Saya mempunyai anak yang masih belajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam bidang pemulihan.
Dia memang seorang murid yang pintar sejak dibangku sekolah menengah lagi.
Dia menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk menyertai bidang perguruan, walaupun dalam masa sama amat meminati bidang farmasi.
Baru-baru ini, dia menyuarakan kepada saya tentang masa depan mereka yang belajar dalam bidang perguruan.
Kerisauan ini timbul kerana masih ramai lagi senior mereka masih belum diberi penempatan dan mungkin mengambil masa lama ditempatkan di sekolah-sekolah.
Sebagai bapa, saya cuba menyakin dia.
Mungkin kelewatan berlaku kerana kementerian itu mendahului opsyen yang lebin kritikal untuk diisi.
Sebagai orang Islam kita harus bersabar dan yakin sebagai pelajar tajaan Kementerian Pendidikan rezeki masing- masing akan sampai, biar pun mungkin berlaku kelewatan.
Saya berkeyakinan penuh, unjuran yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan keperluan dan kajian menyeluruh.
Tambahan pula program pemulihan ini sedang diperluas ke sekolah menengah.
Akhir sekali saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian, cabaran untuk menarik minat pelajar cemerlang memasuki bidang perguruan akan terencat sekiranya isu kelewatan penempatan ini masih menjadi faktor kerisauan pelajar.
Bapa Risau 194 Langgar Utusan Malaysia Forum 27 Jan 2015