kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

GST belum bermula, peniaga naikkan harga

Apabila tiba sahaja tahun baharu, kita sebagai rakyat berhadapan dengan cabaran seperti kebimbangan menghadapi era cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April nanti.

Alasan diberikan sebagai persediaan hadapi GST

Pada minggu pertama sahaja kita mula sedar bahawa terlalu banyak barang naik daripada segi harga atau berkurangan kuantiti penawarannya.

Rata-rata kita lihat kedai-kedai kegemaran mula menaikkan harga atas nama persediaan menghadapi GST.

Kita sedar akan kenaikan harga tersebut kerana ini adalah kedai-kedai kegemaran yang selalu kita kunjungi untuk makan, minum, mencuci kenderaan, membeli barangan rumah dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai bukan kegemaran kita?

Kita tidak tahu mungkin mereka juga menaikkan harga.

Melalui laman Facebook saya, ramai mengeluh apabila saya paparkan isu ini di laman peribadi saya.

Ramai mengakui bahawa kebanyakan kedai kegemaran mereka menaikkan harga antara 10 ke 30 peratus.

Sebagai contoh, kedai minum kopi kegemaran saya menaikkan harga kopi termurah mereka sebanyak 20 peratus RM2.50 ke RM3.



KAKITANGAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penerangan tentang cukai di kaunter penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) JKDM sempena Expo dan Persidangan GST di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kedai kegemaran saya untuk mencuci kereta telah menaikkan harga sebanyak 33 peratus dari RM6 ke RM8.

Sementara itu kedai kegemaran isteri membeli barangan RM5 akan menaikkan harga sebanyak 13 peratus ke RM5.65 dengan alasan yang tidak logik untuk diterima akal supaya harganya dapat diselaraskan menjadi RM6 selepas ditambah dengan percukaian GST.

Bukankah sewajarnya kadar GST enam peratus dikenakan kepada harga asal RM5 dan menjadi RM5.30.

Kedai tersebut berkeras ingin menjadikan harganya genap RM6 kerana ingin mengekalkan konsep harga genap.

Secara peribadi saya merasakan bahawa kedai konsep RM5 ini amat biadab dan mengambil untung atas angin sebanyak 65 sen.

Isteri saya sering menyatakan kepada saya bahawa dengan gaji sebagai pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA), keluarga kami sudah mula merasakan impak tidak langsung daripada demam pra GST ini.

Bagaimanakah dengan mereka yang berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap?

Apabila saya mencerminkan wajah kewangan keluarga saya, saya akan terbayang refleksi keluarga yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah wajah kewangan keluarga mereka selepas GST?

Apakah pendinding kita sebagai rakyat untuk melawan kebiadaban peniaga-peniaga seperti ini?

Apakah Akta 723 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan akan menjadi penyelamat kita?

Adakah golongan peniaga ini kebal daripada akta tersebut?

Setelah saya meneliti akta tersebut dan juga pengetahuan para peniaga mengenai akta itu bolehlah saya simpulkan bahawa mereka tidak tahupun mengenai kewujudan akta tersebut.

Peniaga kecil juga adalah pengguna. Maka reaksi mereka pun sama.

Mereka takut dan panik menanti kedatangan GST dan atas alasan ketidaktentuan hala tuju perniagaan maka mereka menaikkan harga sebagai persediaan menghadapi GST.

Sekelumit di hati, mereka tidak tahu akan masa depan selepas GST kerana sebenarnya lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran berbanding dengan syarikat-syarikat besar yang berdaftar di bawah program GST.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil dua langkah proaktif iaitu memberi pendedahan kepada peniaga mengenai akibat menaikkan harga barangan dan memperteguh penguatkuasaan dalam menghukum peniaga yang mengambil kesempatan.

Selain itu, Jabatan Kastam Dir­aja Malaysia juga perlu memainkan peranan penting dengan memberikan maklumat tepat kepada peniaga mengenai persediaan mereka menghadapi GST.

Apabila kedua-dua agensi ini memainkan peranan dengan lebih serius, maka ini akan dapat mengurangkan kes-kes peniaga dengan sembrono menaikkan harga.

Kenaikan harga barangan dan GST

MASUK sahaja tahun baru, kita sebagai rakyat berhadapan dengan banyak cabaran seperti kebimbangan menghadapi era GST yang akan dilaksanakan pada April nanti.

Pada minggu pertama sahaja, kita mula sedar bahawa terlalu banyak barang naik dari segi harga atau berkurangan dari segi kuantiti penawarannya.

Rata-rata kita lihat kedai-kedai kegemaran kita mula menaikkan harga atas nama persediaan menghadapi GST. Kita sedar kenaikan harga tersebut kerana ini adalah kedai-kedai kegemaran yang selalu kita kunjungi untuk makan, minum, mencuci kenderaan, membeli barangan rumah dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai yang bukan kegemaran kita? Kita tidak tahu mungkin mereka juga menaikkan harga. Di laman Facebook, ramai mengeluh apabila isu ini dipaparkan.

Ramai mengakui bahawa kebanyakan kedai kegemaran mereka menaikkan harga antara 10 ke 30 peratus. Sebagai contoh, kedai minum kopi kegemaran saya menaikkan harga kopi termurah mereka sebanyak 20 peratus dari RM2.50 ke RM3.

Kedai kegemaran saya untuk mencuci kereta juga telah menaikkan harga sebanyak 33 peratus dari RM6 ke RM8. Sementara itu kedai kegemaran isteri membeli barangan RM5 akan menaikkan harga sebanyak 13 peratus ke RM5.65 dengan alasan yang tidak logik untuk diterima akal supaya harganya dapat diselaraskan menjadi RM6 selepas ditambah dengan percukaian GST.

Bukankah sepatutnya kadar GST enam peratus dikenakan kepada harga asal RM5 dan menjadi RM5.30? Kedai tersebut berkeras ingin menjadikan harganya genap RM6 kerana ingin mengekalkan konsep harga genap.

Secara peribadi saya merasakan kedai konsep RM5 ini amat biadab dan mengambil untung atas angin sebanyak 65 sen.

Dengan gaji sebagai pensyarah IPTA, keluarga kami sudah mula merasakan impak tidak langsung daripada demam pra-GST ini. Bagaimanakah agaknya mereka yang berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap?

Justeru, apakah pendinding kita sebagai rakyat untuk melawan kebiadaban peniaga-peniaga seperti ini? Apakah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan menjadi penyelamat kita? Adakah golongan peniaga ini kebal daripada akta tersebut?

Setelah saya meneliti akta tersebut dan berdasarkan pemerhatian bolehlah saya simpulkan bahawa para peniaga tidak tahu pun mengenai kewujudan akta tersebut.

Peniaga kecil juga ialah pengguna. Maka reaksi mereka pun sama. Mereka takut dan panik menanti kedatangan GST dan atas alasan ketidaktentuan hala tuju perniagaan maka mereka menaikkan harga sebagai persediaan menghadapi GST.

Sekelumit di hati, mereka tidak tahu akan masa depan mereka selepas GST kerana mereka sebenarnya lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran berbanding syarikat-syarikat besar yang berdaftar di bawah program GST.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah mengambil dua langkah proaktif iaitu memberi pendedahan kepada peniaga mengenai akibat menaikkan harga barangan dan memperteguh penguatkuasaan untuk menghukum peniaga yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan menaikkan harga.

Selain itu, pihak Kastam Diraja Malaysia perlu memainkan peranan penting dengan memberikan maklumat yang tepat kepada peniaga mengenai persediaan mereka menghadapi GST.

Apabila kedua-dua agensi ini memainkan peranan dengan lebih serius, maka ini akan dapat mengurangkan kes-kes peniaga dengan semberono menaikkan harga. Mohammad Noorizzuddin Nooh ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Utusan Malaysia Rencana 27 Jan 2015

Tags: cukai, ekonomi, gst
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments