kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mystery of Ayer Lanas gold

IT is believed that lode gold, gemstones and gold ingots are buried somewhere in Ayer Lanas, Kelantan. I don’t think anyone in Kelantan knows this because it wasn’t buried by the locals.

I don’t know the exact spot but I know how the gold was concealed there.

In 1954, I went to Batu Melintang, the most remote place in Kelantan. My duty was to search and demarcate a piece of land for the state to build a school. My ride was delayed by the poor condition of the roads; it took me eight hours to reach Batu Melintang.

Village head Mat Taib Jusoh took me to an old rest house, built by British gold miners before the World War 2.

Every night, during my week-long stay, Taib recounted the story of the gold mines in Bukit Berching and the French gold mines in Lechor on the Siamese side, a short distance away.


The next day, he led me to a river, where gold could be mined.

He said it was Sungai Berching, flowing from Gunung Berching, where the British gold mines were operating.

I looked at the river. It had more pebbles than sand, but the water was crystal clear. I had read reports about gold mining in Batu Melintang. These reports were kept in the land office. Taib then related what happened when WW2 broke out in 1941.

He said both gold mines operating in Gunung Berching and Lechor stopped production. The British miners left Batu Melintang on boats through Sungai Pergau to Dabong. From there, they boarded a train to Singapore with their treasure.

However, the French miners were forced to go to Batu Melintang because there was news that the Japanese Imperial Army had assembled in Bangkok and would advance to Malaya any time.

When the French party, escorted by Punjabi guards, arrived in Batu Melintang, they had no boat or sampan to ferry them; and Sungai Pergau was turbulent with strong currents because of the monsoon rain.

Taib said the French party then trekked to Tanah Merah, carrying their lode gold, gold nuggets and gemstones in the hope of reaching their destination in time for the train journey to Singapore.

Taib did not know the fate of the French miners and their escorts once they left Batu Melintang.

Fifteen years after the start of World War Two, in 1956, Ayer Lanas was chosen as the first Federal Land Development Authority scheme, now known as Felda.

Felda didn’t have any staff then, so land officers from the Kelantan districts were deployed to carry out the settlement project. I was one of them. One evening, while resting, two young Punjabi gentlemen came to in Ayer Lanas. One of them said they were from Singapore and were travelling to see places. They took some photographs of our camp and the surroundings, and left.

In 1962, a European befriended me. His name was James and he was a miner in Rompin, Pahang. He had a wife, who was a staff nurse at the then Kota Baru General Hospital.

He asked me about Ayer Lanas. I told him I had done settlement work there between 1956 and 1957. He recounted about the gold that was buried by the French miners in Ayer Lanas. Another interesting piece of information was regarding the Punjabi guards, who had escorted the French miners.

James told me that the French party arrived in Ayer Lanas, tired and weary. They were forced to bury their treasure somewhere along the way, hoping to return after the war.

They then trekked to Tanah Merah before boarding a train to Singapore, where all the Europeans had gathered to sail out from Malaya.

I then told him about the two Punjabis who had come to Ayer Lanas. He jumped to his feet and asked me how old they were and what they were doing there. I told him they were rather young and he said they could be the families of the guards.

James then expressed a desire to go to Ayer Lanas, but he did not know the spot of the treasure.

He was doubtful the treasure would be there as it was a lowland and near a river. I took him to Ayer Lanas and showed him the spot where we had camped.

He scanned the area and told me that the miners would bury their treasure on the highlands. Then, he pointed to the track leading to Legeh. We walked up to the area and suddenly he stopped at a spot not far from the present Ayer Lanas police station. It was newly built then.

He walked around, surveying the area. This was the likely spot, he said, far from the old track and free from floodwaters. “I believed the treasure was hidden somewhere in the area.”

I could not tell if he was joking. Today, Ayer Lanas is a busy and thriving town, with schools, shops, a market and residential houses. Perhaps, someday, when people find the treasure, Ayer Lanas will be known again as the place where gold was hidden.


Sejarah Air Lanas

Kedudukan Kampung Ayer Lanas adalah strategik kerana terletak di tengah-tengah lebuh raya timur - barat iaitu menghubungkan antara negeri Perak dan Kelantan serta menghubungkan antara Jeli - Tanah Merah. Jarak dari kampung ini untuk ke pusat-pusat bandar seperti Jeli ialah 12km, Tanah Merah 40km dan Kota Bharu ialah 80km.  Keluasan Mukim  Ayer Lanas ialah 1367.5 hektar. Nama-nama kampung yang terdapat dalam Mukim Ayer Lanas ialah Kampung Ayer Lanas, Kampung Bukit Perawas, Kampung Wakaf Zin, Kampung Huma Luas dan Kampung Kolam Ikan. Kampung Ayer Lanas terbahagi kepada tujuh blok iaitu Blok Tanah Merah, Blok Tumpat, Blok Machang, Blok Kota Bharu, Blok Pasir Puteh, Blok Bachok dan Blok Pasir Mas. Kampung-kampung yang berdekatan dengan Kampung Ayer Lanas ialah Kampung Legeh, Kampung Sungai Satan, Kampung Ayer Chanal, Kampung Rahmat, Kampung Wakaf Zain, Kampung Gemang, Kampung Lakota dan Kampung Bukit Bunga.
(Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 25 Januari 2014 )

Kampung Ayer Lanas dibuka pada tahun 1957 atas nama rancangan FELDA. Mengikut sesetengah peneroka, terdapat dua sejarah tentang asal usul kampung ini.

Sejarah yang pertama ialah Ayer Lanas berasal dari sebatang sungai yang bernama Sungai Lanas yang menjadi sumber air kepada peneroka. Menurut kata orang- orang tua, di tebing sungai ini terdapat banyak pokok nanas sepanjang sungai itu dan air sungai itu terasa seakan-akan air nenas atau dalam dialog Kelantan air lanas. Hai ini mungkin terjadi akibat rendapan  pokok- pokok nanas yang tumbang ke dalam air sungai ini. Oleh kerana air sungai ini terasa seakan-akan air nanas, maka peneroka di sini menamakan kampung ini Kampung Ayer Lanas sempena nama sungai lanas ini. Ayer ialah perkataan daripada orang Asli.

Sejarah yang kedua ialah mengisahkan tentang seorang ketua orang Asli yang bernama  Lanas dan dipanggil Tok Lanas. Tok Lanas ialah orang yang bertanggungjawab kepada kaumnya, maka mereka hidup dengan aman dan damai. Ceritanya bermula, pada suatu hari Tok Lanas lemas di dalam sungai semasa beliau bermandi-manda dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Maka, dengan sebulat suara, kaum orang Asli bersetuju untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Ayer Lanas sempena kematian Tok Lanas di dalam sungai tersebut dan kepimpinan beliau sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab.

PERASMIAN

Pada masa dahulu, Kampung Ayer Lanas merupakan kawasan yang dipenuhi hutan belukar, tetapi dibuka beramai- ramai oleh orang Melayu. Kampung Ayer Lanas diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama-sama beberapa orang tokoh lagi iaitu En Yaakub, En Ghazali Bin Shafie dan En Ariffin. Kampung ini dibuka pada tahun 1957 dan dibuka dalam perancangan Felda yang pertama dengan kemasukan 400 orang penduduk dari setiap daerah seluruh negeri Kelantan. Tujuan dibuka adalah untuk menambahkan penempatan baru untuk rakyat dan menambah pendapatan rakyat dengan bercucuk tanam. Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 12 Julai 2014 )

Sumber: Pusat Internet 1Malaysia Ayer Lanas


Berita Berkaitan

JELI, 24 April 2013 (Bernama) -- Bandar Jeli asalnya sebuah penempatan kecil di daerah terpencil Kelantan, tetapi sejak kehadiran Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai wakil rakyat Jeli, bandar itu dan kawasan sekitarnya menyaksikan proses transformasi yang ketara.

Pelawat ke Jeli kini menikmati panorama jalan raya empat lorong berlatar belakangkan Masjid Bandar Jeli yang tersergam indah, selain daripada bangunan sekolah, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains, Politeknik, Kolej Komuniti, Pusat Giatmara dan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Panorama itu membawa justifikasi tersendiri kepada gelaran ''arkitek perubahan Jeli'' yang diberi kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed, ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan mesra ''Tok Pa''.

Mustapa, 62, penyandang kerusi Parlimen Jeli, berjaya membawa perubahan besar ke kawasan Parlimen itu yang pernah digelar ''tempat jin bertendang'' sejak pertama kali dipilih mewakili kawasan itu pada 1994.

Sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, yang menerima sokongan padu rakyat, Mustapa membawa pembangunan berpandukan empat teras iaitu meningkatkansyiar Islam, pembangunan pendidikan, penyediaan kemudahan awam dan menjaminkebajikan rakyat.

Jelas sekali usaha Mustapa dilihat lebih terancang dan cepat membuahkan hasil. Dalam meningkatkan syiar Islam, masjid dan surau dibina dan ada yang dibaik pulih. Antaranya ialah Masjid Bandar Jeli, Masjid Gemang, Masjid Lubok Bongor, Masjid Bukit Bunga, Masjid Bukit Jering, Masjid Kubor Datu, Masjid Batu 11 danMasjid Jeli Seberang.

Beliau memberi perhatian khusus kepada aspek pendidikan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk mewujudkan Pusat Tuisyen Darul Falah.

Menurut seorang penduduk, Hanapi Mat Yunus, 60, penyediaan dan penambahbaikan dalam kemudahan awam jelas ketara di Parlimen Jeli khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas di mana terletaknya bandar Jeli dan kampus UMK.

Sebagai penduduk luar bandar, beliau seperti juga rakan-rakannya yang lainberasa bangga dengan kewujudan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Bunga, Hospital Jeli, klinik kesihatan, dewan orang ramai, jambatan baharu dan pusat perniagaan kerana pada satu ketika dahulu Jeli jauh ketinggalan daripada segi kemudahan pembangunan.

Hanapi mengikut keluarganya ke Jeli pada 1957 semasa berusia enam tahun apabila ibu bapanya menyertai rancangan tanah Felda Air Lanas. Bekas guru dan bekas pegawai pelajaran daerah Jeli itu berkata era kepesatan pembangunan di Jeli bermula di bawah kepimpinan Mustapa.

Masyarakat Orang Asli yang tinggal di Pos Penempatan Orang Asli di Sungai Rual, juga menikmati pelbagai pembangunan yang dibawa BN termasuk sekolah dan jalan tar yang menghubungkan perkampungan itu ke bandar Jeli.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat Mustapa sentiasa bersedia memikul amanah rakyat untuk terus membangunkan Parlimen Jeli antaranya menaiktaraf jalan kampung, ruang niaga yang memenuhi keperluan penduduk, melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan membawa projek yang boleh meningkatkan pendapatan penduduk yang majoritinya adalah petani.

Mustapa berazam untuk memajukan seluruh negeri ini yang jauh ketinggalan di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS selama 23 tahun, dan semua agenda pembangunan terkandung dalam manifesto atau Akujanji BN Kelantan yang bertemakan ''Rakyat Dihati Janji Ditepati''.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berpengalaman luas peringkat nasional dan antarabangsa dan pengalaman itu akan membantunya menarik pelaburan asing dalam memajukan Kelantan.

Pada PRU13, 5 Mei ini, Mustapa dicabar calon PAS Mohamad Apandi Mohamed bagi kerusi Parlimen Jeli manakala kerusi DUN Air Lanas, beliau akan mencabar calonPAS Abdullah Ya''kub yang juga penyandang DUN itu. Parlimen Jeli mempunyai 43,224 pengundi yang rata-ratanya adalah Melayu. Dua lagi DUN dalam kawasan Parlimen itu ialah Bukit Bunga dan Kuala Balah. -- BERNAMA

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments