kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenapa Mokhzani letak jawatan?

KUALA LUMPUR 7 Mac - Tindakan Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir, 54, meletakkan jawatan selaku Naib Pengerusi SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana) pada 4 Mac lalu mencetuskan pelbagai spekulasi memandangkan tiada alasan kukuh dinyatakan.

Mokhzani Mahathir

Berdasarkan makluman SapuraKencana kepada Bursa Malaysia pada 4 Mac lalu, alasan Mokhzani meletakkan jawatan adalah atas sebab-sebab peribadi dan turut dinyatakan bahawa Mohkzani tidak mempunyai sebarang pertikaian dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.

Tindakan mengejut Mokhzani meletakkan jawatan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak industri serta masyarakat umum mengenai punca utama beliau mengundurkan diri.

Selain Mokhzani, turut mele­takkan jawatan adalah Yeow Kheng Chew yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif SapuraKencana dan kedua-dua mereka masih mempunyai pegangan di dalam Sapura­Kencana sebanyak 9.12 peratus menerusi Khasera Baru.

Pengunduran Mokhzani dan Kheng Chew itu menjadikan SapuraKencana diterajui oleh Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Shahril Shamsuddin yang mempu­nyai pegangan seba­nyak 16.71 peratus.

Sehingga kini, masih belum ada sidang akhbar dibuat oleh pengurusan SapuraKencana mengenai peletakan jawatan Mokhzani, dan Shahril juga masih mendiamkan diri berhubung perkara tersebut.

Ada beberapa pihak membuat spekulasi bahawa hubungan dingin antara Shahril dengan Mokhzani dan hala tuju yang berbeza menjadi antara sebab Mokhzani meletakkan jawatan.

Mokhzani yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mula me­nyertai lembaga pengarah Sapura­Kencana pada Disember 2011.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Bhd. sebelum syarikat itu bergabung de­ngan SapuraCrest Petroleum Group yang diterajui oleh Shahril bagi membentuk SapuraKencana pada 2012.

Penggabungan SapuraCrest de­ngan Kencana Petroleum disifatkan sebagai pembentukan sebuah entiti besar dalam kalangan pemain industri tempatan untuk bersaing dalam se­nario global industri minyak dan gas.

Mokhzani menjadi tumpuan umum apabila disenaraikan antara 20 orang paling kaya di Malaysia oleh majalah antarabangsa Forbes tahun lalu pada kedudukan ke-15 dengan nilai AS$1.2 bilion (RM4.42 bilion).

Bagaimanapun, dengan kejatuhan harga minyak dunia, majalah berkenaan pada tahun ini meletakkan kedudukannya pada tempat ke-26 dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.5 bilion).

Tags: ekonomi, politik
Subscribe

  • Grades in high school to be a teacher?

    The subject above is related to an article entitled 70% of teachers have no more than 3A in SPM (FMT, 09/09/2021) I am called upon to give a little…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments