kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tema Hari Guru 2015 ~Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Huraian Tema Hari Guru 2015

Definisi

Guru: merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta menjadi pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupay menjadikan dirinya suri teladan.

Membina Ilmu: individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif).

Menyempurnakan: menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menghasilkan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Akhlak: budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Huraian

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengetahuan agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insaf bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting  dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus didalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak kearah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan didalam PPPM 2013-2015, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen kearah merealisasikan hasrat tersebut.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Surat Edaran Tema Hari Guru 2015 oleh Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia  Surat Rujukan KP(JNJK) 900-20/13 (36) bertarikh 27 Februari 2015

Tags: guru
Subscribe

Posts from This Journal “guru” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments