KUALA LUMPUR 3 Dis. - Umat Islam di Malaysia hari ini perlu mengambil iktibar dalam kes rusuhan berkaitan kes gadis Belanda, Natrah pada Disember 1950 dalam memperjuang dan mempertahan kesucian Islam yang menjadi sasaran kebencian pada masa kini.
Penulis buku "Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata", Datin Seri Fatini Yaacob berkata, rusuhan yang berlaku di Singapura sebelum negara mencapai kemerdekaan itu bukanlah kerana gadis bernama Natrah atau Maria Hertogh semata-mata tetapi kerana maruah Islam dihina.
"Ramai yang sesat mengenai Natrah. Soalan paling banyak saya terima kenapa Natrah berkhawin dengan Mansor Adabi di Singapura. Apa khabar beliau sekarang?
"Kesimpulan saya, persoalan yang ditanya oleh kebanyakan orang kepada saya tidak penting. Apa yang penting bahawa isu Natrah adalah isu maruah orang Melayu-Islam bukan mengenai Natrah," kata Fatini.
Fatini berkata demikian dalam dalam 'Wacana Natrah' anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya di institut pengajian tinggi awam itu di sini hari ini.
Dalam pembentangan bertajuk "Rusuhan Natrah: Impak Terhadap Kebangkitan dan Perpaduan Ummah di Malaysia", Fatini menegaskan, umat Islam tidak tewas dalam peristiwa berkenaan kerana mereka bangkit bersatu mempertahanlan maruah Islam.
"Penjajah sama sekali tidak sangka orang Islam bangkit menentang. Kini golongan liberal berusaha dengan agenda untuk melemahkan umat Islam.
"Kita sendiri tidak ada agenda. Ini perjuangan untuk kita semua. Perjuangan kita terhadap kumpulan liberal lebih berat dari dulu. Mereka menyelinap dalam fakulti undang-undang dan pengajian Islam. Mereka secara halus dan melunturkan kasih sayang kepada Rasullulah dan Islam," tegas Fatini.
Turut menjadi ahli panel pada wacana tersebut adalah Presiden Alumni Pengajian Islam UM, Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Adli.
Beliau yang melakukan pembentangan bertajuk "Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan: Refeksi Isu Natrah" bersetuju dengan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan.
"Akta Hasutan adalah senjata. UMNO belajar daripada kesilapan dengan memansuhkan ISA. UMNO terikut rentak dengan politik sana.
"Saya sokong penuh ISA. Begitu juga Akta Hasutan. Ia akta baik untuk selamatkan keadaan," kata Dr. Mohamad Azam.
Tegas beliau, umat Islam yang kini berpecah belah dan tidak bersatu perlu kembali merapatkan saf dan mempertahankan akidah serta maruah Islam seperti yang ditunjukan dalam kes Natrah. - UTUSAN ONLINE
Dr. Mohamad Azam Adil: Orang Islam-Melayu tidak bersatu. Mengenai kalimah Allah, ulama berpecah belah. Ada yang kata boleh dan tidak.
Saya tidak faham kenapa ada ulama yang bersetuju dengan tuntutan kalimah Allah. Saya tak puas hati dengan keputusan 4 hakim menyokong dan 3 tidak. Patutnya 5:2. Kerana lima hakim terlibat adalah Islam.
Di Selangor, MAIS terpaksa mengalah dan memberi semula bible terjemahan kepada orang Kristian. Ini kekalahan kepada orang Islam.
Perlaksanaan undang-undang Islam juga melihatkam umat Islam bertelingkahan.
Hudud di Brunei merupakan batu loncatan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. UMNO dan Pas kini bersetuju untuk melaksanakan beberapa perkara.
UMNO dan Pas mesti bersatu dalam menjaga kepentingan Islam.
-
Terkenang Sewaktu Dulu .. Masih kah Kau Ingat ..?
kasut yg menjadi pujaan hati setiap budak sekolah....Grin Grin KASUT WARRIOR TU. tak dapat kasut macam chik boh tu...…
-
Tidak perlu bazir wang beli suplemen
PENJUALAN suplemen vitamin dalam bentuk serbuk dan pil meningkat semasa pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu kerana penduduk dunia mencari-cari…
-
Bagaimana penyakit mental juga boleh merosakkan jantung?
Penyakit mental adalah berbahaya lebih daripada kepada minda, menurut penyelidik dari Universiti Australia Selatan. Kajian mereka mendapati penyakit…
- Post a new comment
- 0 comments
- Post a new comment
- 0 comments