kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Isu PT3 ~ Discussions on

Take PT3 results positively – Sin Chew Daily

The release of Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) results was kept low-profile, but the focus seems to have remained on the performance of students and schools and many are worried over the dropping overall results of schools, as well as the number of straight As students.

It is understood that the overall results of the inaugural PT3, replacing the Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination, were inferior. Compared to the results of PMR in the past, the performances of some schools, even including some famous schools, have dropped. Some schools even fell into a dilemma of "no A".

Some school heads opine that the implementation of the PT3 was too hasty. With more examination papers and higher standards, such as some examination papers been changed to all questions and answers format instead of multiple-choice questions, while students lack reference and exercise books to help them cope with the new examination system, they are unable to adapt to it. These are the factors causing the inferior results.

Some schools might take the PT3 results to heart, some excellent students might be depressed for not being able to score straight As, while some parents might be indignant at their children's failure in scoring straight As. Such attitudes are understandable, but not correct.

We should understand that a conservative old system will inevitably turn flawed over time; and a new system will inevitably have problems at the early stage of its implementation. In the face of a new examination system, all parties should be psychologically prepared. Schools and students need some time to adapt and improve. Moreover, comparing two different systems is neither scientific nor fair.

Under the PT3 system, the threshold of getting an A has increased, easing the phenomenon of having straight A students all over the countries, and there is no more best-scoring school ranking. It is inevitable for some schools and students to feel disappointed after failing to achieve their expected performances but in fact, everyone should view it from a more positive point of view, namely to focus on whether the new system can help in developing students' ability to think, instead of only stressing results, cultivating robotic straight As students, and making top places on the best-scoring schools ranking the ultimate goal, while neglecting the cultivation of humanities in students and developing their thinking abilities like we did in the past.

Therefore, the inferior results and the reduced number of straight As students are not necessarily a bad thing. As a school head said, if everyone no longer stresses too much on results, but views the PT3 as a school-based examination, it might help rectify the unhealthy competition among schools, as well as reduce the pressure on teachers and students. If the examination system reform can achieve such a positive outcome, it will then be a good thing. What worries us is, it might just be old wine in a new bottle, bringing not much effect.

We cannot find a perfect examination system in the world, but we can develop one that suits us best. Education is a career of nurturing and it involves a wide area. Examination is only an approach to assess learning progress and what is more important than examination is, whether the education system is truly fair and equal, and whether it can achieve the goal of cultivating talents! – Sin Chew Daily, December 25, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

PT3, yang hilang dan menjelma – Muhammad Fakhruddin


Setiap berita yang disiarkan dalam media hadir bersama “frame” tertentu. Misalnya pengumuman keputusan peperiksaan awam, saban tahun kita disaji berita peningkatan pencapaian baik dalam peratusan mahupun bilangan pelajar yang mencapai semua A.

Saya masih ingat pada suatu waktu dahulu, pengumuman keputusan peperiksaan turut membabitkan ranking sekolah-sekolah. Apabila pak menteri bertukar fikiran, tiada lagi pengumuman sedemikian sebaliknya perhatian bertumpu kepada siapakah yang mencatat bilangan A paling banyak dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Pada masa yang sama, perihal ranking sekolah tersebut masih beredar dalam kalangan tertentu terutamanya pertembungan klasik antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sesudah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berlangsung selama tiga tahun, timbul persoalan kayu ukur yang akan digunakan untuk kemasukan pelajar-pelajar ini ke pelbagai aliran sewaktu di tingkatan 4.

Apatah lagi ia turut menyentuh kemasukan ke SBP, MRSM, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional. Justeru secara tiba-tiba Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) April tahun ini.

Pengumuman keputusan PT3 pada Isnin lalu, kita disaji satu ‘frame’ yang asing daripada kebiasaan. Bahkan dalam banyak saluran berita yang saya tonton, keputusan UPKK kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mendapat tempat, sesuatu yang jarang (kalau pun tidak pernah) berlaku sebelum ini.

Pengumuman keputusan PT3 seolah-olah muncul sebagai kempen kepada pelaksanaan PBS, menerangkan perubahan format soalan yang berbentuk subjektif dan lebih cenderung kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau HOTS).

Oh ya, kami dulu hanya ada Kemahiran Berfikir secara Kreatif & Kritis (KBKK).

Harga sebuah perubahan

Dalam membicarakan hasil daripada PT3 tidak boleh dipisahkan daripada penilaian terhadap pelaksanaan PBS. Saya kira PT3 ialah satu kejutan dalam pelaksanaan PBS, yang sepatutnya kita lihat hasilnya pada keputusan SPM 2016. Ini juga menyerlahkan sikap sebenar para pegawai Kementerian Pelajaran, sebagai pelaksana dasar pendidikan kebangsaan.

Pada dasarnya saya menyokong pelaksanaan PBS yang lebih menekankan penguasaan pelajar dalam aspek-aspek penting dalam sesuatu mata pelajaran. Tambahan pula ia dikatakan sebagai pengubat kepada sindrom kemaruk bilangan A yang dihidapi masyarakat kini.

Bagaimanapun, perancangan dan strategi yang baik di atas kertas tidak mampu direalisasikan tanpa sikap betul dan tenaga pelaksana yang sesuai.

Namun berdasarkan perbualan peribadi dengan beberapa orang guru lebih banyak keluhan yang saya dengari. Keluhan ini bukan bermakna PBS ialah satu kegagalan mutlak tetapi terdapat lapis-lapis perjalanannya yang menyulitkan para guru. Sebagai contoh, evidens yang sudah dinilai oleh guru memerlukan bilik khas untuk disimpan.

Selain itu, umum mengetahui rekod markah yang perlu dihantar secara online dalam keadaan sambungan Internet Malaysia begini hinggakan ada guru yang terpaksa bersengkang mata untuk menguruskan kerja-kerja bersifat perkeranian ini.

Bilakah waktu guru-guru kita ini menyediakan bahan pengajaran, berehat untuk mengajar dengan baik?

Saya kira beberapa aspek pelaksanaan PBS ini tidak mengambil kira beban guru yang rencam merentasi Malaysia yang bertuah ini. Di sekolah-sekolah ternama, guru dikerah agar sekolah bisa dianugerah Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Pengetua dan guru besar beroleh ganjaran, berlaksa-laksa ringgit mencurah peruntukan. Di sekolah-sekolah lain pula, anak murid belum khatam kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira).

Bilakah petinggi di kementerian akan menangani masalah jurang pendidikan yang tak pernah selesai ini?

Adakah selama ini kita tersilau dengan masalah-masalah permukaan dan gagal mengenal pasti masalah sebenar yang mendasar dalam sistem pendidikan kita?

Kritikan yang tidak pernah senyap terhadap pelaksana dasar pendidikan kita ialah perubahan dasar-dasar yang dibuat secara mendadak, kebiasaannya menurut pertukaran menteri atau ketua pengarahnya.

Soalan sederhana yang boleh ditanya, adakah dasar-dasar ini dibuat kajian lapangan di sekolah-sekolah kita dan laporannya dibentang kepada awam? Adakah kementerian sekadar mencedok model-model pendidikan yang berjaya di negara lain tanpa penyesuaiannya dalam konteks Malaysia?

Pemerhatian ringkas saya berhubung pelaksanaan PBS ialah bukan sahaja ibu bapa kekurangan maklumat mengenainya, bahkan guru-guru kurang jelas matlamat dan hasil yan boleh dicapai daripada dasar ini. Guru-guru masa kini boleh menyebut model-model pelaksanaan PBS yang berjaya dalam sembang-sembang di bilik guru, namun belum tentu dapat diterapkan dalam kelas bersama anak murid.

Inilah dilema masyarakat menghadapi PT3, yang menjelma ialah arahan-arahan baru daripada kementerian yang perlu dipatuhi tanpa ruang kritikan dan penambahbaikan dalaman.

Yang hilang ialah potensi guru sebagai penyampai ilmu dan potensi murid sebagai generasi masa depan yang mencintai ilmu, dek arus deras arahan atasan.

Memetik cerita "Masih Murid Lagi" dalam Balai Maqamat (Mohd Affandi Hassan, 2014), diharap tindakan yang diambil ialah tindakan proaktif bukan bebal aktif. – Malaysian Insider Rencana 25 Disember, 2014.

* Muhammad Fakhruddin adalah penyumbang di PRC UK-Ireland. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PT3: Ke mana selepas ini? – Faiez Ali

Antara sebab mengapa Penilaian Menengah Rendah (PMR) dihapuskan dan diganti dengan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah kerana desakan masyarakat agar pendekatan pendidikan kementerian dikaji semula. PMR dilihat sebagai terlalu berteraskan peperiksaan lantas mengekang percambahan kemahiran berfikir dengan kreatif dan sikap proaktif dikalangan pelajar.

Namun begitu, apabila dilihat bagaimana PBS dan PT3 dilaksanakan di sekolah, saya kira masih ada banyak persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur.

Masih lagi sebuah peperiksaan awam

Petikan perenggan ketiga ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac menyebut, “PBS adalah sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.”

Namun begitu, saya sedikit kesal apabila visi asal PBS yang wajar dipuji ini seperti sudah lari daripada landasan sebenar. Hakikatnya, PT3 yang merupakan komponen besar dalam PBS, masih lagi berfungsi sebagai peperiksaan awam serta turut memainkan peranan penting dalam mencorak pendekatan kita terhadap pendidikan.

Penjelasan Muhyiddin yang berkata PT3 akan menggantikan PMR sudah cukup membuktikan ia masih lagi sebuah peperiksaan awam, hanya dipakejkan dalam bungkusan berbeza.

Keputusan PT3 masih berfungsi untuk permohonan ke sekolah sains dan sekolah berasrama penuh disamping menempatkan pelajar mengikut pengkhususan subjek mereka di tingkatan 4. Ini menyebabkan pelajar akan tetap meletakkan prioriti terhadap PT3.

Apabila prioriti ini ada maka guru juga akan mengkaji format dan bentuk soalan untuk menyediakan pelajar terhadap teknik menjawab soalan. Perkara ini seterusnya akan membuatkan kita berada dalam pengulangan kitaran seperti PMR iaitu guru mengajar pelajar untuk peperiksaan.

Kecelaruan prioriti subjek

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan fokus penilaian terhadap sesuatu subjek. Contohnya subjek Kemahiran Hidup, salah satu subjek teras PT3. Ketika PMR, pelajar dinilai berdasarkan 40% ujian bertulis dan kerja kursus sebanyak 60% markah. Melalui cara ini, pelajar turut dinilai berdasarkan penglibatan dan hasil kerja kursus mereka.

Bagaimanapun, dalam PT3, markah diambil 100% daripada ujian bertulis manakala kerja kursus tidak memberikan kesan ke atas markah keseluruhan mereka. Pendekatan ini saya lihat sebagai bertentangan dengan prinsip penilaian berasaskan sekolah itu sendiri.

PBS dan PT3 = beban kerja bertambah

Dalam PBS, guru masih perlu menyimpan data dan menyediakan fail PBS secara offline yang lengkap dengan pencapaian pelajar bagi setiap bab, markah mereka dan evidens. Hal ini hanya menambahkan lebih banyak kerja untuk guru. Apakah kepentingan diadakan fail untuk merekod pencapaian pelajar bagi setiap bab yang diajar?

Pada saya, salah satu sebab adalah untuk memudahkan pihak atasan menilai pengajaran menggunakan data tersebut. Namun dengan jumlah tugasan dan kerja yang sedia ada, penambahan tugasan seperti ini hanya membebankan para guru dan memalingkan masa serta tenaga mereka daripada tugasan sebenar iaitu mengajar.

PT3 adalah langkah pertama

Bagi saya, peperiksaan awam berpusat adalah satu cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pelajar kita secara umum. Justeru, pada masa ini ia wajar dikekalkan. Apabila pelajar dihadapkan dengan PMR atau PT3, mereka akan lebih serius terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Daripada satu segi, kelebihan PT3 berbanding PMR terletak pada jenis soalannya yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan standard gred yang lebih tinggi. Namun begitu, usaha awal kementerian untuk berpaling ke arah penilaian berasaskan sekolah sebenarnya tidak begitu berjaya ekoran daripada besarnya pengaruh peperiksaan dalam PT3 itu sendiri.

Demi memenuhi hasrat asal PBS seperti yang disarankan Muhyiddin dalam petikan ucapannya di atas, saya menyarankan kementerian mengambil kira cadangan berikut sebagai langkah awal dalam merombak pendekatan pendidikan kita ke arah penilaian yang lebih berasaskan sekolah:

1. Pecahkan peratusan markah subjek PT3. Pembahagian peratusan markah contohnya 60% daripada ujian bertulis dan 40% lagi diberikan hak kepada guru untuk mentaksir sama ada berdasarkan penglibatan pelajar di dalam kelas, kerja kursus, purata markah ujian bulanan, tugasan bulanan, eksperimen, pembentangan atau lain-lain cara yang sesuai. Lembaga Peperiksaan boleh memainkan peranan regulasi bagi memastikan keadilan penilaian guru.

2. Menghapuskan dokumentasi PBS yang rumit dan leceh. Untuk tujuan data, ujian bulanan boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian dan buku serta kertas latihan pelajar pula sebagai evidens. Tiada keperluan signifikan untuk ditambah beban kerja guru dengan dokumentasi PBS.

3. Substance over form. Pelaksanaan projek seperti kerja kursus Sejarah dan Geografi boleh dipermudahkan sekiranya hal seperti format pendokumentasian diberikan kelonggaran. Sebaliknya pelajar wajar diberikan ruang bereksperimentasi dari segi penyampaian isi kandungan. Ini akan turut menggalakkan kreativiti dan sikap proaktif dalam pendidikan.

4. Skema jawapan yang lebih luas. Salah satu kebaikan soalan jenis KBAT adalah pelajar perlu berfikir dengan sendiri. Namun begitu, antara kekangan yang dihadapi adalah jawapan pelajar perlu mempunyai kaitan dengan fakta di dalam buku teks. Ini adalah satu hal yang membingungkan dan kurang adil bagi pelajar sekiranya dia dapat menjawab mengikut logik namun jawapannya tidak tersenarai dalam skema.

PT3 sebagai tabir realiti

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menempuh PT3. Berbeza dengan PMR pada tahun-tahun yang sudah, gred PT3 kali ini membuktikan tahap pencapaian anda yang sebenar. Gred ini juga membuktikan apabila guru diberikan tanggungjawab menilai pelajar, majoriti akan melaksanakannya dengan adil lantas menerangkan perbezaan pencapaian PMR dan PT3.

Mungkin inilah kejayaan sebenar PT3 yang paling harus dikekalkan. Petanda yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi mahu bersembunyi di sebalik manipulasi graf dan sugar-coated reports semata-mata untuk melihat yang indah-indah dalam pendidikan kita.

Warga Malaysia sudah bersedia menghadapi realiti pendidikan. Tahniah! – Malaysian Insider 23 Disember, 2014.

* Faeiz Ali adalah pembaca The Malaysian Insider. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Tags: assessment, exam, pentaksiran
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments