kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pengguna, kerajaan manfaat pengapungan RON95

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak RON95 dan diesel akan ditetapkan melalui sistem pengapungan terkawal yang mana ianya telah pun diguna pakai di dalam penetapan harga minyak RON97 sejak Julai 2010. Melalui mekanisme terbaharu ini, harga runcit minyak akan ditentukan oleh harga minyak di pasaran minyak mentah dunia yang mana purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Ini bererti harga minyak di negara ini akan terdedah kepada turun naik harga pasaran minyak mentah dunia yang sememangnya bergantung kepada permintaan dan penawaran. Melalui lensa sebagai penganalisis ekonomi, mekanisme penetapan harga minyak seperti ini adalah amat dialu-alukan kerana ianya akan memastikan sumber ekonomi yang terhad iaitu minyak mentah akan diagihkan secara cekap di dalam sistem ekonomi negara.

Harga minyak berubah


Perkara ini berikutan perubahan harga minyak akan memberikan suatu isyarat yang tepat kepada pengguna bahawa harga minyak adalah berubah dari semasa ke semasa dan bukannya bersifat kekal. Sebagai pengguna yang rasional, perubahan harga minyak mentah ini akan mendorong tabiat berbelanja yang lebih efektif memandangkan mereka mampu untuk merancang kewangan mereka berikutan mekanisme penetapan harga minyak yang lebih telus.

Tidak seperti pada waktu yang lalu yang mana pengumuman kenaikan harga minyak sering kali berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka dan mengejut. Lantaran daripada pengumuman kenaikan harga minyak maka pengguna akan lebih cenderung untuk berpusu-pusu ke stesen minyak bagi memenuhi tangki minyak mereka dengan harga lama.

Disamping itu, pelaksanaan mekanisme yang terbaharu ini di lihat sebagai tepat pada waktunya berikutan harga minyak mentah dunia yang dijangka akan kekal stabil bagi tempoh terdekat ini berikutan lebihan penawaran yang sedang berlaku di pasaran. Faktor ini banyak didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak dan gas Shale di Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi- ekonomi utama di Asia seperti di China yang dilihat akan menyebabkan permintaan minyak yang berkurangan.

Dari sudut kewangan kerajaan pula, mekanisme harga minyak yang baharu bermakna tiada lagi subsidi akan diberikan terhadap harga minyak runcit. Perkara ini sudah tentu akan membawa penjimatan yang besar terhadap pihak kerajaan kerana jumlah perbelanjaan terhadap subsidi minyak agak signifikan dari segi saiznya.

Jika dilihat pada tahun-tahun yang lalu, purata perbelanjaan subsidi minyak adalah sekitar RM23.9 bilion atau 2.5 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tiga tahun kebelakangan ini. Manakala, saiz defisit fiskal untuk tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini adalah pada kadar 2.7 peratus. Oleh itu, secara kasarnya kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sebanyak RM23.9 bilion.

Implikasi hasil perubahan

Ada beberapa implikasi hasil daripada perubahan kepada sistem pengapungan terkawal ini. Pertamanya adalah dari sudut penarafan kredit bagi kerajaan Malaysia oleh agensi penarafan antarabangsa. Dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan melalui rasionalisasi subsidi ini, kedudukan kewangan kerajaan dilihat akan lebih kukuh dan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk melunaskan hutang kerajaan yang sedia ada.

Selain itu, kualiti pertumbuhan ekonomi akan lebih baik kerana peranan kerajaan di dalam enjin pertumbuhan ekonomi dilihat berkurangan dan sumber pertumbuhan akan lebih tertumpu kepada sektor swasta.

Oleh itu, berkemungkinan kerajaan akan menikmati kenaikan didalam penarafan kredit yang sekarang berada pada paras A3/A-. Dengan jangkaan ini, sudah tentu akan menarik minat terhadap pelabur asing berikutan potensi ekonomi negara yang dijangka akan lebih berdaya saing pada masa akan datang.

Selain itu, hasil daripada penjimatan ini juga mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk merangka program bayaran pindahan kepada golongan sasaran seperti golongan berpendapatan rendah dan pertengahan bagi meminimumkan kesan daripada kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun, program seperti ini perlulah dikaji dari semasa ke semasa supaya ianya akan kekal dinikmati oleh golongan yang sepatutnya.

Kesan limpahan positif

Untuk itu, pemantauan yang berterusan perlu dijalankan kerana berkemungkinan golongan berpendapatan rendah telah pun 'berpindah' kepada golongan berpendapatan tinggi hasil dari pertumbuhan ekonomi yang baik di masa-masa akan datang.

Di samping itu, juga penjimatan ini juga boleh disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan yang akan membawa kesan limpahan yang positif industri pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Akhir kata, sebagai pengguna kita perlu bersifat berlapang dada di dalam menangani isu ekonomi ini kerana adalah tidak adil sekiranya bebanan untuk menjana pertumbuhan terletak hanya semata-mata di bahu kerajaan.

Setiap rakyat juga mempunyai peranan di dalam sektor ekonomi masing- masing dan kita perlulah sentiasa berfikir dan bertindak dengan sewajarnya bagi menambah baik keadaan yang sedia ada.

Tags: ekonomi
Subscribe

  • All professions deserve equal respect

    DOCTOR, lawyer, accountant and engineer are the four horsemen of wealth. They represent a stable job, a good income, a beautiful house and the…

  • Monster bosses need not be tolerated

    I have heard numerous complaints from a number of friends about how horrible their bosses are, and how unsympathetic certain companies are towards…

  • When your boss is a nightmare

    APRIL 27 — Complaining about your boss is probably a global pastime, though now it is the national pastime if you think of our PM as…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments