kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Nasib Pulau Penjara Pulau Pinang

MUNGKIN ramai yang sudah tahu, dan mungkin ada juga yang tidak tahu apa dan di mana terletak Pulau Jerejak iaitu pulau yang pernah dikatakan penuh misteri suatu ketika dahulu.

Pulau Jerejak merupakan satu lokasi penuh misteri, merbahaya dan popular dengan sejarah dan cerita yang menarik.

Terletak di Pulau Pinang, ancaman dan bahaya yang terdapat di ‘pulau penjara’ ini menyebabkan nelayan tidak dibenar menghampiri pulau tersebut sehingga lingkungan 200 meter dari pesisir pantai.

Dikelilingi kehijauan alam dan laut biru yang tenang, sehingga kini, keindahan pulau ini tidak luntur walau sudah dimamah usia lebih 4,000 tahun.

Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar, terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar dan ditemui oleh Francis Light pada tahun 1786 sebelum Pulau Pinang.

Pulau Jerejak sebelum sebuah pusat peranginan di bina di pulau tersebut.


Kawasan hutan di pulau ini memiliki 210 spesies dari 71 keluarga flora dan 39 spesies fauna.

Dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun 1797, pulau ini dibina bertujuan untuk melindungi bandar baharu Pulau Pinang ‘Jamestown’ yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.

Pulau ini kemudiannya dijadikan sebagai pusat kuarantin kesihatan pendatang asing yang pada masa itu membanjiri Tanah Besar dan pada akhir 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa.

Pulau tersebut menjadi isu hangat apabila pihak British membina pusat kasino selepas Perang Dunia Kedua.

Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949 sebelum mendapat gelaran Alcatraz Malaysia berikutan pembinaan penjara dengan ciri keselamatan tertinggi.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan.

Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan penghuni penjara bertambah sehingga mencecah 982 tahanan.

Bagaimanapun, tujuh banduan berjaya meloloskan diri iaitu empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993.

Pulau Jerejak, yang terkenal dengan jolokan'sanatorium' dan 'penjara' ini, dijadikan sebagai Ia dijadikan pusat peranginan dengan tujuan untuk menarik kedatangan pelancong; seiring dengan Pulau Pinang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Sejarah baru ini tercipta sejak tahun 2003; di mana sebuah pusat pelancongan iaitu Jerejak Resort dan Spa dibina dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2004.

Apa yang menariknya, Jerejak Resort & Spa ini dikatakan dibina di atas kawasan yang dulunya merupakan pusat rawatan kusta.
Tags: penjara, warisan
Subscribe

Posts from This Journal “penjara” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments