kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

36,304 calon cemerlang

Putrajaya: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menunjukkan seramai 36,304 daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan itu di seluruh negara memperoleh Cemerlang atau Gred A dalam semua mata pelajaran.

Dia nak mohong apa tah ni ... ?



Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian Cemerlang adalah 7.89 peratus berbanding 9.15 peratus tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 1.26 peratus.

Menurutnya, berdasarkan pecahan, seramai 16 daripada 1,981 Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki UPSR mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran dan mereka terdiri daripada satu calon buta, empat calon rabun, satu calon spastik dan 10 calon lain-lain kecacatan.


Apa dia cuba nak habag tah ... ?

Kalu 3 data menunjukan ( - ) ... pencapaian yang baik ka ... ?

Menurutnya, berdasarkan pecahan, seramai 16 daripada 1,981 Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki UPSR mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran dan mereka terdiri daripada satu calon buta, empat calon rabun, satu calon spastik dan 10 calon lain-lain kecacatan.

“Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D atau Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) mencatatkan sebanyak 2.87 peratus berbanding tahun lalu 3.36 peratus iaitu menurun sebanyak 0.49 peratus.

“Ini menunjukkan bilangan kumpulan calon di bawah tahap penguasaan minimum berjaya dikurangkan kepada 13,211 tahun ini berbanding 15,656 tahun lalu iaitu pengurangan sebanyak 2,445,” katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2014 di sini, semalam.



Geraf ni adalah geraf 'sah' dan 'boleh di percaya' .. dari 2011 sampai 2014 geraf menurun ... world class ka ... ppuuuiihh !

Khair berkata, bagi calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C tidak termasuk semua Gred A) bagi semua mata pelajaran diduduki ialah 59.03 peratus berbanding tahun lalu 56.28 peratus dengan peningkatan 2.75 peratus.

“Mengikut Gred Purata Nasional (GPN), pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini ialah 2.29 mata berbanding tahun lalu iaitu 2.27 mata dengan penurunan sebanyak 0.02 mata.

“GPN pada tahun ini lebih baik jika dibandingkan dengan GPN pada 2011 dan 2012. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Khair berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum di bandar dan luar bandar masing-masing menurun sebanyak 0.26 peratus dan 0.72 peratus berbanding tahun lalu.



Geraf menurun pun 'baik' juga ... kuang ! kuang ! kuang !

“Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar masing-masing meningkat sebanyak 2.03 peratus dan 3.47 peratus sekali gus menunjukkan jurang pencapaian Baik antara calon semakin mengecil iaitu sebanyak 1.43 peratus.

“Bagi calon mendapat semua Gred A di bandar dan luar bandar masing-masing menurun sebanyak 1.64 peratus dan 0.89 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon di bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing menurun sebanyak 0.03 mata gred purata dan 0.01 mata gred purata berbanding tahun lalu.


“Jurang pencapaian keseluruhan antara calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.02 mata gred purata,” katanya.

Tags: exam, pentaksiran, upsr
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Bubble Tea , Senaman Kecergasan dan Madu Kelulut

    Aktiviti kecergasan, senaman dibenarkan Madu kelulut mampu sembuhkan pesakit Covid-19 ? Sah bubble tea ialah teh mutiara FOTO: Aziz A.…

  • Adakah anda seorang yang berani?

    Artikel Waktu isu 1MDB lagi saya lawan, tegas Abdul Hamid dan Ketua Ulama Pas teruk kena maki hamun dengan Lokman Adam bertarikh…

  • Persepsi I

    Amar makruf nahi munkar perlu dijadikan pegangan warga PDRM (Mei, 3, 2021) ada menyebut mengenai ‘ war of perception’. Dunia…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments