kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

11,289 calon dapat gred A

Putrajaya: Seramai 11,289 atau 2.6 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 atau 3.16 peratus calon pada tahun sebelumnya.

Analisis berkenaan itu menunjukkan penurunan sebanyak 0.53 peratus berbanding keputusan SPM pada 2013.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sebilangan besar calon memperoleh keputusan cemerlang terdiri daripada kumpulan yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.

“Bagi pencapaian Calon Berkeperluan Khas, seramai lima calon memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diduduki yang terdiri daripada calon rabun serta lain-lain kecacatan.

“Jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada 2014 adalah seramai 455,839 calon berbanding 470,395 calon pada 2013 iaitu berkurangan sebanyak 14,556 (3.1 peratus) calon,” katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2014 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Khair berkata, pada 2014, indeks GPN adalah 5.08 berbanding 4.93 pada tahun sebelumnya iaitu menurun sebanyak 0.15.

Katanya, berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN), nilai lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

“Selain itu, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.05 mata GPN iaitu 0.55 pada 2014 berbanding 0.60 pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, pencapaian calon di bandar menurun sebanyak 0.17 mata GPN iaitu 4.85 pada 2014 berbanding 4.68 pada 2013,” katanya.

Khair berkata, pencapaian calon di luar bandar juga menurun sebanyak 0.12 mata GPN iaitu 5.40 pada 2014 berbanding 5.28 pada tahun sebelumnya.

“Hal ini menunjukkan penurunan pencapaian calon luar bandar (0.12 mata GPN) lebih rendah berbanding calon di bandar (0.17 mata GPN),” katanya.

Mengenai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), beliau berkata, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 mata pelajaran menurun manakala, dua mata pelajaran mengekalkan prestasinya berbanding 2013. - Siti A’isyah Sukaimi Harian Metro Setempat 4 Mac 2015

Tags: pendidikan, pentaksiran, spm
Subscribe

  • Latah Wilayah atau Negeri

    Adalah saya merujuk kepada artikel ‘ Ada apa dengan istilah ‘wilayah’,’negeri’? ’ bertarikh…

  • Jujur kepada diri sendiri dalam hidup

    Kejujuran atau bersikap jujur adalah suatu perkara yang paling penting. Sentiasalah bersikap jujur dengan diri anda tanpa ragu-ragu mengenai…

  • Menghormati

    Menghormati atau memberi hormat adalah sesuatu yang membawa banyak kekuatan dan kelebihan. Ia mempunyai kekuatan untuk menyatukan atau memisahkan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments