kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kelebihan air minuman isotonik

BILA seseorang dijangkiti demam denggi, mengapakah nasihat pertama yang diberikan ialah 'minum air isotonik’? Pengetahuan umum tentang denggi ini agak tinggi. Terutama di Selangor yang mencatat kes tertinggi di seluruh negara. Semua tahu virus denggi tiada penawar secara khusus. Apa yang dilakukan ialah menaikkan semula paras darah, sekali gus mengembalikan tenaga dalam badan.


Jadi apa mujarabnya isotonik? Berdasarkan soal jawab dengan pengamal perubatan, meminum air isotonik bertujuan mengembalikan tenaga tetapi bukan antidot tepat menghapuskan virus denggi.

Ini adalah kerana isotonik dikategorikan sebagai minuman sukan iaitu bagi membantu atlet menggantikan air dan tenaga selepas bersukan atau bertanding.

Secara peribadinya, memang saya amalkan meminum air isotonik semasa bermain futsal mingguan. Maklumlah, bersukan pada pukul 11 malam selepas habis shif kerja tidak menjamin stamina kekal. Belum lagi dicampur faktor nikotin dan kafin.

Satu lagi faktor adalah bila dibandingkan meminum air soda bikarbonat, terasa sesak nafas selepas tamat permainan. Isotonik tidak memberi kesan seumpamanya. Lagipun, dapat dirasai garam di dalamnya yang mengurangkan tekanan gas dan gula.

Pengamatan peribadi ini mendorong saya mengkaji lebih lanjut tentang khasiat isotonik. Mana layak beri hujah tanpa bukti saintifik. Dua senario di atas iaitu penyakit denggi dan bersukan merupakan situasi yang mana minuman isotonik pantas jadi pilihan.

Minuman isotonik mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia.

Apa itu elektrolit atau electrolytes? Secara umumnya, ia merujuk kepada penjanaan tenaga dalam badan, sama seperti tenaga terhasil dari bateri ke lampu.

Dalam konteks merrepak hari ini, elektrolit dalam isotonik ialah sodium, potassium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.

Peluh yang keluar daripada liang-liang roma badan mengandungi kepelbagaian elektrolit ini dan cecair. Kehilangan berterusan elemen ini akan membawa kepada nyahhidrasi (kurang air dalam badan) dan boleh menyebabkan badan jadi lesu serta membawa pitam.

Meminum air kosong yang banyak digalakkan, dan dalam konteks bersukan, air isotonik merupakan jawapannya.

Menurut pakar diet Mary Easaw-John di Insitut Jantung Negara, secawan minuman isotonik iaitu 240 mililiter (ml) mengandungi 115 miligram (mg) sodium klorida. Sekiranya anda seorang hipertensif (darah tinggi), pengambilan sodium anda tidak boleh melebihi 2400 mg sehari.

Bagi penghidap diabetes yang kerap bersenam, minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan kehilangan cecair dan mengelakkan hypoglycaemia (kurang gula dalam badan). "Pesakit diabetes wajar mendapatkan nasihat daripada pakar tentang pelan pemakanan dan minuman mereka sebelum bersenam,’’ kata Mary.

Berapa banyakkah minuman isotonik yang wajar kita minum? Secara umumnya, anda boleh meminumnya sebanyak dua liter hari. Tetapi elok disertakan dengan air kosong, susu dan jus buah-buahan.

Berapa lama pula minuman isotonik boleh disimpan? Jika di dalam tin, seelok-eloknya minum terus kerana jika tidak, karbon dioksida di dalamnya akan lupus. Jika di dalam botol, pastikan penutupnya ditutup ketat dan habiskannya dalam tempoh paling lama tiga hari.

Seorang pengkaji di University of New Mexico, Robert Rogbergs yang mengkaji air minuman berjenama Gatorade berkata, air isotonik tidak perlu diminum oleh ahli sukan bagi acara yang tidak melebihi 90 minit. Malah, Institut Sukan Australia mencatatkan pengambilan garam berlebihan semasa bersenam boleh membawa ketidakseimbangan cecair dalam badan.

Keadaan ini juga mendorong pengeluar minuman isotonik menghasilkan inovasi air yang bukan berbentuk 'ubat kuat’ semata-mata. Jenama Revive Isotonic misalnya, merupakan minuman isotonik formula baharu mengandungi Vitamin B3, B6, dan B12 untuk 'menyegarkan’ semula badan dan mengekalkan prestasi individu yang hidup aktif dan ahli sukan tentunya. Pertama kali dilancarkan pada 2007, kini ia menawarkan perisa limau dan epal yang diperkaya dengan vitamin E.

Baiklah, dah macam iklan. Tetapi penekanan maksud saya ialah jenama Revive ini adalah contoh inovasi air yang hari ini, menawarkan vitamin yang boleh memulihkan jumlah elektrolit pada tahap sempurna seperti sodium dan kalsium.

Apa yang pasti, wujud situasi check and balance dalam soal minuman isotonik. Boleh dirumuskan, minuman isotonik ini ada baik dan buruknya. Ia menjadi buruk jika diambil berlebihan. Samalah seperti minum air kosong berlebihan. Kerap kencing malam dibuatnya.

-
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments