kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

16 tahun abdikan diri

JIKA dihitung daripada awal penglibatan beliau, tahun ini masuk tahun ke-16, Zaliah Ali, 48, mencurahkan bakti sebagai pendidik dalam masyarakat Che Wong.



ZALIAH Ali yang memikul tanggungjawab sebagai pendidik masyarakat Orang Asli Che Wong sehingga hari ini.

Sepanjang tempoh tersebut, Pembantu Penggerak Masyarakat Che Wong itu sudah melalui pelbagai kenangan pahit manis.

Sumbangan beliau terhadap masyarakat Che Wong adalah sesuatu yang tidak ternilai.

Daripada memperkenalkan A,B,C sehingga tanggungjawab menguruskan kelahiran dan jenazah, semua pernah dipikul oleh wanita berjiwa kental itu.

Sehinggakan dalam kalangan rakannya sendiri, ada yang mempersendakan usaha beliau itu sebagai satu kerja gila.

Namun bagi anak kelahiran Jerantut itu, perjuangannya memartabatkan masyarakat Che Wong adalah tanggungjawab yang akan diteruskan selagi terdaya.

“Sepanjang 16 tahun mendidik dan berdakwah, pelbagai tomahan dilemparkan, tapi saya tahu, tanggungjawab ini satu tugas yang mulia.

“Sebagai wanita, memang saya berdepan pelbagai risiko dan ancaman, namun saya yakin Allah akan melindungi hamba yang menegakkan agama-Nya,’’ ujar beliau ketika mengajar anak-anak orang Che Wong di Sungai Enggang, dekat Lanchang. Pahang.

Tugas Zaliah yang dilantik sebagai guru agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga menuntut beliau meredah jauh ke tengah hutan untuk mendekati masyarakat Che Wong.

Antara penempatan orang Che Wong adalah Kuala Bayek, Hulu Terih, Sungai Rambut, Lata Tujug dan Bukit Patung.

Sepanjang ‘pengembaraan dakwahnya’, Zaliah tidak pernah melupakan pengalaman ke Sungai Rambut yang memaksa beliau meredah hutan selama tiga hari tiga malam.

“Saya bersyukur kerana diberi kekuatan untuk tinggal dan bercampur dengan Orang Asli tanpa rasa segan dan kekok,’’katanya ketika ditemui di Dewan Kebudayaan Orang Asli Che Wong di Sungai Enggang.

Zaliah berkata, penglibatan beliau sebagai pendidik dalam kalangan masyarakat Che Wong bermula sejak 1998.

Ketika itu katanya, cabaran mendekati etnik Che Wong bukan tugas yang mudah kerana etnik itu cukup dikenali sebagai masyarakat yang pemalu.

“Orang Che Wong tidak mudah untuk didekati. Mereka payah terima orang luar kerana tradisi hidup mereka yang gemar tinggal dalam kelompok mereka sendiri,’’ tambah Zaliah yang lebih mesra dengan gelaran ustazah.

Jelas beliau, cara terbaik yang mampu dilakukan ketika itu adalah dengan mempelajari bahasa Che Wong.

Hasil pergaulan tahun demi tahun, beliau kini menguasai bahasa Che Wong dengan fasih, malah sempat menterjemahkan beberapa rangkap lagu sewang kepada penulis.

“Untuk menjadi pendidik, saya tidak ada pilihan selain menjadi sebahagian daripada mereka,’’ katanya yang berulang-alik dari Karak ke Lanchang dua kali seminggu untuk mengajar anak-anak orang Che Wong.

Lebih mengagumkan, tanggungjawab mendidik Orang Asli itu dilakukan secara percuma selama tujuh tahun sebelum menerima elaun tetap sebanyak RM800 sebulan sejak 2005.

Berkat kegigihan dakwahnya, seramai 34 orang penduduk Sungai Enggang kini beragama Islam (berdaftar).

Beliau berkata, penghayatan mereka terhadap agama Islam kini semakin baik, bahkan penduduk di situ sudah pun memiliki sebuah surau hasil bantuan masyarakat luar.

“Semasa saya mula-mula masuk ke kampung ini dahulu, hanya ada tujuh orang yang beragama Islam.

“Seruan ke arah syahadah bukan satu kerja yang mudah kerana mereka sudah biasa dengan cara hidup di hutan,’’katanya.

Zaliah berkata, walaupun masyarakat Che Wong kini sudah mula menerima banyak perubahan, kesedaran terhadap pentingnya pendidikan perlu dipertingkatkan lagi.

“Pasa masa sekarang, tidak sampai 10 peratus daripada anak-anak orang Che Wong yang bersekolah kerana kehidupan mereka dikekang pelbagai masalah,’’katanya. Utusan Malaysia Rencana 08/11/2014

Tags: etnik
Subscribe

  • Listen and speak wisely

    I came across an article on being a listener and find it difficult to absorb. As an educator, I may be wrong as we are supposed to talk and deliver…

  • Action, not talk, speaks louder

    We’ll get somewhere if more of us respond with positive action rather than negative talk. SOME time ago, as I was driving, I found myself…

  • Give priority to listening and speaking skills

    I REFER to the letter “Teachers to take a back seat” (NST, June 9) by Muhamad Solahudin Ramli and the article “Reforming education…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments