Denzel Washington-Malcolm X
Malcolm X Denzel Washington
Dia antara bintang kulit hitam paling berbakat dan berpengaruh di Hollywood.
Bercakap mengenai Denzel Washington, 59, beliau sering menjadi pilihan pengarah untuk membawakan watak dengan tuntutan emosi luar biasa selain sering terbabit dalam produksi filem berkualiti tinggi.
Pada 1992, keupayaan lakonan Denzel diuji apabila diberi kepercayaan menerajui filem Malcolm X arahan Spike Lee.
Malcolm X yang dilahirkan pada 19 Mei 1925 juga dikenali sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz iaitu pengasas Muslim Mosque, Inc. dan Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (Organization of Afro-American Unity).
Beliau juga adalah jurucakap kepada kumpulan Nation of Islam.
Beliau dibunuh pada 12 Februari 1965. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat.
Helen Mirren-Ratu Elizabeth II
Helen Mirren Queen Elizabeth II
Bagi sesiapa yang pernah menonton filem The Queen, anda pastinya dapat merasakan jelmaan Ratu Elizabeth II dalam aktres Helen Mirren selaku pemain watak itu.
Filem garapan Stephen Frears itu muncul di pawagam pada 2006 iaitu selepas sedekad selepas kematian Puteri Diana.
Jalan ceritanya juga berkisar mengenai kejadian sekitar kematian Diana yang dikatakan mangsa konspirasi keluarga diraja terbabit selain kerajaan Britain yang berusaha menutup satu rahsia besar membabitÂkan 'Puteri Di Hati Rakyat' itu.
Ia juga dipercayai mempunyai kaitan dengan agama dan hala tuju baru Diana.
Will Smith-Muhammad Ali
Muhammad Ali Will Smith
Mencipta nama sebagai pelakon komedi menerusi sitkom The Fresh Prince of Bel-Air, Will Smith membuktikan kemampuan lakonannya tidak terbatas kepada satu genre saja.
Ali, filem biografi arahan Michael Mann yang ditayangkan pada 2001 menyorot kehidupan legenda tinju, Muhammad Ali sekitar 1964 hingga 1974. Ia sekali gus membuktikan Will seorang pelakon yang 'versatile'.
Transformasi daripada seorang yang dikenali dengan aksi lucunya kepada peninju legenda , Will sebagai Ali bukan saja mengagumkan ramai kerana dedikasi lakonannya, tetapi turut mengimbau semula peristiwa pengusiran Ali dari arena tinju, kontroversi beliau memeluk Islam serta pakatan konspirasi bertujuan mencalarkan imej ikon tinju itu.
James Franco-Aron Ralston
James Franco Aron Ralston
Aktor James Franco memperoleh banyak pujian juga penghargaan atas keberkesanan lakonannya menerusi watak Aron Ralston yang cukup memberi inspirasi dan mencetuskan semangat menerusi filem 127 Hours.
Ditayangkan pada 2010, filem yang mengisahkan pengalaman sebenar seorang pendaki gunung bernama Aron Ralston yang terperangÂkap selama 127 jam di celah batu sewaktu meneroka sebuah kawasan terpencil di Utah.
Filem ini diarahkan oleh Danny Boyle manakala skor oleh komposer India, A R Rahman.
Colin Firth-King George VI (The King's Speech)
King George VI Colin Firth
The King's Speech sebuah filem epik mengisahkan Putera Albert yang gagap harus mengatasi masalahnya apabila ditabalkan menjadi raja.
Seorang pakar terapi bernama Lionel Logue ditugaskan untuk melatih Putera Albert mengatasi kegagapannya itu.
Putera Albert kemudian ditabalkan menjadi raja bergelar King George VI dan perlu berucap di hadapan rakyat jelata sewaktu majlis pertabalannya.
Diarahkan Tom Hooper filem dipertontonkan pada 2010 itu antara peranan cukup mencabar buat aktor Colin Firth yang memainkan watak King George VI. Apapun, ia sangat berbaloi apabila Colin menang Aktor Terbaik pada Anugerah Golden Globe 2010.
Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my Harian Metro RAP 01/1/2014