kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Malu atau tidak bahasa Melayu ‘dibanglakan’?

Bahasa Melayu terbukti bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Buktinya pekerja asing selain Indonesia, pekerja Bangladesh pun mudah berbahasa Melayu. Begitu juga dengan warga Pakistan dan India apabila mereka sudah lama tinggal dalam masyarakat Melayu.

Agak-agak kalau orang Melayu bekerja dan tinggal lama di negara luar, dapatkah orang kita menguasai sedikit bahasa me­re­ka? Contohnya ada banyak orang Melayu bekerja di Negara Teluk tetapi bahasa Arab mereka bagaimana?

Saban tahun isu penggunaan ‘bahasa rojak’ bagaikan sudah biasa dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bahasa. Perkara itu kini bagaikan ‘diterima pakai’ dalam peringkat komunikasi tidak rasmi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahasa Melayu ba­gaikan menerima ‘ancaman baharu’. Ini kesan kehadiran pe­­kerja Bangladesh yang sudah pandai mengiklankan per­khid­matan dalam bahasa kebangsaan negara ini. Malangnya ejaan dan sebutan perkataan itu mengikut cara sebutan orang Bangladesh.

Pada pandangan saya, dahulu penggunaan bahasa Melayu yang salah dari segi tatabahasa itu cuma berlaku di Mekah apabila melihat setiap hari papan tanda iklan kedai gunting rambut yang ditulis “Kedai Rumbut Gunding”. Rupa-rupa ‘penyakit bahasa Bangladesh’ itu sudah sampai ke Malaysia.

Barangkali kita sudah membaca pesanan melalui WhatsApp, Facebook atau Twitter daripada rakan tentang iklan yang ditulis dalam sebutan Bangladesh. Kalau kena tempat dan waktu, kita sendiri boleh melihat kerosakan pada bahasa kita ini di tandas awam, restoran atau tempat cuci kereta.

Bahasa Melayu ala-Bangladesh kini berleluasa digunakan di tempat awam. Keadaan begini membuatkan kita terasa ba­gaikan berada bukan di Malaysia.

Dalam restoran yang entah sudah dimiliki atau belum oleh warga Bangladesh, kita boleh baca keterangan menu ditulis “Roti Boam, Roti Tishu, Cnicken Sendwich, Thevo Ice, Thevo Swam, Theo Limo, dan Theo Limo Swam.”

Ada pula yang sudah menjadi kontraktor rumah meng­ik­lan­kan perkhidmatan – “Ekat Batoo, Pelestar, Pasang Boom Boom, Pasang Mosy.”

Dengan sesuka hati tanpa rasa bersalah untuk membetulkan ejaan, iklan itu dibiarkan sampai lapuk dan buruk.

Kalau iklan seumpama itu terus dibiarkan, siapa yang be­ra­sa malu. Peniaga warga Bangladesh itu tidak tahu yang me­re­ka sudah melakukan kesilapan bahasa. Kalau malu pun, tiada apa-apa kesan kepada mereka.

Bahan Lawak

Tetapi kita sebagai rakyat Ma­laysia dan berusaha men­daulatkan bahasa Melayu akan ter­kesan akibat malu. Sebab bahasa kebangsaan ne­gara ini menjadi ba­­han lawak yang boleh menjadi viral ke seluruh ne­gara. Pelakonnya hanya warga asing yang tidak tahu pun bahasa kita. Mereka hanya ta­hu sebut perkataan tertentu sahaja, itupun salah.

Paling menyedihkan perbuatan ba­­­hasa Melayu ‘dibanglakan’ tan­­­­pa tindakan daripada pihak ber­­­kua­­­sa tempatan (PBT) mahupun De­­wan Bahasa dan Pustaka (DBP). PBT sepatutnya proaktif untuk me­­mas­tikan tia­da pencemaran ba­hasa berlaku di kawasan mereka ter­­utama jika melibatkan pe­ker­ja asing.

Semua PBT kena me­lak­sanakan penguatkuasaan peng­gunaan bahasa kebangsaan yang be­tul melibatkan penulisan di papan iklan serta perniagaan kerana terlalu banyak yang menggunakan ejaan ikut sedap mulut.

DBP pula kena aktifkan semula Program Audit Bahasa Melayu di seluruh negara dalam usaha membantu memar­tabatkan bahasa kebangsaan. Jangan beri tumpuan kepada sektor kerajaan sahaja, tinjau juga papan iklan yang dipasang oleh pekerja Bangladesh ini.

Kebanjiran pekerja dari negara jiran, Indonesia tidak begitu mengancam bahasa ibunda kita kerana kita serumpun. Namun berbeza dengan kehadiran pekerja Bangladesh dalam masyarakat negara ini. Sekarang, di mana-mana sahaja - kilang, tapak pembinaan, kedai, malah yang berniaga di pasar malam pun - mereka ada.

Orang Malaysia memang bermurah hati dan berbesar hati menerima pekerja asing tetapi kena berhati-hati dan tidak memberi kebebasan melampau kerana balanya boleh mengancam kedaulatan bahasa kita.

- AZMAN ANUAR Utusan Malaysia Rencana 15 Mac 2015 1:17 AM
Tags: bahasa, melayu
Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments