kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

GPMS kumpul maklum balas tambah baik PT3

GEORGETOWN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai bagi menambah baik pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada masa hadapan.

Logo GPMS
Ketua Penerangannya, Mohd Adib Anas Md Noor menyifatkan keputusan PT3 yang diumumkan baru-baru ini, sebagai eksperimen berjaya dan membuka dimensi baharu hala tuju pendidikan negara dalam jangka panjang.
"Ia permulaan baik dan berupaya menjadi penanda aras pada tahap mana pemikiran pelajar kita sekarang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, masyarakat tidak wajar melihat pencapaian PT3 itu sebagai pengakhiran masa depan pelajar sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi untuk memajukan diri.
GPMS turut berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberi penerangan terperinci mengenai format penilaian dan pemarkahan PT3 kepada ibu bapa supaya tidak timbul salah faham selain mendedahkan mereka kepada situasi pendidikan semasa, katanya.
Mohd Adib yang juga bekas guru sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur, berkata, sistem seumpama itu sudah lama dipraktikkan di negara maju dan ia terbukti berupaya menggilap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.
Beliau berkata orang ramai boleh mengemukakan cadangan, kritikan dan komen mengenai PT3 menerusi pt3gpms@gmail.com yang diwujudkan sejak semalam. - Bernama
Tags: assessment, exam, pentaksiran
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments