kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Nasib malang buku bahasa Melayu



Penerbitan dalam bahasa Melayu terus menghadapi masalah ketandusan pembaca.


INDUSTRI penerbitan dalam BahasaMelayumampu bersaing dengan penerbitan dalam bahasa Inggeris bagi merebut peluang dagang jika 300 juta penutur bahasaMelayumampu dieksploitasi.

Berdasarkan fakta terkini, bahasaMelayumenduduki tangga keempat selepas bahasa Mandarin, Inggeris dan Urdu/Hindi dari segi jumlah penutur. Maknanya jumlah penuturMelayumengatasi jumlah penutur banyak bahasa-bahasa lain.

Dengan jumlah penutur BahasaMelayuyang begitu besar jumlahnya, sepatutnya pemain dalam industri penerbitan bercetak atau elektronik mempunyai peluang yang sangat menjanjikan untukjadijutawan dengan mudah.

Seandainya satu peratus daripada 300 juta penutur bahasaMelayumenjadi pelanggan sesebuah akhbar harian, akhbar mingguan, majalah bulanan atau buku yang diterbitkan dalam bahasaMelayu, maknanya jumlah jualan untuk setiap bahan akan berjumlah tiga juta sehari, seminggu atau sebulan.

Sekiranya keuntungan yang diperoleh dari tiga juta jualan bagi setiap bahan penerbitan, keuntungan bersihnya diperoleh sebanyak 20 sen sahaja, maka jumlah perolehan untuk setiap bahan adalah sebanyak RM600,000, satu jumlah perolehan yang sangat lumayan bagi pemain industri penerbitan, terutama dari kalanganpenulisdi negara ini.

Hakikatnya diMalaysia,penulisyang berjaya menghasilkan 10 buah buku pun belum tentu hasilnya boleh mencecah RM600,000, malah untuk dapatkan RM60,000 atau RM16,000 pun belum tentu. Ini kerana adapenulisyang bukunya telah diterbitkan bertahun lamanya belum terima sesen pun bayaran.

Kalau bukan penulisnya Shariff Putera dari Terengganu, yang beritahu kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz barangkali jika tujuh kali mati dan tujuh kali hidup pun seseorang tidak akan ada yang percaya dengan apa yang diluahkan olehpenulisTerengganu itu.

Shariff Putera -seorangpendidik danpenulismapan mendakwa bukunya yang diterbitkan sebanyak 5,000 naskah oleh DBP hanya terjual senaskah sahaja setelah bukunya itu beredar di pasaran.

Malang

Untuk negara yang rakyatnya berjumlah sekitar 28 juta, dengan akhbar-akhbar harian jumlah jualan hariannya tidak sampai pun sejuta naskah adalah sesuatu yang sangat malang, walhal kalau diambil kira senaskah akhbar dibaca oleh lima orang, seandainya sebanyak sejuta naskah suratkhabar harian terjual, maknanya jumlah pembaca baru pada angka lima juta daripada 28 juta rakyat.

Saya juga menemukan fakta rambang bahawa BahasaMelayuadalah sejenis bahasaMelayu-Polynesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayahMalaysia-Indonesia dan kawasan persekitarannya lebih 1,000 tahun lalu. Ia telah mengalami perkembangan tamadun sesuai dengan pembinaan tamadun oleh penuturnya.

Bagaimanapun kecenderungan terhadap pembacaan bahan bercetak yang diterbitkan dalam BahasaMelayumasih rendah, menjadikan industri penerbitan bahan-bahan bercetak dalam BahasaMelayudan pelaburan dalam industri berkenaan paling berisiko, Penutur BahasaMelayukelas berilmu diMalaysialebih memilih bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

Tebal

Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang diterbitkan dalam BahasaMelayudipasarkan. Kalau pun ada peminat sedikit sebanyak, hanyalah bagi buku yang bersifat bacaan ringan yang diselitkan dengan unsur-unsur lucah dan tahyul.

Kerana itu buku-buku atau majalah ringan serta tahyul yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan tertentu lebih laris jualannya berbanding dengan buku dan majalah terbitan DBP.

Tidak hairanlah kalau industri penerbitan bahan bercetak mahu pun elektronik jauh lebih ke depan di Indonesia berbanding dengan diMalaysia. Bagaimanapun jika mahu dibandingkan dengan bahan-bahan bercetak yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris, jumlah bahan terbitan bercetak dalam BahasaMelayuIndonesia jauh di belakang.

BahasaMelayupada waktu ini adalah bahasa rasmi bagi negaraMalaysia, Indonesia dan Brunei serta satu daripada bahasa rasmi Singapura.

Di Indonesia bahasaMelayukini dipanggil Bahasa Indonesia dan diMalaysia, ia dipanggil BahasaMalaysia. Ia sedang diancam oleh keyakinan di kalangan pemimpinMelayuterhadap keupayaannya untuk menjadi bahasa ilmu.

Selain daripada keempat-empat negara yang disebutkan, bahasaMelayujuga dituturkan oleh penduduk-pendudukMelayudi Selatan Thai, Selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka, Burma dan Afrika Selatan. Di Sri Lanka sahaja 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasaMelayumanakala di China terdapat siaran radio dalam BahasaMelayu, membuktikan bilangan yang agak besar penduduknya yang faham berbahasaMelayu.

BahasaMelayujuga diajar di University of Ohio di Amerika Syarikat, Leiden University di Belanda, Beijing Foreign Studies di China, Victoria University of Well New Zealand dan di Hankuk University, Korea. Penduduk rantau Balkan juga ada yang boleh berbahasaMelayu.

AnakMelayujuga sudah berjaya ke angkasa lepas di samping melalui Petronas, anak-anakMelayuberjaya memberikan saingan hebat dalam industri petroleum dunia. Bagaimanapun dalam bidang penyebaran ilmu dan maklumat, khususnya dalam dalam bidang penerbitan bercetak,Melayumelalu penggunaan bahasaMelayumasih gagaljadihebat.

Ini adalah kerana tidak ada usaha dan langkah proaktif dilakukan bagi memastikan 300 juta atau setidak-tidak sebilangan besar daripada penutur BahasaMelayumenjadi pelanggan dan pembaca akhbar harian, akhbar mingguan, majalah dan buku-buku yang ditulis dan diterbitkan dalam bahasaMelayu.

RAMLI ABDUL HALIM :Utusan Malaysia Sastera 17/01/2010
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Manusia Tanpa Kemanusiaan

    Manusia dan kemanusiaan harusnya seiring. Kata orang lama di tempat saya , manusia tanpa kemanusiaan umpama haiwan atau binatang. Sejak kecil…

  • Latah Wilayah atau Negeri

    Adalah saya merujuk kepada artikel ‘ Ada apa dengan istilah ‘wilayah’,’negeri’? ’ bertarikh…

  • Jujur kepada diri sendiri dalam hidup

    Kejujuran atau bersikap jujur adalah suatu perkara yang paling penting. Sentiasalah bersikap jujur dengan diri anda tanpa ragu-ragu mengenai…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments