kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pendidikan sendiri di rumah

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai generasi muda mula mencari inisiatif dalam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka dan ada yang percaya bahawa persekolahan di rumah adalah salah satu cara yang terbaik.

Mereka tidak menafikan pendidikan formal seperti ke sekolah dan sebagainya, namun elemen baru yang sedang hangat dilakukan ini adalah mengikut trend di barat yang telah lama mempraktikkan perkara ini.

Pelbagai perspektif yang diterima daripada pembacaan di internet dan laman-laman sosial tetapi rata-rata mempunyai pendapat berbeza mengenai perkara ini.

Ada di antara mereka bersetuju dengan mengadakan sesi pembelajaran rumah, ia mampu memberikan lebih tumpuan berbanding di sekolah. Ini kerana pembelajaran di rumah adalah mengikut keadaan dan keselesaan anak-anak.

Namun ada juga yang mengatakan pembelajaran di rumah tidak menepati sukatan pelajaran yang diajar di sekolah menyebabkan anak-anak ketinggalan dan tidak mengikut tahap pendidikan yang betul.

Pro dan kontra perkara ini sudah banyak dibahaskan tetapi terpulang kepada individu itu sendiri terutama ibu bapa mereka. Ini kerana setiap syarikat yang mengambil pekerja pasti akan melihat pembelajaran secara formal.

Tidak kira di peringkat sekolah, menengah mahupun kolej atau universiti, tahap-tahap ini akan menentukan kedudukan mereka dengan apa jua sijil yang diterima.

Berbeza dengan pendidikan di rumah, mereka tidak ada sukatan pelajaran yang betul dalam pelajaran kebangsaan dan tiada sijil yang dikeluarkan tetapi mungkin mereka berjaya dengan cara lain seperti berniaga dan bekerja sendiri.

Di Malaysia, perkara ini tidak lagi menjadi viral dalam kalangan masyarakat. Namun tidak dinafikan perkara seumpama ini wujud. Kita juga tidak boleh menyalahkan pihak yang ingin melaksanakan pendidikan di rumah.

Jika dilihat kepada masyarakat dahulu terutama datuk dan nenek kita, mungkin ada di antara mereka yang tidak mempunyai pelajaran formal di sekolah dan hanya menjalankan pendidikan di rumah.

Namun mereka juga mampu untuk berjaya dan menyara kehidupan keluarga. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam masyarakat hari ini.

Jika baik pelajaran yang diajar itu maka baiklah ia. Jika tidak, walaupun menerima pendidikan formal sekalipun, ia mungkin tidak berjaya.

PS: Cuba mengkaji isu ini dari sudut berbeza bagi memberi pembelajaran yang terbaik kepada generasi akan datang.

Utusan Malaysia Rencana Pendidikan 27 Disember 2014 6:00 PM
Tags: pendidikan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments