kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

TM bekal jalur lebar pukal kepada Net2One

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin usaha sama strategik dengan Net2One Sdn Bhd (Net2One) untuk perkhidmatan pukal bagi menawarkan jalur lebar menyeluruh dan dipercayai kepada pelanggan.

Kroni terkini ka .... ?



Megat Hisham (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Rozaimy (kanan) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Altel Holdings, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob (kiri, belakang) dan Bazlan.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Bazlan Osman, berkata Malaysia adalah pasaran yang semakin berkembang pesat dan pelanggan TM memerlukan perkhidmatan jalur lebar berprestasi tinggi bagi menyokong keperluan mereka.

Kerjasama dengan Net2One akan dapat memastikan jalur lebar sentiasa sedia diakses oleh pelanggan Net2One menerusi rangkaian TM, selain menyahut saranan kerajaan terhadap perkongsian infrastruktur rangkaian, sekali gus membantu memperkukuhkan lagi kedudukan TM sebagai penyedia perkhidmatan pukal yang neutral.

"Menerusi kerjasama ini, TM dan Net2One akan dapat memanfaatkan kepakaran teras masing-masing, sekali gus memberikan perkhidmatan dan sambungan terbaik buat pelanggan akhir," katanya dalam satu kenyataan sempena pemeteraian perjanjian bagi perkhidmatan pukal antara TM dan Net2One di sini hari ini.

Memeterai perjanjian itu bagi pihak TM ialah Naib Presiden Eksekutif Global & Wholesale, Rozaimy Rahman, manakala Net2One diwakili Ketua Pegawai Operasi, Megat Hisham Hassan.

TM ialah peneraju jalur lebar negara, manakala Net2One, syarikat di bawah Altel Holdings, adalah pengendali terbaharu dalam industri telekomunikasi tempatan.

Tags: ict
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments