kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mengembalikan Guru Kepada Tugas Hakiki Mereka

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Program Pengawaman Polis melalui pendekatan NBOS telah dilaksanakan dengan penjajaran tugas perkeranian Anggota Polis kepada Anggota Kumpulan Sokongan (AKP).

Anggota Polis yang melaksanakan tugas perkeranian telah diarahkan untuk melakukan tugas hakiki mereka iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di luar pejabat.

Melalui program ini, negara telah dapat mengurangkan kadar kes jenayah. Susulan daripada kejayaan ini, pendekatan tersebut telah diperluaskan kepada perkhidmatan perguruan supaya guru dapat memberi fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Bermula dengan kejayaan Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) di Melaka pada tahun 2013, di mana pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) telah ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB).

KPM telah mengorak langkah kepada usaha menangani beban tugas guru secara komprehensif dan mencakupi pelbagai aspek melalui pendekatan NBOS merangkumi Beban Tugas Pentadbiran dan Operasi Guru, Ketidakpadanan Opsyen Guru, Kemasukan Pelbagai Data dan Saiz Kelas Yang Ideal bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kepakaran dalaman yang melibatkan pelbagai pihak termasuk JPA dan KPM yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah serta guru-guru di sekolah terpilih turut digunakan.

HASIL PROGRAM NBOS

Penjajaran tugas pentabiran dan operasi serta teknikal ICT guru kepada pembantu guru telah membawa impak dalam usaha menangani beban tugas guru yang telah lama diperkatakan.

Di Melaka, penempatan PT N17 bagi membantu GD telah dapat mengurangkan secara purata 7.4 jam seminggu untuk tugasan berkaitan data, 6.9 jam seminggu untuk tugasan GPM dan purata 3.0 jam seminggu untuk tugasan guru akademik yang lain.

Penempatan JK FT17 di sekolah pula telah dapat mengurangkan secara purata 5.2 jam seminggu bagi tugas berkaitan teknikal dan ICT sekolah yang dilaksanakan oleh GPB sebelum ini.

Pengurangan masa ke atas tugas yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki membolehkan fokus dan persediaan PdP yang lebih berkualiti dapat diberikan oleh guru.

Berdasarkan kajian pada Julai 2013, dapatan data Educational Management Information System (EMIS) menunjukkan seramai 21,175 guru mengalami ketidakpadanan opsyen daripada jumlah keseluruhan bilangan guru di Selangor iaitu seramai 59,772.

Maklumat dari kajian tersebut telah dijadikan asas kepada penggunaan instrumen 12 Kriteria Pelabelan Guru untuk mengatasi permasalahan ketidakpadanan opsyen guru di Selangor.

Penggunaan instrumen ini secara teknikalnya telah berjaya mengurangkan bilangan ketidakpadanan opsyen di Selangor iaitu seramai 1,193 guru kepada tiada guru yang tidak memenuhi opsyen di sekolah-sekolah.

KPM mempunyai pelbagai sistem yang dibangunkan dan berfungsi secara terpisah bagi mengumpul data dari sekolah iaitu lebih 28 aplikasi antaranya Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), e-kerja, e-nazir dan e-Perlu.

Sebagai jalan penyelesaian bagi menangani isu beban tugas guru dalam membekalkan data pendidikan, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dijadikan sebagai satu mekanisme kemasukan data tunggal (single entry) telah dilaksanakan di semua sekolah di bawah KPM melibatkan tiga sistem utama kementerian yang disatukan iaitu EMIS, Sistem Maklumat Guru (SMG) dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk pengisian maklumat sekolah, guru dan murid.

Masalah duplikasi kemasukan data bagi item yang hampir sama telah dapat dikurangkan sebanyak 718 medan yang tidak perlu dikunci masuk semula oleh pihak sekolah di samping dapat meningkatkan integriti data melalui perkongsian data dari satu sumber sahaja.

Data EMIS pada tahun 2013 menunjukkan sebanyak 40,240 buah kelas daripada 171,508 buah kelas yang melebihi 35 orang murid setiap kelas di seluruh negara.

Negeri Selangor mencatat lebihan murid tertinggi sebanyak 12,620 buah kelas daripada 26,549 buah kelas di negeri Selangor.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengurangkan limpahan murid di negeri Selangor terutamanya di kawasan bandar, pembinaan sekolah dan bangunan baharu telah dan sedang giat dilaksanakan.

Hasilnya pada tahun 2015, sebanyak tujuh buah sekolah telah siap untuk beroperasi di Selangor merangkumi empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, dua buah sekolah di daerah Petaling Perdana dan sebuah sekolah di daerah Kuala Langat.

Selain itu, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta termasuk semakan semula peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan pembinaan sekolah baharu yang dibina oleh pihak pemaju perumahan.

PENGALAMAN PENULIS

Pelbagai sesi 'engagement' telah dilakukan seperti sesi dialog bersama warga institusi pendidikan yang diadakan di Melaka dan Sabah dengan kerjasama pihak JPA.

Majlis ini adalah sesi perjumpaan khas KPPA, KSU dan KPPM dengan kumpulan guru dan AKP terlibat dan telah dilaksanakan pada 31 Okt, 2013 di Melaka dan 5 Nov, 2014 di Sabah.

Tujuan penganjuran sesi dialog adalah untuk mendekati dan mendengar maklum balas daripada pihak guru sebagai saluran untuk pihak KPM mendapatkan pandangan dan cetusan buah fikiran warga pendidik itu sendiri, demi menjana usaha yang lebih proaktif dalam pembangunan pendidikan Negara keseluruhannya.

Penganjuran majlis ini dilihat menepati falsafah NBOS yang menyarankan pendekatan kerjasama erat di antara agensi pusat, kementerian dan pejabat kerajaan negeri.

KAITAN DENGAN DASAR KERAJAAN

Pelaksanaan 'Inisiatif Repositioning of Teachers' Core Duties' adalah selaras dengan Transformasi Kerajaan melalui Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu memberi tumpuan untuk mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

Bagi memastikan inisiatif ini tercapai, hasrat dan aspirasi dalam menyediakan suasana kerja yang kondusif adalah perlu bagi guru sebagaimana yang telah digariskan dalam dua tindakan utama menangani beban tugas guru yang keterlaluan dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Artikel ini ditulis oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

-- BERNAMA Rencana 17 Mei 2015

Repositioning Teachers To Their Core Duties

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- It all began with the realignment of clerical duties of police personnel to the Support Group (AKP) within the Royal Malaysia Police (PDRM).

The initiative has reduced the crime rate significantly as more police personnel are deployed to perform the essential task of maintaining public order and security on the ground.

Taking a cue from PDRM's success, the Teachers' Profession Enhancement Pilot Programme was launched in Malacca in 2013. The placement of administrative assistants in schools duplicated PDRM's success as it reduced the workload of teachers and enabled them to focus on their primary duty of teaching.

Computer technicians were also placed in schools to reduce the operations and administrative workloads of special task teachers, namely Data Teachers, the Library and Media Teachers and the Bestari Coordinator Teachers.

The ministry has comprehensively addressed the issue of teachers' administrative workload, teachers' option mismatch, multiple data entry and overcrowded classrooms through collaboration with the Public Service Department (JPA), State Education Departments, Educational Technology Division, Teacher's Activity Centre, District Education Offices, teachers and non-teaching staff in selected schools.

PROGRAMME OUTCOME

The programme has shown significant results, particularly in reducing the number of man-hours of non-teaching related tasks.

The placement of administrative assistants to help Data Teachers has helped reduce an average of 7.4 hours per week on data-related tasks, 6.9 hours per week for Library and Media Teachers and an average of 3.0 hours a week for other teachers.

Technical assistants placed in schools had also reduced an average of 5.2 hours per week for technical and ICT-related tasks previously performed by Bestari Coordinated Teachers.

Teachers will now be able to focus more on students' academic progress without being hindered by the administrative workload.

Based on the findings from the Educational Management Information System (EMIS), as of July 2013, a total of 21,175 out of 59,772 teachers in Selangor had mismatched options.

The pilot study conducted applied 12 Labelling Criteria Instrument for teachers which proved successful in eliminating the number of mismatched options for 1,193 teachers in the state.

The ministry also had multiple systems that were developed and functioned independently to collect data from schools. This included over 28 apps including e-Kerja, e-Nazir and e-Perlu.

To ease the teachers' task of keying in data on education, the ministry launched the Sistem Pengurusan Sekolah app and implemented it in all schools under it.

The single data entry mechanism combines three core systems namely EMIS, Sistem Maklumat Guru (SMG) and Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), all of which require regular updates from the schools.

With the move, the ministry has managed to reduce as many as 718 fields to key-in while improving the integrity of data sharing from a single integrated source.

In terms of overcrowded classrooms, a total of 40,240 classes out of 171,508 classes nationwide were experiencing a spillover of enrollment of 35 students per class, based on a 2013 finding from EMIS.

The problem is most prevalent in Selangor. Of 26,549 classes in Selangor, 12,620 were overcrowded.

Hence, more school buildings are being built, particularly in urban areas, to cater to the overwhelming increase of student enrollment.

In 2015, seven new schools were opened in Selangor. Four are in Hulu Langat, two in Petaling Perdana and one in Kuala Langat.

In addition, the Ministry has also partnered with private developers to revisit the local authorities ruling on the construction of new schools.

LINKED GOVERNMENT POLICY

Various consistent engagements with education personnel have been conducted by the Ministry.

Dialogue sessions were held on Oct 31, 2013 in Malacca and Nov 5, 2014 in Sabah, helmed by the Director General of Public Service as an outreach programme to solicit feedback from teachers in garnering better insights and ideas in improving the ongoing initiatives.

The Repositioning of Teachers to Their Core Duties initiative is in line with the Government Transformation Programme through the Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025, which focuses on transforming the teaching profession into a profession of preference, for the betterment of the Malaysian education system as a whole.

This article was written by the Education Ministry Secretary-General Tan Sri Dr Madinah Mohamad and the Education Director General Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Tags: guru
Subscribe

Posts from This Journal “guru” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments