kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Respon kepada Idris Jusoh tentang kualiti IPT Malaysia

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat Menteri Pendidikan II Malaysia,  Datuk Seri Idris Jusoh, sistem pendidikan tinggi Malaysia adalah setaraf dengan sistem-sistem di United Kingdom, Australia dan Negara Jerman. Jelas sekali kenyataan tersebut dilakukan tanpa merujuk kepada penilaian yang digunakan untuk menetapkan taraf atau kualiti sesebuah universiti, tetapi hanya berdasarkan nombor serta data yang tidak teguh dan tidak didokong penjelasan yang baik.

Kebolehan universiti tempatan untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa sememangnya satu corak yang menggalakkan, namun begitu kita tidak seharusnya begitu cepat membandingkan universiti tempatan dengan universiti-universiti terulung dunia, kerana jurang di antara standard masih lagi begitu jelas seperti di dalam QS World Ranking.

Menteri tidak sepatutnya berasa angkuh dengan kedudukan universiti-universiti tempatan pada masa ini, namun ia sepatutnya menjadi dorongan untuk meningkatkan lagi kualiti yang sedia ada. Jika benar universiti tempatan sudah mula meningkatkan kedudukan di dalam senarai antarabangsa, kita haruslah mencari jalan untuk mengekalkan perkembangan ini dan bukannya berpuas hati dengan pencapaian yang terhasil hanya di dalam satu tahun.

Perlu diingatkan di sini, Universiti Malaya juga pernah berkududukan lebih tinggi di dalam senarai antarabangsa, namun begitu reputasi universiti tersebut terjejas akibat kurangnya komitmen untuk mengekalkan mutu tersebut.

Matlamat utama sistem pendidikan tinggi negara sepatutnya adalah untuk menghasilkan graduan berkualiti tinggi yang mampu menyumbang semula kepada negara. Justeru itu saya rasa adalah lebih baik jika kita tumpukan usaha untuk menarik minat pelajar-pelajar terbaik kita sendiri dengan meningkatkan lagi kualiti universiti tempatan dan membiarkan kualiti tersebut menjadi tarikan, daripada mendabik dada hanya kerana kita berjaya menarik sekumpulan pelajar antarabangsa ke Malaysia. – – Nik Nazmi Nik Ahmad  Malaysian Insider Side Views 24 Februari, 2015.

* Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan. juga ialah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor.

Tags: education, ranking
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments