kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Arshad arkitek ITM majukan Bumiputera

Bagi kebanyakan generasi pelajar dan lepasan Universiti Institut TeknologiMARA (UiTM) sekarang, Tan Sri Arshad Ayub (gambar) mungkin dikenali pada nama tanpa membawa sebarang makna. Malah, generasi UiTM seangkatan saya pada awal 1980- an pun hanya mengenali Arshad melalui cerita lisan daripada 'senior' dan pensyarah yang sempat belajar atau berkhidmat ketika beliau menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM).

Bagaimanapun, bagi generasi sedekad pertama ITM, sejak ia bermula sebagai Kolej Pengajian Perniagaan dan Profesional MARA pada 1965, bertukar kepada ITM pada tahun 1967 sehingga pengarah baharu mengambil alih pentadbiran pusat pengajian itu pada tahun 1975, jasa dan gaya kepemimpinan Arshad tidak mungkin dilupai.

anak kelahiran Parit Keromo, Muar


Tan Sri Arshad Ayub

Sekadar menyebut beberapa nama, Naib Canselor UiTM, Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor sebelum beliau, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah; bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Hashim Yaacob, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Salleh Sulong, Tan Sri Hamad Kama Piah, Allahyarham Datuk Salleh Majid, Datuk Seri Md Zin Mohamad dan Datuk Ibrahim Ali, adalah tokoh akademik, korporat dan politik, yang mendapat pendidikan awal di ITM.

Kisah pelajar makan roti

Kepada generasi ini, yang menjejak kaki ke ITM di Jalan Othman, Petaling Jaya, Arshad bukan setakat pengarah yang tegas dan garang, tetapi juga seorang bapa penyayang yang mahu melihat semua anak-anaknya berjaya. Ketegasannya ketika itu amat digeruni pelajar, apalagi beliau sering muncul di asrama membuat pemeriksaan pada waktu malam.

Mereka juga tidak mungkin lupa, pada zaman 'rejim Arshad Ayub' menu makanan harian pelajar ITM berubah daripada nasi kepada roti untuk sarapan pagi dan sandwic untuk tengah hari. Alasannya ialah nasi menyebabkan pelajar mudah mengantuk di dalam kelas, sekali gus menjejaskan pendidikan. Walaupun mendapat bantahan sehingga pelajar berdemonstrasi, beliau tegas melaksanakan peraturan baru itu.

Kisah pelajar ITM makan roti ini menjadi antara tajuk perbualan pada Majlis Perjumpaan Keluarga ITM/UiTM Ayahanda Arshad Ayub anjuran Persatuan Alumni UiTM bagi meraikan hari jadinya ke-86 minggu lalu. Sebahagian besar daripada kira-kira 300 hadirin adalah bekas pelajar ITM pada zaman itu, kebanyakannya memegang jawatan penting dalam sektor korporat dan awam negara.

Menu pembuka selera untuk majlis makan malam yang turut dihadiri Arshad dan isteri, Puan Sri Zaleha Mohd Arshad itu ialah sekeping roti dengan sejemput telur dadar. Seorang bekas pelajar kemudian meminta hadirin bangun menyanyikan dua baris lagu yang pernah diamalkan mereka ketika di asrama dulu, 'semboyan sudah berbunyi, mari kita makan roti'.

Jadi pelopor

Namun, kisah makan roti itu hanyalah aspek kecil daripada pelbagai perubahan besar diperkenalkan oleh Arshad untuk kemajuan ITM yang hasilnya menjadi kebanggaan bangsa Melayu hari ini. Sebagai arkitek penubuhan ITM bagi memberi peluang kepada anak Bumiputera yang tidak mendapat tempat ke universiti ketika itu, Arshad memperkenalkan kursus Sains Gunaan, Komunikasi Massa, Pengurusan Perniagaan, Seni Rekabentuk, Pentadbiran Awam, Pengurusan Perladangan dan Sajian/ Perhotelan, subjek yang amat asing di negara ini ketika itu. Semua kursus ini diajar dalam bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar di ITM, dasar yang kemudian diubah selepas Arshad meninggalkan institusi itu.

Lama sebelum pusat penggajian lain mengadakan program berkembar, ITM pada zamannya sudah mempelopori kerjasama tu dengan Universiti Ohio dan Kentucky. Arshad juga menjadikan ITM sebagai institusi pengajian pertama di negara ini memperkenalkan program undang-undang dan p erakaunan profesional United Kingdom seperti LLB, ICSA dan ACCA pada akhir 1960-an. Ketika pembukaan kampus cawangan pusat pengajian di kawasan pedalaman dilihat tindakan pelik, Arshad menubuhkan kampus cawangan ITM di Arau, Perlis dan Dungun, Terengganu. Sekarang bukan sahaja UiTM mempunyai kampus cawangan di seluruh negara, tetapi juga institusi pengajian lain. Tidak ramai tokoh berpandangan jauh sempat melihat hasil daripada usaha diperkenalkan mereka.

Arshad bagaimanapun bertuah kerana bukan sahaja masih dikurniakan kesihatan dan ketajaman fikiran, malah sempat melihat benih yang ditanamnya menjadi pokok rendang dan berbuah. Bagi anak kelahiran Parit Keromo, Muar ini, pengalamannya belajar di Kolej Pertanian Serdang menjadi falsafah perjuangan dalam mendidik anak bangsa yang suatu ketika dahulu dianggap malas dan mundur. "Dalam bidang pertanian, benih tak berapa elok pun, jika ditanam, dibaja, disiram dan sentiasa diberi perhatian, ia mampu mengeluarkan hasil yang baik, Begitu juga anak kita," katanya ketika berucap di depan sebahagian daripada hasil kejayaannya membina UiTM setengah abad lalu.

Tags: tokoh
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Bubble Tea , Senaman Kecergasan dan Madu Kelulut

    Aktiviti kecergasan, senaman dibenarkan Madu kelulut mampu sembuhkan pesakit Covid-19 ? Sah bubble tea ialah teh mutiara FOTO: Aziz A.…

  • Adakah anda seorang yang berani?

    Artikel Waktu isu 1MDB lagi saya lawan, tegas Abdul Hamid dan Ketua Ulama Pas teruk kena maki hamun dengan Lokman Adam bertarikh…

  • Persepsi I

    Amar makruf nahi munkar perlu dijadikan pegangan warga PDRM (Mei, 3, 2021) ada menyebut mengenai ‘ war of perception’. Dunia…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments