kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pelajar dapat semua A merudum ~ PT3

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dikeluarkan semalam bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, bahkan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebahagian calon PT3 ditemani ibu bapa masing-masing mengambil keputusan PT3 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor semalam.


Sikap berkunci mulut pihak berkenaan menyebabkan sehingga pukul 6 petang semalam tiada satu pengumuman dibuat mengenai jumlah pelajar tingkatan 3 yang mendapat keputusan semua A dalam PT3, pelajar terbaik keseluruhan atau sekolah cemerlang seperti mana yang biasa dilakukan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

Ujian bertulis PT3 diperkenalkan untuk mengantikan PMR mulai tahun ini.

Kumpulan wartawan yang cuba mendapatkan kenyataan semakin pening kepala apabila diarahkan terus ke sekolah untuk mengetahui keputusan PT3 sedangkan peperiksaan tersebut melibatkan sebanyak 2,608 pusat peperiksaan terdiri daripada 453,413 pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dilakukan Kosmo! di sekolah-sekolah cemerlang setiap negeri mendapati berlaku penurunan ketara pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil berbanding PMR tahun lalu.

Di ibu negara, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki, Latifah Mahfod berkata, daripada keseluruhan 178 calon yang menduduki PT3 hanya seorang pelajar yang direkod mencapai keputusan 10A dalam semua subjek.
Tags: assessment, exam, pentaksiran, pmr
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments