kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

36,304 calon UPSR 2014 dapat Gred A - KP Pelajaran

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.27 mata tahun lalu kepada 2.29 mata GPN tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Katanya, seramai 36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 mendapat Gred A.

"Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2014 di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.


KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof ketika
sidang media pengumuman analisis keputusan
ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah




36,304 dapat semua A dalam UPSR 2014 Utusan Malaysia Pendidikan 26 November 2014

PUTRAJAYA 26 Nov. - Sebanyak 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 berjaya mencatatkan A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah tersebut merupakan 7.89 peratus daripada keseluruhan calon UPSR tahun ini iaitu sebanyak 460,407 calon.

Walau bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 271,776 orang atau 59.03 peratus calon telah mendapat minimum gred C dan jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang mendapat semua gred A.

Keputusan UPSR boleh disemak bermula pukul 10 pagi hari ini dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS).

Calon boleh menaip UPSR, diikuti angka giliran selepas jarak dan hantar ke 15888.

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi. - UTUSAN ONLINE

Tags: upsr
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments