kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perkemas pembelajaran bahasa Melayu

AGAK mengejutkan apabila statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menunjukkan seramai 604 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu walau sepatah.

Timbul persoalan bagaimana mereka ini boleh `lepas’ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau paling tidak pun lulus Penilai­an Menengah Rendah (PMR) suatu ketika dahulu.

Pada 2010, kerajaan mengendalikan program khas kepada pelatih PLKN yang masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ketika itu, JLKN mengesan 1,000 orang daripada 11,000 pelatih dalam kumpulan siri 7/2010 tidak mengenal huruf, tidak tahu membaca dan menulis.

Isu ini sebenarnya bukan baharu kerana masalah ini sudah berlaku dalam PLKN. Malah, jika bukan dalam PLKN sekalipun, jika dibuat tinjauan, berapa ramai pelajar di sesebuah kolej boleh berbahasa Melayu dengan baik selepas mereka meninggalkan alam persekolahan. Pekerja-pekerja kilang di bandar berkomunikasi dalam bahasa apa?

Dalam perbincangan terdahulu mengenai nasib bahasa Melayu di negara kita, sering kita dengar bahawa rata-rata menuding jari kepada sistem pendidikan negara yang berorientasikan lulus peperiksaan sebagai punca pelbagai penekanan dibuat untuk mencapai matlamat tersebut.

Kerana itulah pelajar sanggup menghadiri kelas tui­syen, menjemput guru datang ke rumah untuk mempelajari subjek-subjek pen­ting supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan apatah lagi subjek Bahasa Melayu yang disyaratkan wajib lulus.

Begitu juga di pihak pelajar dan ibu bapa yang meletakkan gred A sebagai ukuran kejayaan hidup masa depan. Ibu bapa akan berasa malu jika anak-anak mereka gagal peperiksaan kerana rata-rata berpendapat masa depan akan gelap sekiranya ‘sangkut’ dalam peperiksaan waima Ujian Pencapai­an Sekolah Rendah (UPSR) sekalipun.

Akibatnya, pelajar belajar semata-mata untuk mendapat sijil bukan untuk menjalani kehidupan berdasarkan apa yang dipelajari. Selepas menggenggam segulung sijil dan mendapat kelulusan atau kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, bahasa berkenaan tidak dipelajari lagi dan diamalkan. Ia habis di situ.

Soalnya, mengapa bahasa Me­layu dipandang remeh terutama selepas seseorang pelajar itu selesai menduduki peperiksaan? Persoalan ini bukan mudah untuk dirungkai. Selain faktor pendidikan, persepsi pelajar terhadap bahasa Melayu, faktor-faktor luar selepas pelajar meninggalkan alam persekolahan perlu diambil kira sebagai penyebab bahasa Melayu terpinggir.

Biasanya, kaum India dan Cina lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. De­ngan orang Melayu pun mereka banyak berbahasa Inggeris terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar dan di pekan-pekan.

Tambah memburukkan keadaan, budak-budak Melayu pun lebih gemar berbahasa Inggeris kerana meng­anggap komunikasi menjadi lebih cepat, mudah dan dipandang tinggi oleh kawan-kawan.

Orang Melayu sendiri sudah ramai yang membelakangkan bahasa ibunda sehingga bangsa lain melihat bahasa Melayu itu tidak begitu dihargai oleh bangsa mereka sendiri.

Berbeza dengan di kampung ke­rana bahasa Melayu masih kukuh sebagai medium penting perhubu­­ng­an masyarakat. Orang Cina dan India yang tinggal di kawasan ini juga tidak menghadapi masalah berkomunikasi dalam bahasa Melayu kerana mereka dikelilingi oleh orang Me­layu yang bercakap dalam bahasa itu.

Saya teringat kepada beberapa orang bekas anak murid berbangsa Cina dan India yang tinggal di Shah Alam. Empat atau lima tahun selepas mereka meninggalkan alam persekolahan, apabila terserempak semula, mereka lebih ba­nyak menggunakan bahasa Inggeris da­ripada bahasa Melayu sedangkan kebanyakan mereka ini mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu suatu ketika dahulu.

Maka, kajian secara menyeluruh mesti dilakukan segera agar setiap rakyat di negara ini boleh bertutur dalam bahasa rasmi negara, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.

Janganlah pula ada yang meng­anggap subjek Bahasa Melayu itu sebagai beban. M JASNI MAJED Utusan malaysia Rencana  29 Oktober 2014 2:29 AM

Tags: melayu
Subscribe

  • Raja, rakyat dan perlembagaan

    TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika…

  • Perlembagaan Persekutuan bukan saluran pecat pemimpin

    SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran…

  • Hak kebebasan berhimpun

    DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments