaikan isu. Sampai sekarang isu cermin gelap dan nombor plet rojak masih belum diatasi. Bermula 1 November ini, JPJ akan melancarkan pula operasi khas nombor pendaftaran, pemasangan aksesori lampu tambahan (lampu strob) dan lampu xenon di seluruh negara.

Awang bukanlah skeptikal, sudah banyak operasi bermusim seumpama itu dijalankan tetapi wal hasil balik asal - tiada kesan. Kedai menjual aksesori makin banyak dan bebas mengeluarkan produk yang melanggar peraturan JPJ. Seperkara lagi, elok dipastikan terlebih dahulu semua pegawai, anggota dan staf JPJ benar-benar mematuhi peraturan pada kenderaan peribadi mereka terutama cermin gelap supaya menjadi teladan.

Janganlah hanya tunjuk taring kepada orang ramai sambil pejam mata kepada salah laku anggota sendiri. Kepada Ketua Pengarahnya, Ismail Ahmad, tolong bersihkan JPJ terlebih dahulu.

Walaupun pernah menerima banyak teguran dan kritikan kerana kegagalan iklan antimerokok ‘Tak Nak’, Kementerian Kesihatan nampaknya masih menggunakan kempen yang sama.

Awang tidak faham mengapa. Tidak mungkin kementerian itu sudah ketandusan idea untuk tampil dengan kempen yang lebih menarik dan berkesan. Persoalannya, untuk apa membelanjakan wang yang banyak bagi kempen yang sudah pun diragui oleh orang ramai. Tentu ada pendekatan baharu yang boleh dilaksanakan bagi berdepan dengan realiti hari ini yang menyaksikan peningkatan jumlah perokok terutama remaja. Mahu menyerah sahajakah?

Awang bersyukur apabila Parlimen Britain mengundi menyokong pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat. Sebanyak 274 ahli Parlimen mengundi menyokong dan 12 menentang bagi satu usul mendesak kerajaan Britain untuk mengiktiraf kedua-duanya - negara Palestin bersama negara Israel.

Walaupun undian itu tidak mengubah pendirian diplomatik rasmi Britain, ia adalah satu lagi perkembangan yang positif. Bulan lalu, Perdana Menteri Sweden yang baharu, Stefen Lofven mengumumkan pengiktirafan ke atas negara Palestin meskipun berdepan dengan kritikan Israel.

Awang angkat topi kepada Lofven kerana mendokong kebebasan dan keadilan sejagat yang sebenar walaupun tahu cabarannya cukup besar. Selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk mengiktiraf negara Palestin pada 2012, tiada peningkatan kepada usaha tersebut, apatah lagi ditolak oleh Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah.

Sememangnya perjalanan Palestin untuk mendapat pengiktirafan dunia sebagai negara berdaulat masih jauh. Namun Awang yakin ia bukan sesuatu yang mustahil. Rejim aparteid di Afrika Selatan tumbang jua akhirnya walaupun pada mulanya tidak diberi harapan. Teruskan berdoa dan perhebat usaha beri tekanan kepada dunia terutama Israel.

Boikot terhadap produk dan perkhidmatan Israel semasa serangan yang mengorbankan lebih 2,100 nyawa rakyat Palestin, Ogos lalu, ternyata memberi kesan. Ekonomi Israel terjejas dengan kerugian hampir AS$5 bilion ekoran banyak pihak termasuk di Eropah menyertai kempen boikot itu. Dengan kuasa tekanan yang meningkat tahun demi tahun maka peluang dan harapan buat negara Palestin berdaulat masih terbuka luas. Apa senjata utamanya? Obor keyakinan yang tidak pernah padam.

Sebagai pengamal media, Awang sudah lama hilang kepercayaan kepada syarikat penyelidikan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd. kerana kewibawaannya yang terdedah kepada keraguan, manipulasi dan bias.

Kajian pembaca yang dibuat oleh syarikat itu menggunakan kayu ukur yang ketinggalan zaman dan tidak reflektif kepada pasaran sebenar penonton serta pembaca. Contoh paling mudah, ada akhbar yang jauh lebih tinggi edarannya tetapi menurut kajian Nielsen, jauh lebih rendah dari segi jumlah pembacanya. Tidak munasabah tetapi sampai hari ini, Nielsen gagal menjawab penggunaan kaedahnya yang samar dan tidak tepat.

Awang boleh faham mengapa beberapa organisasi media menarik diri daripada menggunakan khidmat Nielsen. Malah ada yang membidas dan mahu menyaman Nielsen sebagaimana akhbar TheSun pada 2011.

Bukan itu sahaja, reputasi Nielsen sudah menjadi bahan jenaka sebahagian pemain industri media tanah air, macam menonton program Maharaja Lawak - ketawakan sahaja.

Hairan mengapa para pemimpin kanan DAP tidak tahu malu membiarkan parti itu terus beroperasi tanpa pengiktirafan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran banyak aduan ahlinya berhubung salah laku dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ia umpama parti politik haram sementara anggota CEC boleh ditafsir berstatus hantu. Isu itu kembali panas ekoran kenyataan beberapa individu bersama hujah yang tidak mampu dijawab oleh kepimpinan DAP. Antaranya 120 cawangan yang belum mendaftar tetapi hadir dan mengundi dan 500 surat akuan palsu. Lalu Awang teringatkan buku tulisan Father Augustus Chen yang mendedahkan kepincangan dan salah laku pemilihan CEC DAP.

Siapa penulisnya tidak penting tetapi isi kandungan buku itu yang lebih bernilai iaitu kebenaran banyak perkara. Awang cadangkan pendedahan Father Augustus Chen dijadikan perbahasan umum, yang para pemimpin dan ahli DAP boleh terlibat sama. Itu juga kesempatan bagi DAP membuktikan bahawa parti yang mendapat sokongan majoriti kaum Cina itu, ada harga diri dalam soal integriti. Bukankah kaum itu tidak berkompromi dan tidak mahu dilihat berkompromi kepada penipuan, salah laku dan penyelewengan?

-AWANG SELAMAT

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-1.14347#sthash.jCO9t3Vq.dpuf
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments