kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenapa enam hari selepas CBP?

Enam hari selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) iaitu pada 6 April lalu baru timbul isu cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh sesetengah hotel dan restoran. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secara tiba-tiba mengeluarkan arahan melarang restoran atau hotel yang tidak ada perjanjian kumulatif antara pekerja dan majikan, tidak boleh mengenakan cukai.

Kenapa selepas enam hari CBP dilaksanakan? Adakah sekiranya rakyat tidak membangkitkan perkara itu, cukai perkhidmatan itu akan terus dikenakan kepada pelanggan? Kalau benar isu cukai perkhidmatan ini dibincangkan di peringkat awal, mustahil dikuatkuasakan secara tergesa-gesa selepas enam hari CBP.

Pelanggan pun sebenarnya keliru apakah definisi “perkhidmatan” yang dimaksudkan oleh restoran dan hotel. Bayangkan selama ini sudah berapa banyak restoran dan hotel yang tidak ada perjanjian kumulatif mengutip cukai perkhidmatan.

Seperti biasa, apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan kemarahan rakyat, maka disebutlah berjela-jela akta itu dan ini yang sebenarnya ada tetapi tidak pernah digunakan. Maka berkatalah pegawai-pegawai tinggi itu, sekiranya melanggar arahan tersebut, pengguna boleh melaporkan kepada KPDNKK dan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan atau Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna.

Bukan main panjang lagi aktanya sampai orang tua-tua tergeliat lidah untuk menyebutnya. Lalu terbongkarlah sebenarnya arahan tergesa-gesa itu dikeluarkan kerana tidak ada badan khusus yang menyelia cukai perkhidmatan di negara ini. Nasib baiklah ada dalam kalangan rakyat yang cerewet, kalau tidak cukai 10 peratus daripada barangan di restoran entah ke mana perginya. Kepada pekerja tidak, kepada kerajaan pun tidak.

- Utusan Malaysia Rencana 12 April 2015
Tags: cukai, ekonomi
Subscribe

  • Minuman manakah yang terbaik untuk penghidratan?

    Apabila anda dahaga dan memerlukan minuman, minuman manakah yang terbaik untuk memastikan anda terhidrat ? Pasti, anda sentiasa boleh…

  • Menghormati Hari Ibu

    Hari Ibu ialah percutian menghormati keibuan yang disambut dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu 2023 akan…

  • Mencari IKIGAI Anda

    Kita semua pernah mendengar pepatah, "Ikuti keghairahan anda," bukan? Baiklah, di sini adalah untuk memberitahu anda bahawa ia tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments