Muhdalena lari dari hospitalMuhdalena Ahmad Sumber: Berita Harian Jenayah 29/10/2014 |
Jenayah 1. JOHOR BAHRU: Wanita yang pernah didakwa terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.
Muhdalena yang diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Tampoi, di sini oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lalu itu dikatakan dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin.
Bagaimanapun, Muhdalena didapati tiada di katil hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dikatakan memberi alasan untuk keluar ke tandas.
Muhdalena yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghadapi empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, 9 Julai 2012.
Jenayah 2. SEPANG: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu.
Wanita didakwa beri sokongan kepada militan ISUMMI Kalsom Bahak, 25, (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas didakwa atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu. - Foto Mohd Fadli Hamzah Sumber: Berita Harian Jenayah 31/10/2014 |
Ummi Kalsom Bahak, 25, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.