kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenapa fitnah, berita palsu masih berleluasa?

Sekarang bukan suatu yang mengejutkan apabila begitu banyak penghinaan terhadap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malay­sia tersebar dalam Internet. Nampak sangat, sesetengah anggota masyarakat kita tidak lagi gentar untuk melempar fitnah dan menyebar berita palsu termasuk tentang banjir di Pantai Timur.

Bukalah Internet atau pesanan Whatsapp dalam telefon pintar, sudah tersebar berita palsu tentang bencana banjir baru-baru ini. Kalau tidak berhati-hati, kita juga terjebak kerana terpedaya dengan berita palsu.

Contohnya tentang berita pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai yang didakwa runtuh; beberapa mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai, Kelantan yang disorokkan oleh kerajaan akibat banjir; dan juga masalah kesan kekangan peralatan di hospital berkenaan. Sumber berita itu kononnya dipetik daripada pihak yang boleh dipercayai termasuk sebuah stesen berita swasta. Walhal semua berita itu palsu.

Penyebaran berita palsu sejak beberapa tahun kebelakangan ini hingga terbaharu – kejadian banjir besar di Pantai Timur itu sengaja direka untuk menjatuhkan kewibawaan Kerajaan Pusat dan imej pemimpin negara. Sebab itu baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan ambil tindakan terhadap penyebar berita palsu tentang bencana banjir di Kelantan.

Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lalu, banyak aduan dan laporan kepada SKMM supaya mengambil tindakan terhadap pelbagai penghinaan dan hasutan dalam laman sosial, namun sehingga hari – bagaikan tiada berkesan dan selesai. Sebaliknya, semakin galak pula individu menyebar fitnah me­lalui laman sosial. Jadi, bermain-main dalam fikiran saya, adakah arahan Najib kepada SKMM itu akan menghasilkan sesuatu?

Setakat ini ada tindakan diambil oleh SKMM dengan ker­jasama polis, tapi sejauh mana penyudahannya selepas ini. Apakah akan ada kenyataan SKMM yang bermain dengan kata-kata “pihak kami sedang atau masih menyiasat perkara tersebut.” Atau, “laporan siasatan sudah diserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.”

Saya harap kita tidak diberi harapan palsu pada tahun baharu 2015.

Penyebaran

Ini kerana penyebaran kenyata- an berbaur penghinaan atau hasutan dalam laman sosial dan video terhadap agama rasmi negara – Islam dan payung pentadbiran negara - institusi raja, hingga ke hari ini pun belum nampak lagi jalan penyelesaiannya. Malah individu yang ditahan pun ada yang sudah ‘terbang’ ke luar negara.

Kenapa semakin banyak pihak yang berani menjadi penyebar be­rita palsu yang nampak macam benar hingga menimbulkan kere­sahan di hati rakyat. Mungkin sebab SKMM lambat atau tiada pun mengambil apa-apa tindakan terhadap golongan berkenaan.

Maaf cakap, mungkin SKMM tidak cukup memainkan peranan yang sepatut­nya. Jadi masyarakat kita tidak ta­kut untuk sebarkan fitnah di la­man sosial kerana mereka tahu tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap perbuatan mereka.

Sekarang banyak sangat individu mahu jadi ‘pemberita.’ Individu ini tidak peduli etika kewar­tawanan, asal bebas menulis apa sahaja isu semasa dalam media sosial dan dibaca banyak pihak, sudah tercapai matla­matnya.

Hakikatnya, perbuatan menya- lahgunakan kebebasan menulis dalam media sosial tidak boleh ditolak ansur, dan tindakan perlu dikenakan kerana ia melampaui batas. Segala fitnah dalam berita palsu jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Jadi, tugas SKKM amat ditagih dalam mengekang serang- an ‘budaya tidak kisah’ ini. Media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan beberapa laman sosial lain perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak ia terus disalah guna sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

Pada tahun 2015 ini, SKMM tidak boleh lagi dilihat lembap dan tidak proaktif. Ambillah tindakan tegas ke atas penulis yang menyebar fitnah dan berita palsu melalui Internet. Akta dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada di bawah SKMM tidak memberi makna jika tidak dilaksanakan dengan berani.

Jalankanlah tugas membendung perbuatan ‘pemfitnah dan penghasut’ di dalam Internet, terutamanya melalui laman sosial. Tujuannya supaya mereka tidak terus memutar belit fakta dan menimbulkan provokasi yang boleh menggugat kestabilan negara.

Pemimpin dan warga kerja SKMM patut jadikan tahun 2015 ini jauh daripada cemuhan banyak pihak badan bukan kerajaan dan individu terhadap mereka ketika menangani kes-kes hasutan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kita mahu tahun ini SKMM lebih agresif dan berani dalam menguatkuasakan undang-undang bagi menangani ‘wabak teknologi tanpa sempadan’. Jangan guna alasan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan semasa proses siasatan.

Soal kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer sepatutnya sudah selesai dalam usaha SKMM membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan di dalam laman web ke mahkamah. Pegawai SKMM sepatutnya telah banyak yang mendalami ilmu forensik komputer untuk mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.

Apa yang penting SKMM tidak boleh lagi mengecewakan harapan Perdana Menteri, kerajaan dan majoriti rakyat yang mahu keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum, agama dan bahasa.

- Azman Anuar Utusan Malaysia Rencana 04 Januari 2015 12:29 AM
Tags: fitnah
Subscribe

  • Fitnah dan Memburukan

    Minta maaf atau sedia di saman , minta maaf atau jumpa di mahkamah sudah menjadi ‘bahasa pertuturan’ kegemaran masa kini baik kepada…

  • Kawal kebebasan di media sosial

    Penggunaan media sosial untuk komunikasi telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakan pengkritik akan…

  • Fitnah melalui media sosial-ramifikasinya

    Tajuk ‘Honda Gantung Kerja Staf Biadap Terhadap Anggota Bomba Mangsa Perusuh di Kuil Seafield’ adalah dirujuk. Penggunaan media…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments