kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Teknologi melangkaui zaman

JIKA tidak pecah atau terhakisnya tanah di atas bukit Kampung Johor Lama akibat hujan, pasti tidak siapa pun tahu bahawa di situ wujud sebuah kubu perang yang telah dibina pada kurun ke-16.

Pegawai Yayasan Warisan Johor, Mohd Azlan Hafiz Mohti berkata, kubu di Kota Johor Lama mempunyai kedudukan yang strategik dan sesuai untuk peperangan.



Kesan tinggalan kubu pertahanan Kota Johor Lama yang masih dapat dilihat hingga kini.
- LIPUTAN Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor untuk laporan S2. Gambar: MOHD NAIM AZIZ /Pemberita:ATHIR S2 UTUSAN

“Kubu ini sebenarnya dibina dengan tiga jenis batu iaitu granit, laterit dan karang. Kemudian ditutup dengan tanah supaya dapat menyerap impak peluru meriam yang datang dari kapal. Jadi, kubu tidak akan runtuh.

“Menurut para pengkaji sejarah, uniknya kubu ini kerana ia berbeza dengan kubu-kubu di negeri lain yang dibina dengan batu semata-mata.

“Namun, persoalan yang timbul terhadap kubu ini ialah teknologi untuk membinanya dan lebih pelik apabila cara batu itu diangkat dari bawah ke atas kerana ia terletak di atas bukit yang tinggi iaitu 800 meter dari paras laut.

“Jika air surut, kita berpeluang melihat bongkah-bongkah batu yang kelihatan tersusun untuk diangkat naik ke atas,” jelasnya ketika ditemubual S2.



Kesan tinggalan kubu pertahanan Kota Johor Lama yang masih dapat dilihat hingga kini.

Tambah beliau lagi, selain pembinaan benteng, teknologi peperangan seperti senjata turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengkaji.

“Senjata adalah persoalan paling besar kerana dalam penggalian sekitar tahun 1960, para pengkaji menjumpai tiga jenis meriam iaitu emas, perak dan tembaga (gangsa) serta acuannya sekali.



KOLEKSI meriam lama antara artifak peninggalan yang dipamerkan di Muzium Kota Johor Lama di Kampung Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor.

“Justeru di mana sumber emas dan dekat mana tempat mereka memproses emas-emas tersebut terus menjadi rahsia sampai sekarang,” ujarnya.

Menurut Mohd Azlan lagi, turut ditemui beberapa jenis senjata lain seperti senapang dan pistol.

“Tetapi, dalam hikayat Sejarah Melayu Johor, senjata tersebut mempunyai istilahnya tersendiri.


“Sebahagian besar senjata-senjata tersebut ditemui di Riau, Indonesia yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar besar Johor-Lingga-Riau,” jelasnya.“Sebagai contoh, istinggar (senapang), pemuras (shotgun) dan terakol (pistol kecil).

Bagaimanapun, ujarnya lagi, banyak artifak-artifak seperti senjata dan bangkai kapal itu telah diambil oleh pengkaji dari negara Barat sejak ekskavasi kota tersebut pada 1960.



PEMANDANGAN arah hadapan menuju ke kubu pertahanan Kota Johor Lama



: Utusan Rencana 01/11/2014
Tags: sejarah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments