BUKAN sedikit komen, kritikan dan pandangan yang dilontarkan oleh orang ramai khususnya pengguna laman sosial terhadap kenyataan menteri yang menjaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat berhubung cadangan penggubalan undang-undang kesalahan jenayah yang akan dikuatkuasakan terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.
Walaupun diperjelaskan bahawa undang-undang itu hanya akan terpakai untuk tindakan merotan yang mendatangkan kecederaan fizikal dan trauma namun ramai yang melenting dan tidak kurang pula resah mengenangkan; “Semakin naik tocanglah budak zaman sekarang selepas tidak ada apa pun yang mereka takutkan.”
Ada juga yang sinikal memberi reaksi; “Eh! Sekarang ini dasar pandang ke Sweden pulakah?” - merujuk kepada kes pasangan rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman penjara di negara itu kerana merotan anak mereka yang tidak solat.
Memandangkan kes ini baru berlaku dan masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, reaksi sebegitu memang sudah diduga. Apatah lagi banyak pandangan daripada pihak berkepentingan di negara kita termasuk tokoh dan pemimpin masyarakat pada masa itu menyatakan hukuman berkenaan tidak wajar memandangkan tindakan pasangan terbabit merotan anak mereka adalah untuk mengajar dan bukan hendak mencederakan.
Mahu buat marketing sepenggai lagi ka nih ? Mengkalu anak ang kena 'tibai' ang maghah dak .... |
Walaupun ada juga ‘menasihatkan’ agar warga Malaysia yang merantau ke negara orang belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya tempatan, ramai yang mahu mempertahankan tindakan merotan itu sebagai cara mendidik anak yang betul.
Lantas diperturunkan pelbagai senario bagaimana anak remaja sekarang semakin terdedah dengan gejala sosial gara-gara perlakuan mereka kini yang tidak terkawal oleh orang dewasa termasuk ibu bapa.
Dikongsikan juga oleh orang dewasa, pengalaman mereka dirotan atau hampir-hampir dirotan oleh ibu bapa atau guru dulu-dulu (tidak semestinya dengan rotan kerana boleh sahaja menggunakan getah paip, tali pinggang atau hanger, apa yang sempat dicapai) kerana nakal dan tidak mendengar kata.
Menariknya, setiap kenangan yang diimbau itu diakhiri dengan rumusan; “...tidak pula aku berdendam sebaliknya sebab itulah aku jadi orang.”
Namun dahulu tidak sama dengan sekarang.
Dahulu tidak ada konvensyen antarabangsa yang akan menyebabkan sesebuah negara tersenarai dalam ‘kelompok tidak bertamadun’. Dahulu juga tidak ada ranking hak asasi manusia.
Walaupun kita seboleh mungkin mahu mempertahankan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat kita termasuk cara mendidik anak mengikut acuan budaya dan adat resam kita, hakikatnya kita tidak dapat mengelak daripada ‘dinilai’ oleh sistem nilai kehidupan masyarakat antarabangsa.
Maka janganlah kita marah sangat dengan menteri atau pihak berkuasa ekoran pengumuman cadangan undang-undang baharu itu.
Tidak salah kita bernostalgia dengan pengalaman lampau. Kenangan zaman kanak-kanak memang indah namun kita perlu menerima hakikat yang zaman sudah berubah.
Zaman kita dulu-dulu zaman rounders, baling tin dan galah panjang. Zaman anak-anak kita zaman gajet, PS2, XBox dan Nintendo DS.
Jika dahulu kita lari keliling kampung dihambat kerana leka mandi sungai dan main pasir sampai tidak ingat hendak balik rumah, budak-budak sekarang lain pula.
Mereka terperuk di dalam bilik sehinggakan tidak mahu keluar kerana asyik melayan gajet (yang dibelikan oleh ibu bapa juga). Kadang-kadang terbalik, ibu bapa pula yang jenuh hendak mengajak mereka keluar rumah.
Mungkin ada anak-anak yang agak nakal, gemar berpeleseran dan melepak di pusat beli-belah atau kafe siber, namun wajarkah ibu bapa merotan anak-anak ini untuk mendidik mereka?
Dalam Islam pun, hukuman merotan anak mempunyai prosedur atau langkah yang spesifik iaitu untuk mengingatkan mereka agar tidak meninggalkan solat. Yang dirotan pun bukan sebarangan sebaliknya budak lelaki yang sudah berumur 10 tahun dan ke atas.
Justeru persoalannya di sini, kenapa kita beria-ia marah dan berang apabila ‘perbuatan ibu bapa merotan anak sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan mental’ hendak dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah?
Betulkah kita memang mahu merotan anak apabila mereka berbuat salah?
Peliknya dalam pada ramai menentang hukuman merotan anak dijadikan kesalahan jenayah, dalam senafas juga ramai mengakui tidak tergamak merotan anak sendiri.
Jadi kenapa pula hendak dijadikan isu? Adakah kita mahu merotan dibolehkan tetapi terhadap anak orang lain bukan anak kita. Anak orang lain tidak apa asalkan bukan anak kita?
Kenapa? Kerana anak kita baik atau kerana kita ibu bapa yang penyayang, yang tak mungkin sanggup merotan anak? Atau pun kerana pendekatan kita cara psikologi dan kasih sayang?
Kita merasakan merotan bukan cara terbaik untuk mendidik anak kita atau untuk memperbetulkan kesilapan mereka, tetapi kita tidak kisah anak orang lain dirotan jika berbuat silap?
Undang-undang dibuat sebagai deterrent atau benteng untuk menghalang orang daripada melakukan kesalahan jenayah. Namun jika sudah berbuat salah, undang-undang dikuatkuasakan sebagai hukuman.
Sebagaimana zaman kanak-kanak kita tidak sama dengan zaman anak-anak kita, zaman kita menjadi ibu bapa juga tidak sama dengan zaman emak bapa kita dahulu. Di zaman ini, saban waktu kita mendengar kisah ibu bapa yang ‘hilang kewarasan’ sehingga sanggup mendera anak sendiri.
Apakah jaminan yang semua ibu bapa mempunyai sifat penyayang seperti kita lantas tidak akan tergamak mence-derakan anak darah daging sendiri?
Justeru cadangan memperuntukkan kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang merotan anak sehingga ke tahap mencederakan memang wajar dipertimbangkan. Namun penulis sendiri tidak bersetuju jika perbuatan merotan anak diharamkan sama sekali.
Hal ini kerana sebagaimana hukuman di bawah undang-undang mampu menakutkan orang daripada melakukan kesalahan, rotan juga boleh menjadi simbol yang menggerunkan anak-anak daripada berbuat salah apatah lagi dalam soal melalaikan solat.
Asalkan penggunaannya mengikut prosedur sebagaimana diperincikan dalam hukum Islam.
Sementara undang-undang baharu ini diperincikan, tidak usahlah kita mencetuskan polemik yang tidak keruan seolah-olah anak-anak kita akan hanyut ke kancah dosa dan maksiat hanya kerana kita tidak boleh lagi merotan mereka. Adakah kita tidak yakin akan didikan dan kasih sayang yang kita curahkan terhadap mereka selama ini?
Penulis percaya kebanyakan daripada kita tidak lagi menyimpan rotan di rumah. Dan kalau ada pun hanya sebagai hiasan dinding atau modal bercerita mengimbau kisah kenakalan lama kepada anak-anak.
Court caning of minors may end
PETALING JAYA: The Women, Family and Community Development Ministry says that there is no proposal to outlaw the caning of children by parents and teachers.
It was clarifying some newspaper reports that quoted Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim as saying that parents who use the cane on their children could be jailed under a new Act to be tabled in June to replace the Child Act 2001.
The ministry issued a statement yesterday saying that it had only proposed to abolish caning of minors in court.
It said as Malaysia was a signatory of the CRC, the country was obligated to end corporal punishment for children.
“At present, Section 91 (1) (g) of the Child Act 2001 allows a male child to be caned no more than 10 times if convicted with a criminal offence. In this case, caning as carried out in court differs from caning at schools or at home. Caning carried out in court follows a procedure according to the law. However, in light of psychological development and in accordance with CRC, the ministry has proposed to abolish the punishment.
“In line with the suggested abolition of caning in court, the ministry has observed the act of caning children among Malaysians. At this time, the proposal in the new Bill does not mean that each act of caning becomes a criminal offence.
“Only when the act of caning causes physical and mental injuries, then it becomes an offence under the existing law. Currently vicious injury is already an offence under Section 31(1) of the Child Act 2001. One can be jailed up to 10 years or fined up to RM20,000 or both,’’ it said.
The ministry added that it was studying the proposal to add in more detailed provisions to cover acts of physical and emotional violence against children, with longer jail terms or higher fines.
“The ministry is considering alternative punishments such as community service, attending parenting courses or counselling.”
In spite of Rohani’s clarification that there was no proposal to criminalise the caning of children by parents and teachers, many parents still felt that corporal punishment should be done away with.
National Association of Early Childhood Care and Education Malaysia president Datin Radziah Mohd Daud said parents often tended to cane children out of anger and frustration.
“In Islamic thinking, a parent is allowed to hit a child to educate him in instances such as when a child aged above seven refuses to perform the solat or prayers.
“Even in the religious sense, there are restrictions as to how and where to hit the child and most importantly, it should be fuelled by a desire to educate and not to vent anger,” she said.
Radziah, who has three children, said she did not use corporal punishment to raise them, but used negotiation and justification instead.
She said parents often denied a child’s request for something, without explaining why.
“It is a matter of negotiation between parents and children. Don’t just say no to a child without a valid reason. When you reason with children, they will listen to you.
“However, this process must be instilled in children in the early years, otherwise it will be difficult to make them conform to acceptable behaviour,” she added.
Radziah said parents could still be strict with their children without resorting to caning.
“For example, they can maintain eye contact with the child when telling them not to do something and then justify why they should not be doing it,” she added.
Parent Action Group for Education (Page) Malaysia chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim said it had never been in favour of corporal punishment in schools.
“Corporal punishment is the old way of thinking. Research and studies have shown that there is no benefit,” she said.
The mother-of-four said there were other, more effective ways of disciplining children.
All views needed before caning children is made criminal
PUTRAJAYA: The Government will get the views of all parties, including Wanita Umno and the public, regarding a proposal by the Women, Family and Community Development Ministry to make caning children a criminal act under the Child Bill 2001.
Muhyiddin speaking to reporters during the press conference |
"Some say it is better to amend, some say it is not suitable. There are some who say that from the point of view of Islam, there are no objections to us caning the children, but in a suitable manner so as not to abuse and lead to bad consequences.
"There are some non-Muslims who say we should cane as that is the best way if the child is too naughty. But there should not be abuse as to cause pain or destroy them," he told reporters after chairing a special meeting on the Cameron Highlands flash floods and landslide.
Muhyiddin, who is Education Minister, said the issue was still at the proposal stage and had yet to be tabled in the Cabinet.
"The Government can accept the views before the amendments are made," he said.
The Women Ministry had proposed to include more detailed provisions on actions which could cause physical or mental injury to a child including caning under the Child Bill.
The move was in line with a proposal to abolish Section 91(1)(g) of the Child Act 2001 which currently allows the court to impose caning on a child who has been found guilty. - Bernama