kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

'Walau kawasan biru, BN kena kerja kuat'

ROMPIN - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekali gus menambah jumlah majoriti.

"Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.

"Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti," katanya.




Calon BN Datuk Hasan Arifin (empat kanan) dan calon Pas Nazri Ahmad (tiga kiri) diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin P091 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. - Foto Bernama Sokong - Penyokong BN membawa sepanduk 'Pilih Rompin' dan 'Pilih Keamanan' ketika menanti penamaan calon di pekarangan Dewan Jubli Perak, Rompin, pagi ini. - Foto Sinar Harian


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN Datuk Hasan Arifin.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan PRK itu sebagai platform untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal kos sara hidup.

"Isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) selain harga getah dan kelapa sawit tidak boleh dinafikan hakikatnya berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat global.

"Ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk berikan penjelasan. Macam isu GST, kita kena faham ia satu keperluan dan matlamatnya untuk kepentingan rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri mengakui pelaksanaan peringkat awal GST menimbulkan rasa kurang senang hati rakyat, namun aduan-aduan itu akan diperjelas. - Bernama

Tags: pilihanraya, politik, prk
Subscribe

Posts from This Journal “prk” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments