kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Wartakan Kota Johor Lama

Tidak ramai yang kenal Kampung Johor Lama, sebuah kawasan penempatan kecil dan terpencil jauh dari pusat bandar Kota Tinggi.

Kampung itu dinamakan sempena dengan kedudukannya dalam Kota Batu iaitu tempat yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor terawal.


MUZIUM Kota Johor Lama menyimpan sebahagian artifak pentinng dikawasan kubu pertahanan
- LIPUTAN Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor untuk laporan S2. Gambar: MOHD NAIM AZIZ /Pemberita:ATHIR S2 UTUSAN

Justeru, kampung tersebut pasti menyimpan seribu kenangan serta sejarah dan sebahagiannya yang masih lagi tersembunyi belum dapat dirungkai.

Menurut Pegawai Yayasan Warisan Johor, Mohd Azlan Hafiz Mohti, masih banyak lagi kajian sedang dibuat untuk memastikan ketepatan fakta sejarah di Kampung Johor Lama.


KOLEK daripada kayu buatan tangan berusia 100 tahun masih berada dalam keadaan baik di Kampung Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor

“Sebagai contoh, dalam banyak buku catatan sejarah Johor Lama menceritakan tentang sebuah pelabuhan pernah wujud di kawasan ini, namun belum menemui kesan-kesan berkaitan.

“Cuma, dahulu sekitar tahun 1960-an, para pengkaji sejarah terjumpa sebatang kayu terjuntai keluar dari permukaan tanah dan apabila digali, mereka menemui sebuah kapal kecil dipercayai pernah digunakan zaman kemasyhuran Johor Lama.

“Tetapi, artifak tersebut telah diambil oleh orang British dan dibawa pulang ke negara mereka, kononnya untuk kajian menyeluruh,” katanya ketika ditemubual S2.


FOTO aktiviti penggalian kawasan Kota Johor Lama yang dipamerkan di Muzium Kota Johor Lama

Tambahnya lagi, terdapat pelbagai lagi tanda tanya masih belum dijawab apabila meriam yang diperbuat daripada emas ditemui.

Selain itu, terdapat banyak cabaran perlu difikirkan oleh para pengkaji dan pihak kerajaan ekoran kesan-kesan sejarah dikhuatiri terdapat di dalam hutan-hutan sekeliling.

“Kita tidak tahu jika terdapat perancangan pembangunan di sekitar Teluk Sengat yang begitu hampir dengan Kota Johor Lama.


KUBU Kota Johor Lama sewaktu penggalian artifak sedang dibuat pada 1960

“Ada sebilangan penduduk tempatan mendakwa terjumpa batu-batu tersusun di ladang mereka dan jalan-jalan tanah. Itu yang terjumpa, kalau yang belum kita khuatir akan hilang akibat pembinaan.

“Itulah sebenarnya perkara yang paling dibimbangkan. Justeru, kita telah memohon kepada kerajaan termasuklah Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan Kampung Johor Lama sebagai kampung warisan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk memelihara kawasan-kawasan lain di Kota Johor Lama.

“Selain itu, kita juga telah menghantar beberapa dokumen untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

“Usaha ini telah dilakukan sejak zaman Tan Sri Dr. Rais Yatim menjadi ahli Parlimen Kota Tinggi. Apabila beliau tidak lagi bertanding, inisiatif ini masih lagi diteruskan.

“Bukan itu sahaja, kita juga menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail untuk memelihara serta menggazetkan kawasan Kampung Johor Lama ini sebagai kampung warisan,” jelasnya.

Utusan Rencana 01/11/2014
Tags: sejarah
Subscribe

  • Cerita pemimpin lama kesatuan MAS

    Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun sejak 58 tahun lalu dirai dengan penuh penghayatan. Pada 1 September 2015 ini pula akan lahir…

  • CEO paling sesuai untuk MAS baharu?

    Perancangan pemulihan Penerbangan Malaysia (MAS) kena bermula Januari tahun depan. Kalau hen­dak membuka buku baharu, eloklah MAS dan rakyat…

  • MAS mesti radikal pulih semula imej

    Tidak syak lagi, 2014 akan selama-lamanya kekal dalam ingatan dan bersemadi di hati sanubari rakyat Malaysia. Dengan tragedi berkembar kapal terbang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments