kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ PT3

PELBAGAI reaksi terhadap keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan semalam, yang pertama kali dalam sejarah perubahan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sesuatu yang perlu kita semua terima, ia adalah ujian yang pertama kali dilakukan dan pelaksanaannya perlu dilihat secara positif dengan mengambil kira pelbagai penambahbaikan boleh dilakukan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, pengalaman 53,413 calon di seluruh negara menduduki ujian PT3 yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR), adalah sesuatu yang memberangsang. Ia bukan sahaja me­nguji calon daripada cara berfikir malah pada masa yang sama me­nuntut tahap profesional para guru dipertahan dan dipertingkatkan.

Apa yang jelas ibu bapa perlu menerima secara positif dan dengan hati terbuka kaedah penilaian baru ke atas para pelajar kita. Jika gambaran keseluruhan mencerminkan kemerosotan para pelajar, ia perlu disusuli dengan usaha bagi mengembalikan kecemerlangan pelajar. Yang jelas, kita perlu menyedari tujuan perubahan tersebut dibuat iaitu dengan pelaksanaan PT3, antara lain, adalah bagi mencungkil bakat dalam kalangan pelajar de­ngan bimbingan daripada pihak sekolah. Ia juga akan dapat me­ngenal pasti dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi berkebolehan dalam bidang vokasional terus diberi ruang untuk mencipta kejayaan mereka.

Bagi Awang, dalam membuat penilaian seragam dan mempunyai tanda aras yang standard ke atas kertas ujian PT3 pula memandangkan ia melibatkan khidmat guru dari setiap sekolah, ia banyak menuntut para guru supaya bersikap profesional dan mempertahankan etika keguruan mereka. Golongan pendidik sebenarnya akan membantu menjadikan pemarkahan PT3 lebih tepat dalam membuat penilaian terhadap seseorang pelajar.

Tags: assessment, pentaksiran, pmr
Subscribe

  • Langkah Kajang', langkah malang

    ARENA politik pasti mencatatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai 'satu sejarah hitam' dalam politik negara. Bermula…

  • Demokrasi PKR yang tercalar

    Aduan Bantahan Pemilihan Paling Banyak Dalam Sejarah Politik Malaysia Jika pada pemilihan lepas terdapat 160 aduan rasmi daripada ahli dan…

  • All-out war for the big post

    The earth has been rumbling under the feet of Tan Sri Khalid Ibrahim as speculation grows that Selangor may soon be getting a woman Mentri Besar.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments