kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Politeknik Malaysia cipta produk bantu OKU

Inovasi berasaskan sains dan teknologi diperlukan untuk kegunaan seharian manusia. Hasil inovasi kreatif banyak mempengaruhi gaya hidup manusia di zaman moden ini.

Bagi menghasilkan produk yang mempunyai inovasi yang berkualiti, pereka cipta perlu menggunakan idea pengetahuan menerusi penemuan baharu dalam bidang sains dan teknologi terutama melibatkan alat bantuan dan sokongan terapi kepada pesakit di negara ini.

Menyedari hakikat itu, Politeknik Malaysia di bawah program Diploma Teknologi Kayu bersama dengan institusi pengajian tempatan (IPTA) di negara ini menjalankan usaha menghasilkan produk inovasi itu dengan kos yang lebih murah.

Program ini bertujuan mendekatkan peranan politeknik kepada komuniti serta menggalakkan pelajar dan pensyarah menyumbang kepada masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan, masalah pembelajaran, dyslexia, autism dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Program kolaborasi politeknik ini manfaat pengetahuan kejuruteraan dan teknologi di bidang mekanikal, elektrik, elektronik dan komputer untuk golongan itu melalui penghasilan alat bantuan dan sokongan terapi yang dikenali sebagai ‘assistive devices’.

‘Assistive devices’ digunakan dalam pemulihan carakerja untuk menyokong proses rawatan pemulihan, selain daripada intervensi melalui terapi. Rawatan pemulihan yang menggunakan alat ini spesifik ke atas pesakit yang menghadapi masalah fizikal, psikologikal, atau sosial.

Proses tersebut bertujuan untuk membantu mereka mencapai tahap keupayaan maksima dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian.

Kesan daripada kerjasama dalam menghasilkan produk inovasi itu baru-baru ini sesi penyerahan produk berasaskan alatan bantuan kepada pesakit “Cerebral Palsy” (CP) telah diadakan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan di Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Pensyarah Perubatan bagi Program Terapi Carakerja pusat itu, Dr. Sazlina Kamaralzaman telah menerima produk inovasi itu daripada Politeknik Malaysia.

Dr. Sazlina berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyerahan produk inovasi di samping kajian lanjut akan dijalankan bagi menguji kesesuaian produk ini untuk kegunaan pesakit CP di klinik terapi

“Kami amat berharap pihak politeknik akan terus menjalankan projek di dalam bidang ‘Assistive Technology’ di masa hadapan. Semoga projek yang dijalankan dapat membantu meringankan bebanan golongan OKU di masa hadapan,” katanya.

Produk inovasi ini telah dihasilkan dengan kemahiran pelajar yang diselia oleh pensyarah program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu.

Berikut adalah butiran produk inovasi yang telah diserahkan kepada pusat berkenaan :-

Produk ini direka dengan papan lapis, PU leather dan foam sponge yang berkualiti khusus untuk kanak-kanak berumur lapan bulan ke atas yang mempunyai masalah neurologi serta kecacatan atau ketidakupayaan fizikal. Alat ini sesuai digunakan pesakit CP di pusat jagaan harian, sekolah dan kediaman. Kerusi ini direkacipta untuk memberi sokongan kepada tubuh kanak-kanak supaya mereka dapat duduk dengan posisi yang betul dan seterusnya memperbaiki postur dan tulang belakang pesakit.

Produk ini menggunakan bahan PU leather dan polystyrene zip. Struktur dan bahan bean bag yang lembut menjadikannya fleksibe bagi pesakit CP untuk meningkatkan kemahiran motor kasar melalui pengawalan otot dalam mengkoordinasikan pergerakan badan.

Produk ini sesuai diletakkan di dalam bilik terapi kerana bahan bean bag ini lembut dan sesuai untuk merehatkan otot-otot utama pesakit CP sewaktu di dalam keadaan stress.

Produk ini diperbuat daripada PU leather dan papan lapis. Produk ini digunakan bagi menggerakkan psychomotor pesakit untuk memperbaiki keseimbangan pergerakan dan koordinasi otot mereka apabila mereka menyusun bentuk-bentuk kiub ular kepada bentuk bongkah segi empat sama.

Di samping itu, hasil inovasi ini lasak dan tahan lama pengunaannya kerana ketiga-tiga produk inovasi ini menggunakan PU leather yang bersifat kalis air dan mudah untuk dibersihkan kotoran. Tambahan pula ianya bersifat odorless, tidak panas dan memberi keselesaan kepada pesakit CP.

Dengan adanya program kolaborasi dan inovasi ini para pensyarah dan pelajar dapat didedahkan dengan kehidupan sebenar masyarakat OKU. Projek ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar dan penyelia projek yang selama ini kurang jelas mengenai teknologi sedia ada yang boleh digunakan bagi membantu masyarakat meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Jalinan kerjasama ini berjaya memenuhi teras tiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dalam memantapkan keupayaan aktiviti penyelidikan dan inovasi bagi membawa Malaysia ke satu tahap pencipta teknologi di peringkat global.

Program ini juga telah menyokong Perancangan Transformasi Politeknik Fasa Kedua yang berpaksikan kepada teras kedua iaitu pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan bertunjangkan kekuatan setiap politeknik.

Tags: kayu, oku, politeknik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments