kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bukukan pengalaman

KUALA LUMPUR 15 Jun - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meletakkan harapan agar lebih ramai rak­yat Malaysia yang berjaya dalam bidang masing-masing dapat mera­kamkan pengalaman serta pengetahuan dalam bentuk buku untuk dikongsi generasi masa kini dan akan datang.

Mengambil contoh penghasilan buku oleh tokoh ekonomi terkemuka negara, Prof. Tan Sri Dr. Lin See Yan, Sultan Nazrin bertitah, pengetahuan yang berbentuk pandangan serta pengalaman hidup adalah amat berharga dan sewajarnya penulisan berkenaan menjadi legasi tidak ternilai kepada negara.

“Malaysia memiliki ramai orang yang berkepakaran dan berkelayakan. Mereka, sebagaimana Tan Sri Lin, memperoleh ijazah daripada universiti-universiti terbaik dunia. Sebahagian, seperti beliau, telah berkhidmat di peringkat tertinggi dalam bidang mereka dan memenangi pengiktirafan antarabangsa.

“Bagaimanapun, hanya sedikit yang benar-benar mempunyai kesedaran. Dalam erti kata lain, golongan ini dipacu keintelektualan untuk mencari makna di sebalik peristiwa sekeliling mereka dan menulis mengenainya. Tan Sri Lin adalah individu berkenaan.

“Sebagaimana saya telah nyatakan dalam prakata buku beliau, Tan Sri Lin bukan sahaja merupakan tokoh ekonomi terkemuka Malaysia, beliau juga mengambil berat untuk berkongsi dengan kita mengenai pemahaman dan wawasannya mengenai perkembangan semasa dalam dan luar negara,” titah baginda.



SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH memegang buku The Global Economy in Turbulent Times selepas berkenan melancarkannya di Universiti Sunway, Petaling Jaya, Selangor, semalam. Turut hadir Jeffrey Cheah (kiri). - BERNAMA

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan buku penulisan See Yan bertajuk ‘The Global Economy in Turbulent Times’ di Universiti Sunway, Petaling Jaya, hari ini.

Majlis pelancaran buku berkenaan merupakan anjuran Pengerusi Institut Jeffrey Cheah untuk Asia Tenggara, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Titah Sultan Nazrin, See Yan yang merupakan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara serta memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat telah berkongsi banyak pemikiran yang bernas menerusi penulisan.

“Artikel-artikel yang dihasilkan selama tujuh tahun oleh Tan Sri Lin sepanjang tujuh tahun dan dikumpulkan dalam buku ini merupakan hasil produk daripada minda yang sentiasa berfikir.

“Beta sendiri suka membaca pandangannya dan secara tidak langsung, telah mengembangkan pemikiran beta. Beta berpendapat tiada penghargaan yang lebih bermakna bagi seorang penulis apabila kita nyatakan penulisannya telah mencetuskan orang lain untuk berfikir mendalam terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya.

Sementara itu, menurut See Yan, beliau melahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin kerana menjadi antara tokoh yang banyak mendorongnya untuk membukukan hasil penulisannya dalam tempoh tujuh tahun ini.

“Sebagai seorang ahli ekonomi, saya berharap sumbangan saya menerusi buku ini akan dapat mencetuskan masyarakat untuk berfikir dan saya juga berharap negara dapat memberi penekanan kepada aspek meningkatkan produktiviti demi kelangsungan ekonomi,” katanya.

Berhubung kejatuhan nilai ringgit yang dialami ketika ini, See Yan berpendapat, lebih banyak penekanan perlu diberikan kepada kesan yang dialami terhadap taraf ekonomi masyarakat biasa berbanding kesannya yang dihadapi syarikat-syarikat eksport.

Tags: buku, penulis
Subscribe

Posts from This Journal “buku” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments