kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tradisi yang semakin pupus

SEPERTI suku kaum Orang Asli lain di negara ini, masyarakat Che Wong juga kaya dengan adat dan tradisi.

Sebahagian daripada tradisi itu ada yang dianggap sebagai kemahiran yang wajib dimiliki bagi menentukan kelangsungan hidup mereka di hutan.



Salim Patong menunjukkan damak yang telah disapu dengan racun getah Ipoh.

Namun arus kemodenan yang semakin kuat meresapi masyarakat Che Wong menyebabkan budaya mereka semakin disisih terutama dalam kalangan generasi muda.

Salah satu tradisi masyarakat Che Wong yang kini semakin dilupakan adalah menyumpit. Pada masa kini, kemahiran memburu haiwan secara tradisional itu hanya boleh dilihat sebagai bahan tontonan kepada pelawat.

Di Sungai Enggang, S2 menemui Salim Patong, 40, penduduk Che Wong yang masih aktif memburu menggunakan sumpit.

Beliau berkata, kemahiran menyumpit dianggap asas dalam kebahagiaan rumah tangga.

“Kemahiran menyumpit penting untuk menastikan seseorang itu mampu menyara ahli keluarga atau sebaliknya,’’ kata beliau.

Salim berkata, golongan muda Che Wong pada masa kini tidak lagi mempraktikkan tradisi menyumpit kerana lebih terdedah kepada gaya hidup moden.

“Mereka lebih senang beli ayam di pasar daripada pergi memburu di hutan,’’ katanya yang mula menyumpit sejak usia belasan tahun.

Salim memberitahu, kemahiran menyumpit juga perlu ‘dipakejkan’ bersama kebolehan membuat laras sumpit, damak dan racunnya.


Salim Patong menunjukkan kemahiran memburu menggunakan sumpit di Kampung Sungai Enggang, dekat Lanchang, Pahang.

Katanya, untuk menghasilkan laras sumpit yang baik, orang Che Wong menggunakan buluh temiang yang mempunyai ruas sepanjang kira-kira dua meter.

“Laras sumpit mesti panjang untuk dapatkan ketepatan dan jarak tembakan yang jauh.

“Sumpit yang saya guna ini misalnya boleh mengenai sasaran sejauh 30 meter.

“Kalau sumpit monyet di atas pokok tualang masih boleh kena,’’ katanya lagi.

Semasa kunjungan kami di rumahnya di Sungai Enggang, Salim sempat menunjukkan cara-cara meletakkan racun pada damak.

“Damak yang dihasilkan daripada pokok bertam akan disalut dengan racun dari pokok Ipoh.

“Ia mampu membunuh binatang dalam masa lima hingga 10 minit,” katanya.

Menurut Salim, bahagian yang terkena tusukan damak akan dipotong dan dibuang bagi mengelakkan keracunan kepada manusia.

Utusan Malaysia Rencana 08/11/2014
Tags: etnik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments