kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ PLKN dan Pelatih

AWANG tidak pelik dengan penemuan satu kajian yang mendapati ada antara pelatih PLKN yang tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Melayu.

Ia bukan sesuatu yang ganjil di Malaysia. Malah banyak lagi warganegara Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan, tidak fasih dan menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan.

Itulah hakikatnya di negara ini sekarang. Sistem persekolahan yang pelbagai tidak akan menjamin bahasa Melayu akan ditutur de­ngan baik di negara ini.

Penyelidik kajian itu, Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Me­layu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong tidak perlu terkejut dengan fenomena ini.

Kerana selagi kita masih mempunyai pelbagai sistem persekolah­an yang sama kuat dari segi ‘kedaulatan’nya, maka sampai bila-bila pun masalah itu akan berterusan.

Adalah tidak mengejutkan juga bagaimana pelatih itu boleh lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi tidak boleh bertutur kerana situasi yang sama juga berlaku kepada bahasa Inggeris.

Seorang calon boleh mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi tidak boleh bertutur langsung dalam bahasa itu.

Awang tidak mahu mengulas lanjut mengenai penemuan itu. Kita serahkan kepada kerajaan supaya memikirkannya.

Kajian yang dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010 mendapati 604 pelatih tidak boleh langsung bercakap dalam bahasa kebangsaan.  Awang- Terima Hakikat Utusan Rencana 25/10/2014

Tags: bahasa, melayu
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments