kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Johor Lama akan berwajah baharu

KAMPUNG Johor Lama adalah satu-satunya peninggalan yang akan mengingatkan masyarakat tentang sejarah terbinanya sebuah empayar yang kukuh pada suatu masa dahulu.



KAWASAN chalet yang dibangunkan untuk pelancong dan pengunjung di Kampung Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor.- LIPUTAN Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor untuk laporan S2. Gambar: MOHD NAIM AZIZ /Pemberita:ATHIR S2 UTUSAN

Kampung yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi ini menyimpan pelbagai keunikan. Selain permandangan yang indah, ia juga mempunyai identitinya tersendiri.

Jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke kampung itu, pasti akan terkejut dengan kewujudan kubur yang berada di merata-rata dalam kawasan kampung.

Waima di simpang jalan pun wujud kubur yang usianya telah mencecah ratusan tahun sementara batu nisannya pula dibuat daripada batu jenis granit dan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seni reka dari Acheh.

Menurut Penghulu Mukim Kampung Johor Lama, Mohd Redza Abdul Rahman (gambar), kubur-kubur tersebut adalah milik penduduk kampung yang mempunyai keturunan sejak zaman empayar Johor Lama.

“Di kampung ini memang banyak kubur dan kedudukannya yang tidak teratur seperti di sekeliling rumah, hujung simpang dan tepi jalan.

“Namun, tiada kerabat atau keturunan raja dimakamkan di kawasan ini dan kalau awak lihat tadi kebanyakannya berada di sekeliling rumah.


LALUAN utama hilir Sungai Johor yang satu masa dahulu adalah laluan kapal-kapal dagang.

“Kata penduduk kampung, orang zaman dahulu memang kebumikan jenazah keluarga mereka berdekatan dengan tempat tinggal mungkin sebab tiada tempat khusus dijadikan tanah perkuburan,” katanya ketika ditemui S2.

Tambah beliau, kubur-kubur ini tidak akan dialihkan dan kekal sebagai identiti Kampung Johor Lama walaupun pelbagai perancangan pelancongan akan dilaksanakan.



PELANCONG berpeluang menaiki bot yang disediakan oleh pihak KEJORA untuk menikmati keindahan permandangan di Sungai Johor.

“Kalau awak perasan kawasan tebing sungai kampung ini tidak ubah macam suasana kampung di timur semenanjung yang rumah-rumahnya terletak di tepi pantai.

“Jadi, disebabkan pemandangan yang cantik, banyak perancangan pembangunan sektor pelancongan akan dibangunkan seperti, jambatan gantung, chalet dan bot pelancong.


SUASANA di Kampung Johor Lama kini sunyi ekoran penduduk yang semakin berkurangan akibat berpindah ke bandar.

“Jambatan gantung akan dibina menyeberangi Sungai Johor Lama dari Pengkalan Raja ke Kubu Budak,” katanya.

Menurut beliau, banyak kawasan-kawasan peninggalan sejarah akan dipulihara dan dijaga untuk tatapan generasi akan datang.

“Kubu Budak suatu ketika dahulu menjadi tempat perlindungan kanak-kanak apabila Acheh dan Portugis datang menyerang Johor Lama. Di sana terdapat kubu-kubu kecil dibina kanak-kanak tersebut untuk berlindung.

“Selain Kubu Budak, rancangan pembinaan sebuah tempat simpanan artifak lama akan dibina untuk memelihara kesan-kesan peninggalan sejarah.


KAWASAN tanah perkuburan lama di mana tercacat ukiran di batu nesan seawal tahun 1930an di Kampung Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor

“Pembangunan pelancongan di Kampung Johor Lama turut dibantu oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) yang telah menyediakan sebuah jeti dan bot untuk pelancong melihat permandangan kampung ini sambil menyusuri Sungai Johor,” jelasnya.

Jelas beliau lagi, akan datang pelbagai kemudahan akan dinaik taraf untuk memudahkan perjalanan dari Kota Tinggi dan Johor Bahru ke Kampung Johor Lama.

“Pembangunan pelancongan di sini amat penting kerana di samping memelihara tempat sejarah, secara tidak langsung dapat menjana ekonomi penduduk kampung melalui perniagaan dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Utusan Rencana 01/11/2014
Tags: sejarah
Subscribe

  • Education is a learning curve

    TERTIARY level students, especially those in their final year, are a step away from graduation and have one foot in the working world. I must admit…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments