kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Keputusan UPKK 2014 terbaik untuk tempoh 3 tahun

PUTRAJAYA 22 Dis. - Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2014 mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dengan seluruh negeri mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan 100 peratus tanpa D.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pada tahun lepas keputusan UPKK mencapai kelulusan 99.99 peratus.

Sebanyak 27,614 orang calon (15.29 peratus) memperoleh agregat 8A pada tahun ini berbanding 22,608 orang calon (12.22 peratus) tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan UPKK 2014 di sini hari ini.

Satu lagi 'pembohongan' dari LPM/KPM

Oh Tidak,  kami 'terkecin dan dikencin' lagi !

Melaka merupakan negeri tertinggi memperoleh peratus agregat 8A iaitu 26.7 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus), katanya.

“Mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti bidang Al-Quran mencapai 99.36 peratus lulus.
“Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” kata Othman.
Mata pelajaran Ulum Syariah mencatat kelulusan 85.55 peratus; (Jawi, 92.53 peratus), (Sirah, 82.70 peratus); (Adab, 88.98 peratus) dan (Lughatul Quran, 82.39 peratus).

Katanya pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 1.76 peratus berbanding tahun lepas iaitu 1.86 peratus, meningkat sebanyak 0.1 mata.

Negeri terbaik dalam peperiksaan UPKK 2014 berdasarkan GPN adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan GPN 1.56, diikuti Selangor GPN 1.57 dan Melaka GPN 1.59, katanya. - Bernama

Tags: agama, pentaksiran, peperiksaan
Subscribe

  • Minuman manakah yang terbaik untuk penghidratan?

    Apabila anda dahaga dan memerlukan minuman, minuman manakah yang terbaik untuk memastikan anda terhidrat ? Pasti, anda sentiasa boleh…

  • Menghormati Hari Ibu

    Hari Ibu ialah percutian menghormati keibuan yang disambut dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu 2023 akan…

  • Mencari IKIGAI Anda

    Kita semua pernah mendengar pepatah, "Ikuti keghairahan anda," bukan? Baiklah, di sini adalah untuk memberitahu anda bahawa ia tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments