kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Whatsapp benar tanda biru dibuang, tapi...

Seluruh dunia digemparkan seketika dalam seminggu yang lepas, apabila kemaskini terbaru aplikasi popular permesejan, iaitu Whatsapp memperkenalkan tanda tick berwarna biru.

Selama ini, Whatsapp menggunakan tanda 1 tick berwarna kelabu untuk menandakan mesej telah dihantar ke server, dan tanda 2 tick kelabu untuk mesej telah diterima kepada penerima mesej. Terbaru, Whatsapp menambah tanda 2 tick berwarna biru bagi menandakan mesej telah dibuka yang sekaligus membawa makna telah dibaca oleh penerima.

Ia menggemparkan dunia kerana tanda mesej telah dibaca bakal mengantoikan orang yang selalu memberi alasan tidak membaca mesej. Terutama sekali kepada pasangan yang terlalu mengongkong atau bos yang mahukan pekerja menyiapkan tugasan yang diberi.

Tetapi semalam, Whatsapp telah melepaskan aplikasi BETA di lamanwebnya, yang memberi pilihan kepada pengguna untuk menghantar notifikasi telah dibaca kepada rakan. Ini bermakna, tetapan ini membolehkan tanda 2 tick kekal kelabu, walaupun ia telah dibaca. jadi penghantar mesej akan kekal di dalam kesamaran samada penerima mesej telah membaca mesej yang dihantar atau belum.

Dalam aplikasi BETA itu, pengguna boleh memadamkan tanda 2 tick kelabu dengan pergi ke Setting > Account > Privacy > dan di bawah Messaging, untick Read Receipts. Maka mesej yang telah dibaca tidak lagi bertukar ke warna biru.

Cuma perlu diingatkan, ciri ini hanya boleh didapati untuk Android, pengguna lain kena tunggu ya!

Tags: whatsapp
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments