kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kemunculan semula pemimpin berpengalaman, tidak asing di Rompin

PEMILIHAN Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin diyakini mampu memberi impak besar kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rompin yang telah lama menjadi kubu parti itu.

Hasan, 62, bukan satu nama asing bagi penduduk Rompin khususnya atau di Pahang amnya. Beliau bukan calang-calang pemimpin dengan memiliki pengalaman luas di pelbagai peringkat dalam politik dan pentadbiran kerajaan negeri.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari 1996 hingga 2004 ini adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya (UM) itu mula menyertai UMNO pada usia 23 sebelum dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan pada 1978.

Sinarnya dalam politik terserlah apabila diberi kepercayaan menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan pada 1984, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin (1986) dan Ketua UMNO Bahagian Rompin dari 1990 hingga 2004.

Hasan yang dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, Rompin juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1996 hingga 2004.

Penglibatannya dalam politik menyaksikan Hasan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rompin dari 1982 hingga 1990 yang ketika itu di bawah Parlimen Pekan.

Rakyat terus menzahirkan kepercayaan kepada Hasan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang apabila memilih beliau sebagai ADUN Bukit Ibam pada 1990.

Kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin turut melayakkannya menyertai barisan Exco Kerajaan Pahang dari 1986 hingga 1995.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang dari 1995 hingga 1999 semasa Tun Mohd. Khalil Yaakob menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sepanjang memegang jawatan nombor dua itu, Hasan bertanggungjawab membangunkan Pusat Perindustrian Gebeng, menarik pelaburan di Pahang selain bertanggungjawab ke atas pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur serta membesarkan Pelabuhan Kuantan.

Bapa kepada empat anak itu juga cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan, antaranya menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang selama sembilan tahun bermula 1990.

Semasa memegang jawatan berkenaan, Hasan bertanggungjawab memulihkan pentadbiran dan kewangan lembaga ber­kenaan, membangunkan ladang sehingga 40,468 hektar dan membangunkan kilang-kilang.

Sentuhan beliau membantu lembaga itu menjadi agensi yang kukuh dan mempunyai banyak aset di Pahang.

Kredibiliti dan daya kepemimpinannya turut menyaksikan Hasan dipilih menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felda (1991 hingga 1995) dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (1995 hingga 1998).

Keputusan BN mengetengahkan Hasan dilihat sebagai kemunculan semula seorang tokoh pemimpin dan politik berpengalaman serta tidak asing bagi penduduk Rompin untuk meneruskan agenda pembangunan kawasan berkenaan selain meneruskan legasi cemerlang yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis. - Utusan Malaysia Rencana 19 April 2015

Tags: pilihanraya, politik
Subscribe

Posts from This Journal “pilihanraya” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments