kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Laman Sesawang dan Talipong Pintar

Jualan telefon pintar di 7 negara ASEAN bernilai AS$16.4 bilion - GfK


SINGAPURA: Sejumlah 120 juta unit telefon pintar di jual di tujuh pasaran utama ASEAN iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja dalam tempoh 12 bulan hingga Ogos lalu.

Kaji selidik firma penyelidikan GfK mendapati, pemilikan telefon pintar di ASEAN sedang dalam arah aliran meningkat dengan permintaan memuncak untuk telefon pintar dan phablet dalam tempoh itu yang ditunjukkan menerusi peningkatan jualan sebanyak 44 peratus dan 22 peratus dari segi nilai berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Akaun bagi Dunia Digital GfK Asia, Gerard Tan, berkata pasaran paling pantas berkembang dalam aspek jumlah jualan dalam tempoh 12 bulan lalu adalah Indonesia, Vietnam dan Thailand yang masing-masing berkembang sebanyak 70 peratus, 56 peratus dan 44 peratus.

Dari segi nilai jualan, yang paling pesat berkembang adalah Vietnam, Indonesia dan Thailand masing-masing sebanyak 52 peratus, 32 peratus dan 31 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Pendorong utama kekukuhan prestasi pasaran terutama di negara sedang membangun adalah pengenalan model telefon pintar murah daripada pengeluar baharu China, menjadikan telefon pintar kini lebih mampu dimiliki.

"Telefon pintar murah diterima meluas di pasaran sedang membangun," katanya.

Indonesia adalah satu-satu pasaran di ASEAN yang mana telefon pintar jenama tempatan semakin popular, merangkumi 16 peratus daripada jumlah jualan dan tujuh peratus daripada nilai jualan di negara itu.

Dalam pada itu, jenama dari China semakin popular di Indonesia, Malaysia dan Vietnam yang mana jumlah perbelanjaan pengguna merangkumi 10 peratus daripada pasaran.

"Walaupun jenama antarabangsa mendominasi pasaran telefon pintar serantau, jenama China juga semakin kukuh. Jenama antarabangsa utama semakin kehilangan pasaran kepada jenama China kerana telefon pintar termasuk phablet dari negara itu dijual pada harga antara AS$50 (RM163) hingga AS$200 (RM654) seunit.

Lebih 345 jenama dari China kini dijual di ASEAN. Jenama dari China dijual pada harga kira-kira 58 peratus lebih murah daripada jenama antarabangsa yang dijual pada purata AS$253 (RM827) berbanding dari China, AS$159 (RM520) seunit.

GfK Group, yang ditubuhkan pada 1934 sebagai Gesellschaft für Konsumforschung adalah firma penyelidikan pasaran terbesar Jerman dan yang keempat terbesar dunia selepas Nielsen Company, Kantar Group dan Ipsos.

SEJUMLAH 120 juta unit telefon pintar di jual di tujuh pasaran utama ASEAN iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja dalam tempoh 12 bulan hingga Ogos lalu. - Foto forbes.com

Sumber : Berita Harian IT Jumaat 24 Oktober 2014
Pembelian secara atas talian (online) menunjukkan 1malaya muleh land berada di kedudukan yang setara ... dengan maksud 'muleh tahan' dalam hal beli tak guna 'cash money' ... lepaih tu kena 'declare' bankrupt ...



Sumber: Sinar Harian Luar Negara dan Bisnes 28/10/2014



1malaya moleh land kalah lagi !
Berdasarkan kajiselidik Nielsen kedudukan pengguna Facebook adalah seperti berikut:
1. Amerika Syarikat 182 juta
2. Brazil 100 juta
3. India 83 juta
4. Indonesia 65 juta
5. Mexico 49 juta
6. Turki 36 juta
7. United Kingdom 36 juta
Tags: ict
Subscribe

  • Kerja Kontrak atau Tetap

    Isu terkini di Malaysia selain politik, Covid-19 dan wabak yang semakin berleluasa adalah kakitangan ‘kontrak’ bergelar ‘pegawai…

  • Kerajaan Swasta

    Apabila kita berfikir tentang pemerintahan kerajaan , apa yang muncul di kepala kita? Bagi kebanyak orang, gambar Agong, PM, bangunan parlimen ,…

  • Angkuh dari wajah

    Selagi kita terus tersilap mengenai keyakinan untuk kecekapan, kita akan berakhir dengan terlalu ramai bertemu dengan mereka yang tidak cekap yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments