kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Anak pasangan Sweden dapat 5A

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Biarpun terpaksa menyesuaikan diri di tempat baharu dengan sistem pembe­lajaran yang jauh berbeza, Aisyah Azizul Raheem (gambar), 15, masih mampu memperoleh keputusan yang agak baik dalam Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Anak sulung kepada Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, pasangan yang pernah ditahan pihak berkuasa Sweden kerana kesalahan memukul anak mereka semasa berada di negara itu, memperoleh 5A biarpun gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Ujian Bertulis.


5A  tapi Bahasa Melayu F pun pass ka

Bahasa Melayu Lisan (C),  Bahasa Melayu Ujian Bertulis (F) dan Sains dan Pendidikan Islam (masing-masing E).

Ibu saudara Aisyah yang menjaganya di Kelantan, Shaleena Norshal, 43, berkata keputusan itu satu pencapaian membanggakan kerana Aisyah baharu sebelas bulan belajar di negara ini di samping mengharungi krisis keluarganya.

“Walaupun Aisyah hanya memperoleh 5A dan gagal Bahasa Melayu ujian bertulis tetapi kami sekeluarga berpuas hati dengan keputusannya. Kegagalan dalam subjek itu bukan bermakna gagal PT3.

“Ia satu keputusan cemerlang bagi kami, di saat pelbagai tekanan emosi dihadapi Aisyah akibat krisis keluarga, tambahan lagi belajar di sebuah tempat baharu yang asing dari segi sistem pembelajaran, bahasa dan budayanya,” kata Shaleena yang merupakan seorang guru, ketika dihubungi, di sini hari ini. – BERNAMA

Aisyah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala, Melor, Kelantan memperoleh “A“ bagi Bahasa Inggeris Ujian Bertulis, Bahasa Inggeris Lisan, Matematik, Sejarah dan Geografi.

Beliau memperoleh B bagi Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Melayu Lisan (C), Sains dan Pendidikan Islam (masing-masing E) dan Bahasa Melayu Ujian Bertulis (F).

Aisyah pula berkata walaupun dia gagal dalam ujian Bahasa Melayu Bertulis namun ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk menguasai mata pelajaran itu dan mendapat keputusan lebih baik pada masa akan datang.

Dia juga tidak menyangka akan turut mendapat A dalam mata pelajaran Sejarah dan Geografi selain Bahasa Inggeris Ujian Bertulis, Bahasa Inggeris Lisan dan Matematik.

“Secara jujur saya katakan, peperiksaan itu sangat sukar bagi saya... semuanya berbeza sekali dengan apa yang dipelajari di Sweden.

“Apa lagi sebelum ini saya hanya ambil tahu mengenai format mengenai Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi tahun ini ia ditukar kepada PT3, saya bukan sahaja di tempat baharu, kawan baharu, tetapi juga peperiksaan baharu, ia memberi tekanan,“ katanya.

Azizul Raheem, 38, dan Shalwati, 46, didakwa di mahkamah di Sweden, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember 2013.

Pada 28 Mac 2014, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati yang merupakan seorang guru bercuti tanpa gaji dan Azizul Raheem, yang merupakan Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak-anak mereka, Aisyah, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7.

Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak-anak mereka. Beliau dibebaskan pada 9 Julai 2014.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) kepada anak-anak mereka.

Shalwati dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada 29 September 2014. - Bernama

Tags: assessment, exam, pentaksiran
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Kerja Kontrak atau Tetap

    Isu terkini di Malaysia selain politik, Covid-19 dan wabak yang semakin berleluasa adalah kakitangan ‘kontrak’ bergelar ‘pegawai…

  • Kerajaan Swasta

    Apabila kita berfikir tentang pemerintahan kerajaan , apa yang muncul di kepala kita? Bagi kebanyak orang, gambar Agong, PM, bangunan parlimen ,…

  • Angkuh dari wajah

    Selagi kita terus tersilap mengenai keyakinan untuk kecekapan, kita akan berakhir dengan terlalu ramai bertemu dengan mereka yang tidak cekap yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments