kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Miliki falsafah tersendiri

Masyarakat Melayu jarang terbabit dalam menghasilkan topeng. Penghasilannya dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang lebih menjurus kepada elemen semangat, pemujaan dan kebudayaan.

Topeng ialah sesuatu yang unik kerana menampilkan wajah luaran dan mencipta watak serta wajah berbeza si pemakai.

Kewujudan topeng dianggap sesuatu yang misteri kerana pelbagai tafsiran diberi mengikut kepercayaan masyarakat yang mengamalkannya.

Setiap perwatakan topeng memiliki falsafahnya yang tersendiri.


Topeng jenih apa ni ?

Ia mempunyai kemampuan menunjukkan pelbagai emosi seperti wajah manusia iaitu gembira, sedih, sengsara dan kedamaian.

Topeng dengan telinga besar digambarkan sebagai pendengar yang baik, topeng dengan mulut terbuka memberikan makna kerakusan atau bijak berkata-kata manakala topeng dengan pipi penuh pula menggambarkan kerakusan atau kekayaan.

Untuk itu, masyarakat berpeluang menghayati satu persatu lebih daripada 100 topeng yang dipamerkan di Muzium Perak menerusi pameran Seribu Wajah.

Kajian secara teliti dilakukan kerana setiap topeng mempunyai kepentingan, jalan penceritaan tersendiri dan digunakan untuk tujuan tertentu.

Malah, ia mampu menyingkap rahsia dan misteri sesuatu perkembangan tamadun sesebuah masyarakat.

Penggunaan topeng sinonim dengan suku kaum di Malaysia khususnya masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, topeng yang dibuat si tukang Melayu digunakan dalam persembahan seperti tarian atau lakonan pentas dan jika dihasilkan masyarakat Orang Asli, ia lebih bersifat pelaksanaan upacara ritual, keagamaan dan perubatan.


MENGENALI topeng memberi maklumat tertentu berkaitan penggunaannya.

Sebahagian masyarakat turut mengaitkan topeng dengan kematian, kesuburan tanaman dan gangguan penyakit.

Topeng digunakan sejak berabad lamanya dalam acara dan majlis tertentu.

Di negara ini, beberapa suku etnik di Sarawak seperti Orang Ulu masih mengamalkan pemakaian topeng dalam upacara keagamaan dan ritual.

Malah, masyarakat dapat menyaksikan pelbagai jenis topeng warisan dan tradisi kaum Iban membabitkan Dayak Darat, Dayak Laut, Murut dan Melanau.


BENTUK topeng makyung yang terkenal di Kelantan.

Penggunaan topeng juga dilakukan melalui persembahan tradisional masyarakat Melayu tradisi seperti menora dan makyung yang terkenal di Kelantan selain mek mulung di Perlis.

Keunikan budaya pemakaian dan ukiran topeng dalam kalangan masyarakat Orang Asli Suku Mah Meri dan Jah Hut antara bahan yang menarik perhatian.

Bagi suku Mah Meri dan Jah Hut, ukiran topeng lebih tertumpu kepada ciri-ciri dan watak roh nenek moyang mereka.

Mereka dipercayai menggunakan topeng untuk membolehkan berhubung dengan nenek moyang melalui ritual tertentu.

Topeng kaum di Sarawak pula membawa tiga ciri penting membabitkan bentuk, corak dan warna yang turut berkaitan dengan makhluk halus.

Bahan berkualiti serta tahan lama digunakan bagi menghasilkan topeng berkualiti dan memiliki nilai estetika yang tinggi.

Antara bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, kulit haiwan dan bahan pelengkap lain seperti benang, kain, manik atau badan haiwan tertentu seperti kuku, bulu, gigi, tanduk dan cangkerang.

Khabarnya, bukan semua orang mempunyai kemahiran dan mampu membuat topeng. Malah, si pemilik topeng mempunyai hubungan rapat dengan topeng yang dihasilkan, selain menggambarkan prestij dan gambaran peribadi pemiliknya.

Melihat kepada sejarah penghasilan topeng, bahan warisan itu kini bukan lagi dipandang sebagai produk yang bersandarkan mitos dan dongeng semata-mata tetapi peranannya berkembang kepada pembabitan dalam industri kreatif.

Buktinya, topeng yang dihasilkan suku Mah Meri dan Jah Hut berpotensi dikembangkan ke pasaran antarabangsa.

Untuk pameran yang berlangsung sehingga akhir Jun ini, semua topeng diletakkan dalam bingkai kaca bagi memastikan bahan itu terpelihara dan tidak rosak.




TOPENG Harimau (kiri) ditempatkan bersama topeng Dayak (kanan).


TURUT digunakan dalam upacara ritual.

HAMPIR menyerupai wajah manusia.

PENGUNJNG mendalami kepentingan topeng bagi sesuatu kaum.
Tags: falsafah
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments