kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Implikasi wanita cerdik daripada lelaki

SABTU lalu, Kunta Kinte hadiri majlis pemasyhuran Canselor baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan konvokesyen ke-27. Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim, dimasyhurkan sebagai Canselor baharu ganti ayahanda baginda.

Kunta Kinte hadir lengkap dengan jubah dan topi profesor pasal Kunta Kinte adalah salah seorang 'adjunct professor' di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business universiti itu bagi tempoh 2013-15.

Terima kasihlah kepada UUM bagi peluang kepada orang lama macam Kunta Kinte kongsi ilmu dan pengalaman. Tak banyak, tapi sikit-sikit ada la.

Mereka kurang keluar dengan lelaki atau ada teman lelaki tapi mereka tetap aktif dalam seks.



The Real Kunta Kinte
Dalam keadaan negara kita yang makin hari makin ramai profesor pencen, kakitangan awam kanan pencen, usahawan pencen dan pengurus perniagaan pencen, elok kalau kita popularkan konsep pendermaan ilmu atau dalam bahasa Inggeris 'knowledge philanthropy'.

Masa berbaris masuk dewan, Kunta Kinte perhatikan majoriti yang hadir adalah wanita, tua dan muda daripada berbagai-bagai bangsa. Bila majlis anugerah ijazah dimulakan, majoriti yang naik pentas pun wanita juga.

Kunta Kinte tanya profesor perempuan yang duduk sebelah Kunta Kinte. Dia kata, 70 peratus pelajar UUM adalah perempuan. Bukan itu saja, malah mereka lebih tekun dan cemerlang daripada lelaki.

Kesan jangka panjang

Ini bukanlah fenomena UUM atau Malaysia sahaja. Hal ini, dah lama berlaku di negara maju. Di Amerika Syarikat contohnya, mulai pertengahan tahun 1970-an nisbah pelajar wanita dah atasi lelaki. Di negara kita sekarang nisbahnya lebih kurang 70:30 memihak kepada perempuan.

Kunta Kinte harap semua pihak faham dan ambil berat hal ini pasal kesan jangka panjangnya kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara cukup besar. Kalau anak perempuan kita susah nak cari pasangan yang sesuai dan pada masa yang sama macam-macam kejadian buruk berlaku, kita jangan buat-buat tak tahu.

Kajian oleh dua orang profesor Amerika - Jeremy Uecker dan Mark Regnerus - dapati wanita yang belajar di universiti di mana nisbah lelaki kecil akan hadapi masalah cari pasangan. Mereka kurang keluar dengan lelaki atau ada teman lelaki tapi mereka tetap aktif dalam seks.

Masalah ini sebenarnya dah pun berlaku di negara kita. Kunta Kinte istilahkan sebagai fenomena jantan kelas tiga. Antara ciri fenomena ini ialah tahap pelajaran, pendapatan dan motivasi si suami lebih rendah daripada si isteri.

Kunta Kinte jumpa ramai wanita profesional Melayu yang bukan sahaja bela anak-anak, malah ada yang kena sara laki. Tak peliklah bila bini minta cerai, mereka tak bagi. Macam mana nak bagi, duit poket dan kereta pun bini bagi.

Di pihak yang lain pula, makin ramai wanita profesional berhenti kerja bila beranak-pinak sebab susah nak cari pembantu rumah atau nak besarkan sendiri anak-anak. Bukan calang-calang orang. Ada yang jurutera, akauntan, arkitek dan pengurus dengan gaji lima angka.

Kunta Kinte akui ibu yang berpelajaran, berjaya dan bermotivasi boleh jaga dan didik anak-anak dengan lebih baik daripada serah bulat-bulat kepada pembantu rumah dan sekolah. Tapi duit pun penting juga dalam keadaan di mana harga segala macam barang dan perkhidmatan tambah naik.

Nasib baiklah kalau si suami pun ada pelajaran, berjaya dan bermotivasi. Tapi kalau dari sekolah lagi dah jadi pelumba haram, penagih dadah dan penghuni pusat serenti, macam mana nak jadi suami berjaya dan bermotivasi?

Masyarakat patriarki, matriarki

Kunta Kinte tengok, dalam banyak aspek, masyarakat Melayu dah berubah daripada masyarakat patriarki pimpinan bapa kepada matriarki pimpinan ibu. Ini tak semestinya buruk. Banyak kajian saintifik dapati keluarga dan masyarakat yang amalkan matriarki lebih berjaya daripada yang amalkan patriarki.

Cuma kita kena tanya adakah ini yang kita mahu dan adakah ia selaras dengan tuntutan agama kita? Lagi pun kalau jantan dah jadi kembiri ekonomi, macam mana kita nak kuatkan ekonomi Melayu? Jadi elok kalau kita dalami, fahami dan cari penyelesaian kepada masalah ini. Susah kalau jantan merempit, jadi penjenayah dan penghuni tetap pusat serenti.

Lagi pun, kalau lelaki yang rendah pencapaian dan rendah motivasi tak mampu pelihara anak bini dengan baik, macam mana mereka nak tadbir negara, rancang ekonomi dan urus perniagaan? Wallahuaklam.
Tags: perempuan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments