kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kaji semula elaun guru besar

Kementerian Pendidikan sewajarnya mengkaji semula kadar elaun yang diberikan kepada guru besar yang tidak setimpal dengan keadaan masa kini.

Elaun guru besar dibayar kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menyandang jawatan guru besar di sekolah rendah mulai 1 Ogos 1993. Kadar asal yang dibayar RM60.00 sebulan kepada Guru besar. Kemudiannya, mulai 1 Januari 2001, kadar ini telah dinaikkan kepada RM100.00 sebulan bagi guru besar .

Elaun ini diberikan bertujuan untuk memberi dorongan dan galakan kepada guru besar yang melaksanakan tanggungjawab pengurusan sebagai pentadbir di sekolah agar mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan elaun warden asrama sebanyak RM240 sebulan yang menjaga bilangan murid lebih kecil daripada sebuah sekolah, elaun yang diterima oleh guru besar masih jauh bezanya.

Warden asrama akan menjaga 200 orang murid asrama dengan kouta 50 orang murid nisbah seorang warden.

Guru besar juga mengajar seperti warden dan guru-guru lain, di samping tugas-tugas yang semakin memeningkan kepala. Guru besar menjaga 700 orang murid dengan pelbagai ragam dan kerenah, belum termasuk kerenah guru dan kakitangan.

Ditambah lagi dengan kerenah ibu bapa dan masyarakat setempat, sememangnya boleh membuatkan seseorang guru besar ‘cabut lari’.

Belum lagi kerenah pegawai-pegawai di PPD yang hendakkan segera segala data dan maklumat walaupun sudah dihantar berkali-kali. Dalam masa yang sama, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di asrama maka guru besar yang akan dipersoalkan terlebih dahulu.

Kita sedia maklum berdasarkan pengumuman Perdana Menteri semasa sambutan Hari Guru Tahun 2011, kerajaan bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPPS dan PPPLD berdasarkan kepada prinsip Time Based Berasaskan Kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.

PPPS termasuk pengetua boleh mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun di mana DG41 ke DG44 (8 tahun), DG44 ke DG48 (8 tahun), DG48 ke DG52 (6 tahun) dan DG52 ke DG54 (3 tahun).

Manakala, PPPLD termasuk guru besar boleh mencapai ke gred DGA38 dalam tempoh perkhidmatan 21 tahun di mana DGA29 ke DGA32 (8 tahun), DGA32 ke DGA34 (8 tahun) dan DGA34 ke DGA38 (5 tahun).

Persoalannya, adakah semua guru besar akan diberikan DGA38?

Apa yang kami perhatikan untuk ke gred DGA38 terpaksa melalui pelbagai tapisan sehinggakan pencen pun belum tentu dapat.

Semoga Sambutan Hari Guru 2015 akan membawa sinar baharu dengan pengumuman kenaikan elaun guru besar . Guru Wawasan, Pahang Utusan Malaysia Rencana 20 Jan 2015

Tags: guru
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments