kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Oh teksi KL; Antara Allah dan Hudud; Gambar 1,000 makna

Baguslah tambang naik, tapi...

BAGUSLAH tambang baharu teksi yang diumum Khamis lepas akan tetap diteruskan. Bermakna tambang akan dinaikkan. Pemandu teksi pasti akan bergembira.

Namun bagi penumpang mungkin mereka ada pengalaman tersendiri dengan teksi.

Baru-baru ini saya meminta seorang bell man Hotel Istana Kuala Lumpur mendapatkan sebuah teksi untuk ke Panggung Budaya. Jam ketika itu kira-kira 9 malam.

Tibalah sebuah teksi Proton Iswara merah putih yang saya kira sudah berusia.

Bell man itu kemudian memberi­tahu saya dengan muka yang agak kesal. Pemandu tak mahu guna meter. Dia minta RM20 ke destinasi. Bell man itu bertanya saya bolehkah?

Oleh kerana saya perlu ke panggung itu dengan segera saya pun mengambil teksi itu.

Saya duduk di belakang. Teksi-teksi negara mana sekali pun di du­nia, penumpang kena duduk belakang. Tidak dibenarkan duduk hadapan.

Tapi di negara ini ada sesetengah pemandu ingat kita ini berlagak ke­rana duduk belakang. Dia tak mahu kita menjadi tuan dan dia pemandu.

Saya masuklah ke dalam teksi usang yang mengambil saya di hadapan hotel lima bintang itu.

Tiba-tiba bontot saya tenggelam! Kerusi teksi itu sama usang dengan teksi itu. Spring pun sudah haus dan span pun sudah nipis.

Saya berkata di dalam hati. Sudahlah kena caj RM20 tak mahu guna meter, teksi pula usang, pemandu pun selekeh.

Bukan tujuan saya mahu hina teksi dan pemandu teksi. Mungkin nasib saya mendapat teksi sebegitu.

Saya tidak nafi banyak lagi teksi yang dipandu oleh pemandu yang berdisiplin.

Teksi 1Malaysia pun cantik dan selesa. Perlu ditukar semuanya kepada teksi jenis Exora itu. Serta ramai lagi pemandu yang bertimbang rasa dengan penumpang.

Kelmarin seorang sahabat pulang dari Shanghai di negara China.

Antara kata-katanya kepada saya. Bandar raya itu cukup bersih dan hebat. Teksinya semuanya baharu. Teksi jenis Audi. Pemandunya bukan seperti dulu kasar. Kini mereka lebih profesional.

Kata-katanya mengingatkan saya. Saya juga berpengalaman menaiki teksi di Tokyo sehingga di New York, London mahupun di Nami­bia. Semua pemandu amat bersopan dan bertimbang rasa. Walaupun mereka bukan Islam tetapi tidak pula mahu menipu orang.

Pemandu di Jepun ialah yang terbaik di dunia. Di Tokyo peman­dunya memandu seperti seorang pemandu kepada tuannya. Siap dengan pakaian hitam berkot, sarung tangan putih.

Malah pemandu teksi di Dubai pun cukup bersopan, yang kebanyakannya warga asing. Mereka mengikut peraturan. Takut jika melanggar peraturan mata pencari­an mereka akan hilang.

Di Jakarta dan Bangkok pun teksinya cukup bagus sekali. Jangan kiralah di Singapura.

Pengalaman menaiki teksi di Malaysia ini, terutamanya di bandar raya Kuala Lumpur cukup menghantui saya.

Ada seorang pemandu yang amat gemar bercerita politik sehinggakan semasa dia naik ‘sheh’ dia mengangkat kedua-dua tangannya dari stereng.

Saya amat tersentak ketika itu. “Encik tolong bawa teksi betul-betul sikit,” tegur saya.

Satu lagi pengalaman menaiki teksi ke lapangan terbang, peman­dunya seorang Melayu begitu gemar bercerita mengenai politik. Semua kerajaan buat tak betul.

Rupa-rupanya baru saya tahu dia fanatik kepada seorang pemimpin politik pembangkang. Saya nampak di dalam baju putihnya dia memakai baju singlet logo kepala pemimpin itu.

Itu tidak kira lagi pengalaman menaiki teksi dari lapangan terbang ke rumah dengan teksi yang di dalamnya ada tempat sembahyang kecil. Siap dengan bau setanggi yang memeningkan kepala.

Bayangkan kita baru tiba dari penerbangan yang lama dan mendapat teksi yang sebegitu. Nasib malang lagi.

Itu tidak termasuk lagi pemandangan biasa teksi kita ke airport membawa beg yang terjulur keluar dari but sehingga terpaksa diikat dengan tali rafia.

Namun yang paling klasik teksi di tempat tinggal saya di Shah Alam. Tak pernah sekali pun saya atau keluarga saya naik teksi mengikut meter. Ikut suka mulut saja nak letak harga. Macam prebet sapu pula.

Alahai teksiku. Saya berharap dengan naiknya tambang itu, hal-hal di atas itu boleh dikurangkan.

NAMA ALLAH MAHU, HUDUD TAK MAHU

PAS Labuan gantung kerjasama dengan DAP serta-merta, kata Yang Dipertua Pas Labuan.

Baguslah Labuan yang jauh di seberang laut pun nampak permainan parti cauvinis itu. DAP dari mula sudah menyatakan pendirian untuk menentang hudud.

Pendirian mereka tidak ber­belah-bahagi. Saya tidak tahu me­ngapa DAP anti-hudud. Puak-puak Pas tanyalah DAP mengapa DAP menentang hukum Allah itu. Tetapi nama Allah mahu pula DAP perjuangkan?

Yang hairannya Pas di Semenanjung masih lagi matlamat menghalalkan cara. Walaupun terang-terang DAP itu bermuslihat, masih lagi mahu bersahabat. Itu pasal ramai yang kata Pas ini banyak main politik.

Orang Pas janganlah marahkan saya. Saya tahu anda tahu. Tapi di­sebabkan politik anda buat-buat tak tahu.

Semasa isu hudud mula diper­kenalkan lebih 24 tahun lalu saya ada di Kelantan. Saya adalah antara yang membuat liputan siang dan malam apa Nik Aziz kata dan cakap.

Siang malam soal hudud diperkatakan. Namun sayang sehingga beliau meninggal dunia, dia gagal melaksanakannya. Saya tahu me­ngapa ia tidak dilaksanakan.

Arwah Nik Aziz terlalu menjaga hati rakan politiknya DAP. Semua DAP betul UMNO salah, mengikut kepercayaan Nik Aziz.

Namun tahniah kepada kepe­mimpinan Kelantan yang baharu. Hudud akhirnya diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini dengan sokongan penuh oleh UMNO.

Sebagai orang Islam, kita harus percaya bahawa kekuatan ummah bergantung kepada perpaduan.

Bangsa Melayu dan kepulauan Melayu Islam ini adalah satu-satu­nya kawasan yang masih aman.

Di tanah Arab keadaannya sudah berbeza. Mereka sudah berpecah-belah.

Penyatuan kita sahajalah yang akan memperkuatkan ummah.

Kekuatan kita yang masih ada ini nescaya akan hancur jika kita alpa. Musuh-musuh sentiasa memerhati selok-belok kita setiap masa.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Sekeping gambar menceritakan 1,000 makna

- Zaini Hassan Utusan Malaysia Rencana 25 Mac 2015
Tags: ekonomi, hudud, hukum, kalimah, pengangkutan, politik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments