kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja 2014

TEMERLOH: Perlis menewaskan Pahang 2-1 untuk mempertahankan mahkota kejuaraan GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini, malam tadi.


PASUKAN Perlis menjuarai Piala Emas Raja-Raja selepas menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Mini Temerloh. - Foto Nazirul Roselan

Perlis membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala Pahang selaku naib juara menerima RM20,000.

Perlawanan babak pertama seimbang tetapi tuan rumah mendahului pada minit ke-32.

Gol itu adalah jaringan M Fauzi Roslan yang menyambut sepakan sudut daripada Azidan Sarudin.

Keputusan separuh masa pertama kekal dengan jaringan 1-0.

Selepas rehat, Perlis bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-75 menerusi pemainnya, Adrien Jurad yang melepaskan satu tendang cantik membolosi pintu gol Pahang.

Pasukan Singa Utara dengan gumbiranya menggigit Gajah Senak

Adrien Jurad Budak Siam Otai sekali lagi membantu pasukan Singa Utara

Perlis sekali lagi berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi Pahang melalui , Anas Shaharom yang melepaskan rembatan kencang di minit terakhir perlawanan. Keputusan 2-1 berpihak kepada Perlis sehingga tamat permainan. - BERNAMA

Tags: bolasepak
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments