kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pegawai kanan polis tarik balik saman

SHAH ALAM -  Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam hari ini, membatalkan saman yang difailkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Risikan Operasi Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Asistan Comisioner Carleel Mohd Effendi terhadap peniaga yang didakwa memfitnahnya dalam surat layang, lapan tahun lalu.
Carleel (kiri) diiringi oleh peguamnya, Datuk M Selva ketika tiba di mahkamah.
- Foto Sinar Harian oleh TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN


Saman tersebut dibatalkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Chong Fong setelah plaintif menarik balik tindakan itu berikutan permohonan maaf secara terbuka defendan, Tan Kim Lee.

Kim Lee, 60, menerusi peguam, M Manoharan dalam kenyataannya berkata, dia menyesal atas perbuatan yang dilakukan terhadap Carleel, 57, dan menyedari bahawa tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.

"Defendan juga bersetuju untuk menarik balik tanpa syarat segala tomahan yang dibuat terhadap plaintif," katanya.

Dalam kenyataaan itu juga, Kim Lee berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama itu sehingga memaksa Carleel pada ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Komersial Selangor Suprintandan mengambil tindakan saman ini bagi membersihkan namanya.

Selain itu, Kim Lee juga bersetuju membayar pampasan RM500 kepada pertubuhan yang dipilih Carleel iaitu Masjid Nur Islam yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Carleel yang kini memegang jawatan Assisten Komisioner memfailkan tuntutan saman itu pada 24 Ogos 2006 menerusi firma guaman, Selva Mookiah and Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam saman itu beliau mendakwa defendan melakukan fitnah terhadapnya melalui surat bertarikh 10 April 2006 yang dikirimkan kepada Pengarah Bahagaian Jenayah Bukit Aman, Datuk  Khairuddin Mohammad dan disalinkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar pada ketika itu.

Beliau menuntut ganti rugi terhadap kandungan surat yang mengandungi tomahan itu, ganti rugi am, serius, teladan dan kos serta apa-apa remedi yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments